omniture

Quantstamp Dipilih Sebagai Finalis Untuk SXSW Pitch 2020

Quantstamp
2020-01-30 09:07 104

Quantstamp bakal Pamerkan Penyelesaian Rantaian Blok Perusahaan dalam Kategori Rantaian Blok

SAN FRANCISCO, 30 Januari 2020 /PRNewswire/ -- QUANTSTAMP, sebuah syarikat keselamatan rantaian blok yang terkemuka, telah dipilih sebagai finalis dalam kategori Rantaian Blok untuk  SXSW Pitch® tahunan kali ke-12 (dahulunya SXSW Accelerator).

QUANTSTAMP SELECTED AS FINALIST FOR 2020 SXSW PITCH
QUANTSTAMP SELECTED AS FINALIST FOR 2020 SXSW PITCH

SXSW Pitch ialah acara unggul Persidangan & Festival South by Southwest® (SXSW®) (13 - 22 Mac 2020) Startups Track, yang mana syarikat-syarikat baharu yang terkemuka dari seluruh dunia mempamerkan beberapa inovasi teknologi yang paling mengagumkan kepada panel hakim yang dipilih dengan teliti dan khalayak yang hadir. Daripada 937 buah syarikat yang memohon untuk mengadakan pameran di SXSW Pitch 2020, Quantstamp dipilih sebagai salah satu daripada 50 finalis yang mencakupi 10 kategori berasingan. Finalis terdahulu telah dapat mengumpul pendanaan sebanyak lebih $6.6 bilion dan alumninya terdiri daripada Klout, Hipmunk dan Wildfire, antara lain.

Acara selama dua hari itu akan diadakan pada 14 dan 15 Mac di tingkat empat Downtown Hilton Austin, Salon D/E. Acara ini kemudiannya akan berakhir dengan Upacara Penyampaian Anugerah SXSW Pitch 2020 pada hari Ahad, 15 Mac, yang mana syarikat-syarikat baharu yang berjaya dari setiap kategori dan pemenang Terbaik dalam Acara (Best in Show) akan diumumkan.

"Begitu banyak syarikat ingin menggabungkan teknologi rantaian blok, namun tidak pasti di mana untuk bermula. Kami membantu syarikat-syarikat yang berminat dengan teknologi rantaian blok untuk mencuba dan melihat sekiranya ia sesuai dengan model perniagaan mereka," kata Richard Ma, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Quantstamp. "Kami berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam SXSW Pitch dan berkongsi bagaimana kami membantu pelanggan perusahaan kami memanfaatkan kuasa teknologi ini."

Quantstamp mendayakan masa depan dengan aplikasi rantaian blok yang lebih selamat dan lebih andal serta membantu perusahaan daripada pelbagai sektor menggunakan penyelesaian rantaian blok dengan penetapan minda yang mengutamakan keselamatan. Syarikat-syarikat seperti Siemens, Maker dan Kakao telah mempercayai Quantstamp untuk memperoleh nilai aset digital sebanyak lebih $1.5 bilion dolar manakala syarikat-syarikat Fortune 100 bergantung pada Quantstamp untuk melaksanakan platform rantaian blok mereka sendiri.

"Selama lebih sedekad, SXSW Pitch telah memainkan peranan penting dalam membentuk ekosistem usaha niaga peringkat awal, memberikan syarikat-syarikat yang meyakinkan dengan sumber-sumber yang diperlukan oleh syarikat-syarikat tersebut untuk berjaya apabila ia menjadi paling penting dan menyediakan pendedahan berprofil tinggi melalui hakim-hakim daripada pemain-pemain industri utama seperti Amazon dan Google X," kata Pengusaha Acara SXSW Pitch Chris Valentine. "Kami teruja untuk melihat kumpulan syarikat baharu yang mengagumkan tahun ini mengambil pentas dan menunjukkan kepada kami bagaimana inovasi mereka akan mengubah dunia."

Untuk maklumat lanjut tentang SXSW Pitch, kunjungi: https://www.sxsw.com/pitch.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1082892/SXSW_Pitch_Quantstamp.jpg

Source: Quantstamp
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Trade show news Blockchain