omniture

iQIYI Jalin Kerjasama dengan MBT dan Panabit Bawakan Perkhidmatan Penstriman HD 4K Blu-ray "Qisubo" ke Myanmar

iQIYI, Inc.
2020-01-23 19:48 316

BEIJING, 23 Januari 2020 /PRNewswire/ -- iQIYI, Inc. (NASDAQ: IQ) ("iQIYI" atau "Syarikat"), perkhidmatan hiburan dalam talian inovatif yang terkemuka dalam pasaran di China, mengumumkan bahawa perkhidmatan penstriman berkelajuan tingginya yang inovatif "Qisubo" kini tersedia di Myanmar hasil daripada satu perkongsian baharu dengan pengendali telekomunikasi yang terkemuka di Myanmar, Myanmar Broadband Telecom Co., Ltd. ("MBT") dan penyedia penyelesaian pengoptimuman Panabit. Melalui "Qisubo", pelanggan MBT Myanmar boleh melihat kandungan dalam kualiti 1080P dan 4K apabila menggunakan Aplikasi iQIYI. Pembangunan ini mendemonstrasikan kehadiran semakin berkembang dan keupayaan perkhidmatan iQIYI dalam pasaran Asia Tenggara.

Di bawah kerjasama ini, MBT menyediakan tulang belakang gentian yang mewujudkan sambungan SD-WAN (Rangkaian Kawasan Luas Tentuan Perisian) dengan tulang belakang global iQIYI melalui keupayaan pengoptimuman WAN (Rangkaian Kawasan Luas) yang disediakan oleh Panabit. Ini membolehkan kandungan iQIYI dilancarkan di Myanmar melalui perkhidmatan "Qisubo", yang meliputi 14 buah bandar utama di negara berkenaan. iQIYI, MBT dan Panabit bekerjasama untuk mencapai kawalan yang lebih baik terhadap rangkaian selain penjadualan yang tepat bagi penyepaduan rangkaian-awan, lalu menjadikan pengedaran kandungan lebih cekap. Perkongsian ini akan meningkatkan perkhidmatan iQIYI di Myanmar dan pengalaman hiburan keseluruhan pengguna luar negara sekaligus turut mengurangkan kos rangkaian, mengukuhkan perlindungan hak cipta dan meningkatkan kelancaran main semula.

"Tatkala pengaruh 5G dan AI terhadap industri hiburan meningkat, iQIYI akan terus menggunakan kelebihan teknologinya di luar negara bagi memastikan agar pengguna di geografi dan persekitaran rangkaian berbeza dapat mengakses kandungan hiburan dan pengalaman kualiti tertinggi dengan mudah," kata Liu Wenfeng, Ketua Pegawai Teknologi dan Presiden Infrastructure and Intelligent Content Distribution Business Group (IIG) iQIYI.

Menurut E-Conomy SEA 2019 Report yang diterbitkan oleh Google, Temasek dan Bain & Company, ekonomi Internet Asia Tenggara dijangka berkembang daripada $32 bilion pada tahun 2015 kepada $300 bilion menjelang tahun 2025. iQIYI secara rasminya melancarkan perkhidmatan antarabangsanya melalui Aplikasi iQIYI pada Jun 2019 dan memeterai perkongsian strategik dengan jenama media Malaysia yang terkemuka Astro pada November 2019. Pada masa kini, "Qisubo" menerima pakai rangkaian pengedaran kandungan berasaskan awan pinggir yang meningkatkan liputan kandungan dan kecekapan pengedaran, seraya membolehkan pengguna iQIYI di luar negara mendapat kandungan yang berkualiti tinggi dengan lebih pantas dan lebih tekal melalui Aplikasi iQIYI.

Latar Belakang iQIYI, Inc.    

iQIYI, Inc. ialah perkhidmatan hiburan dalam talian inovatif yang terkemuka dalam pasaran di China. Ciri penting korporatnya menggabungkan bakat kreatif dengan teknologi, memupuk persekitaran untuk inovasi berterusan dan penghasilan kandungan blokbuster. Platform iQIYI membawakan kandungan asal yang amat popular, selain himpunan komprehensif melibatkan kandungan lain yang diterbitkan secara profesional, kandungan dihasilkan oleh rakan kongsi dan kandungan dihasilkan oleh pengguna. Syarikat membezakan dirinya dalam industri hiburan dalam talian menerusi platform teknologi utamanya yang dikuasakan oleh AI termaju, analitik data raya dan teknologi-teknologi proprietari teras yang lain. iQIYI menarik kumpulan pengguna yang amat besar dengan penglibatan pengguna yang hebat dan telah membangunkan model penjanaan pendapatan yang pelbagai termasuk perkhidmatan keahlian, perkhidmatan pengiklanan dalam talian, pengagihan kandungan, siaran langsung, permainan dalam talian, pelesenan IP, karya penulisan dalam talian serta e-dagang.

Source: iQIYI, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:IQ
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Licensing/marketing agreements