omniture

Yili China mulakan pembinaan bersama ekosfera kesihatan global bersama rakan-rakan kongsi global

Inner Mongolia Yili Industrial Group
2020-01-24 20:21 532

DAVOS, Switzerland, 24 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Syarikat gergasi tenusu China Inner Mongolia Yili Industrial Group berganding bahu dengan peneraju-peneraju industri kesihatan dunia di Davos pada hari Rabu lalu bagi melancarkan satu inisiatif mengenai ekosfera kesihatan global bagi meningkatkan kesihatan dan pembangunan mampan.

Semasa berlangsungnya WEF, En. Pan Gang, Pengerusi dan Presiden Yili Group, bertemu dan berbual bersama tetamu-tetamu kehormat termasuk wakil-wakil daripada Indonesian Investment Coordinating Board; Sharon Thorne, Pengerusi Deloitte Global Board; Barry O'Byrne, Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Global Commercial Banking; Liao Yijian, Presiden HSBC China; dan Zhang Yong, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba Group.

Pelancaran inisiatif ini dilakukan di "Yili Healthy Soiree", yang diadakan oleh Yili, menarik minat ramai pemimpin industri, pakar dan usahawan untuk membincangkan tentang pembangunan ekonomi ekosfera di tengah-tengah mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang sedang berlangsung.

Yili lancar "Inisiatif Ekosfera Kesihatan Global Bersama" dengan rakan-rakan kongsi strategik global, 22 Januari 2020 di DAVOS, Switzerland.
Yili lancar "Inisiatif Ekosfera Kesihatan Global Bersama" dengan rakan-rakan kongsi strategik global, 22 Januari 2020 di DAVOS, Switzerland.

Di bawah inisiatif ini, Yili menyeru semua rakan kongsi yang terlibat dalam rantaian industri ekosfera kesihatan global untuk menyokong gaya hidup dan cara kerja yang sihat, membawakan konsep kesihatan dan pembangunan mampan dalam kerja dan membolehkan seluruh dunia berkongsi hasil daripada pembangunan kesihatan menerusi kerjasama yang saling menguntungkan. Penceramah-penceramah utama yang mengambil bahagian termasuk Joao Campari, Pemimpin Global bagi Amalan Makanan di World Food Foundation (WWF); Paul Andersson, Presiden Firmenich China; Mark Wilson, Ahli Lembaga Pengarah Chr. Hansen; Amy Byrick, Presiden Perniagaan Global Makanan & Minuman di Dupont; Illia Aprcovic, Naib Presiden Eksekutif GEA Group; Liu Jiayu, Pemenang Pingat Perak Sukan Musim Sejuk Changping; Qin Shuo, Individu Berpengaruh Media China; dan Gerrit Smit, Pakar pemakanan.

"Ekonomi ekosfera" akan menjadi corak pembangunan yang penting dalam ekonomi dunia pada masa akan datang, kata pengerusi Yili Pan Gang di forum tersebut, menyebutkan bahawa Yili sentiasa mengambil sikap yang terbuka dan inklusif, dengan idea-idea didorong inovasi dan kaedah yang saling menguntungkan, bagi membina "Ekosfera Kesihatan Dunia" dan menggalakkan kerjasama yang lebih komprehensif dan mendalam dalam industri kesihatan global.

"Menjadikan pembinaan Ekosistem Kesihatan Global sebagai misinya, Yili Group mengukuhkan semula kedudukan utamanya dalam industri ini, membentuk pemikiran global ke arah dunia yang lebih sihat," kata Adolfo Orive, presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Tetra Pak, penyedia penyelesaian pemprosesan dan pempakejan makanan yang terkemuka.

"Saya berasa amat gembira kerana Cargill dapat berada di sini untuk menyaksikannya dan dapat bersama-sama Yili untuk mempromosikan lagi kesihatan dan kelestarian," kata David Maclennan, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Cargill, menjalin kerjasama transnasional yang panjang bersama Yili bagi menyediakan produk-produk yang selamat, sihat dan berkhasiat kepada pengguna tenusu di seluruh dunia.

Usaha-usaha harus dilakukan bagi menyediakan produk-produk yang sihat, berkhasiat dan lestari di seluruh dunia, kata Edouard Roquette, pengerusi Roquette Frères, peneraju global bagi bahan-bahan berasaskan tumbuhan dan protein sayur-sayuran baharu, yang turut menyatakan kesediaan untuk berganding bahu dengan Yili bagi membangunkan industri-industri kesihatan.

Yili dan Davos telah bekerjasama sejak tahun 2017. Yili ialah perusahaan makanan sihat Cina terkemuka yang pertama memeterai perkongsian strategik dengan WEF.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200123/2700707-1?lang=0

Source: Inner Mongolia Yili Industrial Group
Keywords: Beverages Non-Alcoholic Beverages