omniture

ZTE bantu China Telecom jalankan diagnosis jarak jauh 5G pertama China untuk pneumonia coronavirus baharu

ZTE Corporation
2020-01-30 10:02 477

SHENZHEN, China, 30 Januari 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK/000063,SZ), penyedia antarabangsa utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, serta China Telecom Cawangan Sichuan hari ini telah melaksanakan diagnosis jarak jauh 5G pertama China untuk pneumonia coronavirus baharu yang disokong oleh teknologi 5G yang terkini. 5G, yang mempunyai lebar jalur tinggi dan kependaman rendah, menjadikan diagnosis dan rawatan lebih cekap dan mudah. Diagnosis jarak jauh 5G melibatkan West China Hospital dan Chengdu Public Health Clinic Center of Sichuan University.

Menurut situasi di lapangan, ZTE telah memanfaatkan peralatan CPE untuk menggunakan perkhidmatan 5G melalui isyarat 5G luar ketika membina titik liputan dalaman. Pada 25 Januari, stesen utama dalaman 5G telahpun dibina dan disalinghubungkan manakala bilik persidangan untuk menjalankan diagnosis dan rawatan jarak jauh di West China Hospital mula disambungkan kepada sistem diagnosis dan rawatan jarak jauh.

Pada 26 Januari, ZTE menyempurnakan pembinaan pesat, pengoptimuman, ujian kepantasan dan penggunaan sistem pengedaran dalaman 5G di titik utama lain bagi sistem diagnosis dan rawatan jarak jauh berkenaan. Selepas rangkaian 5G digunakan, Sichuan Health and Health Commission, West China Hospital, dan Chengdu Public Health Clinic Center menjalankan perundingan video jarak jauh.

Selaras dengan susunan kerja Sichuan Health and Health Commission, sistem perundingan jarak jauh 5G akan menjadikan West China Hospital of Sichuan University sebagai nod pusat dan menjadi kumpulan pertama untuk mengakses 27 buah hospital yang telah menerima dan merawat pesakit. Dalam langkah yang seterusnya, ZTE akan membina sistem jangkitan coronavirus diagnosis jarak jauh 5G baharu yang pertama di China yang merangkumi tiga peringkat: wilayah Sichuan, bandar dan daerah, bagi menyediakan "satu rangkaian" untuk diagnosis jarak jauh di hospital-hospital barisan depan yang membantu Wuhan. Pada masa akan datang, ZTE akan menjalankan perundingan video bersama pasukan penyelamat perubatan bahagian depan Wuhan melalui rangkaian 5G, agar pesakit-pesakit yang kritikal di Wuhan juga dapat menerima perkhidmatan diagnosis dan rawatan pakar di West China Hospital.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju kepada pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung ke hujung bersepadu untuk menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 buah Negara.

Setakat ini, ZTE memperoleh 35 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran utama, seperti Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (MEA). ZTE memperuntukkan 10 peratus pendapatan tahunannya kepada penyelidikan dan pembangunan dan mengambil peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa.

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment