omniture

Modul 210 pertama Trina Solar dilancarkan daripada tertib pengeluaran

Trina Solar Co., Ltd
2020-01-24 20:18 626

CHANGZHOU, China, 24 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Trina Solar Co., Ltd ("Trina Solar" atau "Syarikat") mengumumkan bahawa modul bersaiz besar pertama yang menggunakan wafer silikon 210mm ("modul 210") yang dibangunkan oleh syarikat dilancarkan secara rasmi daripada tertib pengeluaran syarikat. Trina Solar menerajui industri ini dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan modul 210 ini. Langkah ini akan sangat mempercepatkan masa dibawa ke pasaran untuk modul bersaiz besar.

Trina Solar telah memulakan R&D untuk modul 210 pada tahun 2019. Berdasarkan teknologi berbilang palang bas yang utama dalam syarikat, modul 210 pertama ini menerima pakai reka bentuk potongan 1/3 yang inovatif. Berdasarkan pertimbangan yang komprehensif terhadap cabaran yang berpotensi termasuk kuasa modul yang kuat, hasil, kesukaran pembuatan, risiko tempat panas, prestasi arus output dan keselamatan kotak simpang, reka bentuk berbilang palang bas potongan 1/3 Trina Solar akan membuka jalan kepada keserasian dan penyepaduan modul-modul bersaiz besar yang berkuasa tinggi dan sistem hiliran.  

Ketua R&D teknologi kejuruteraan di Trina Solar berkata, "Dengan berdekad-dekad pengalaman terkumpul dalam proses dan teknologi, kami yakin bahawa kami dapat memanfaatkan bahan-bahan dan teknologi-teknologi terkini untuk mencipta satu lagi modul berprestasi tinggi dan andal untuk industri fotovolta (PV). Pada masa kini, pasukan kami mempercepatkan transformasi hasil R&D terkini kami kepada produk-produk yang dapat dikeluarkan secara besar-besaran, membawa industri PV menuju era kuasa modul 500W."

Imej: https://static.trinasolar.com/sites/default/files/Design_sketch.jpg
Kapsyen
: Gambaran modul bersaiz besar Trina Solar

Latar Belakang Trina Solar

Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh PV global dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia. Syarikat terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran dan jualan produk PV; pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan projek PV; pembangunan dan jualan sistem pelengkap grid mikro pintar dan berbilang tenaga serta operasi platform awan tenaga. Pada tahun 2018, Trina Solar melancarkan jenama Internet Pelbagai Benda (IoT) Tenaganya dan memulakan Perikatan Pembangunan Perindustrian IoT Tenaga Trina serta Pusat Inovasi Perindustrian IoT Tenaga Baharu bersama perusahaan dan institut penyelidikan yang terkemuka di dunia. Syarikat komited untuk menjadi peneraju bagi industri tenaga pintar global. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trinasolar.com.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services