omniture

Xinhua Silk Road: "Ekonomi Ekosfera" bakal suntik dorongan baharu ke dalam globalisasi, pengerusi Yili

Xinhua Silk Road Information Service
2020-01-24 20:15 402

BEIJING, 24 Januari 2020 /PRNewswire/ -- "Ekonomi Ekosfera" menampilkan keterbukaan, keterangkuman, inovasi dan kerjasama yang saling menguntungkan akan menyuntik dorongan baharu ke dalam globalisasi ekonomi, menurut Pan Gang, pengerusi syarikat gergasi tenusu China Inner Mongolia Yili Industrial Group Co.Ltd. pada hari Selasa.

Pan Gang, pengerusi Inner Mongolia Yili Industrial Group Co.Ltd. China berucap semasa mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang sedang berlangsung di Davos, Switzerland, pada 21 Januari 2020.
Pan Gang, pengerusi Inner Mongolia Yili Industrial Group Co.Ltd. China berucap semasa mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang sedang berlangsung di Davos, Switzerland, pada 21 Januari 2020.

Berucap di Persidangan mengenai Tinjauan Ekonomi China semasa mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang sedang berlangsung di bandar Davos Switzerland yang dilitupi salji, Pan Gang menjelaskan bahawa "Ekonomi Ekosfera" menjadi corak pembangunan yang penting untuk ekonomi dunia pada masa depan. Kata-kata beliau telah menimbulkan perhatian ramai semasa mesyuarat berkenaan.

"Yili akan membina Ekosfera Kesihatan Global untuk pembangunan yang saling menguntungkan dalam industri kesihatan global dan bekerjasama dengan semua pihak bagi membincangkan isu-isu kesihatan, membina ekosistem yang kukuh serta berkongsi faedah-faedah kesihatan ke arah menjadi dunia mampan dengan masa depan yang cerah," kata Pan.

Fokus tematik dalam Forum Davos tahun ini adalah terhadap Pemegang Kepentingan demi Dunia yang Kohesif dan Lestari. Pan mengatakan bahawa pembangunan industri makanan kesihatan yang mampan berpunca daripada kerjasama rantaian penuh seluruh dunia yang membentuk secara kolektif ekosistem yang saling memberi manfaat.

Pan merupakan usahawan industri makanan Cina pertama yang membuat penampilan sulung di Forum Davos apabila beliau menghadiri Forum Davos pada tahun 2006 dan dianugerahkan sebagai Pemimpin Global Muda Davos pada tahun berkenaan. Di bawah kepimpinan Pan, Yili berkembang daripada syarikat tenusu No.1 di China menjadi syarikat tenusu No.1 di Asia dan kini ia tersenarai antara penggiat-penggiat utama di persada global.

Yili telah menunjukkan hasil awal dalam membina "Ekonomi Ekosfera" melalui penyepaduan sumber-sumber global dan kapasiti, seperti menaik taraf Pusat Inovasi Eropah di Belanda, menubuhkan Sino-U.S. Food Wisdom Valley di Amerika Syarikat, memperkenalkan Oceania Production Base di New Zealand, memperoleh syarikat kerjasama tenusu yang kedua terbesar di New Zealand Westland, membeli syarikat ais krim yang terbesar di Thailand Chomthana Co. Ltd dan membina Yili Future Intelligence and Health Valley di Hohhot China.

Semasa proses membina "Ekonomi Ekosfera", Yili memperluaskan jangkauan globalnya dan menaik taraf kapasiti antarabangsanya melalui kerjasama yang komprehensif.

Tambahan pula, Yili telah berganding bahu dengan kira-kira 20 rakan kongsi bagi menubuhkan Perikatan Pembangunan Perkongsian Kesihatan Global; dan bekerjasama dengan 13 rakan kongsi strategik global seperti Tetra Pak, Firmenich, Cargill untuk membentuk rangkaian rantaian bekalan global yang mampan.

Yili turut berkongsi visinya bersama rakan-rakan kongsinya dalam sektor-sektor lain, berganding bahu dengan World Wildlife Fund untuk bersama-sama memajukan perlindungan terhadap tanah lembap dan bekerjasama dalam pembinaan ladang ternak organik.

"Ekonomi Ekosfera" menyerlahkan kelebihannya khususnya dalam konteks globalisasi ekonomi, kata Pan, mengatakan bahawa kerjasama daripada semua pihak akan menyumbang kepada impian yang lebih besar iaitu "Dunia Berkongsi Kesihatan Secara Integral".

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/310689.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200123/2700461-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Banking/Financial Service Beverages Food/Beverages Publishing/Information Service