omniture

MBA ACEM Tersenarai Kedudukan ke-37 dalam Senarai Kedudukan MBA Global FT 2020

Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
2020-01-30 10:11 230

SHANGHAI, 30 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Senarai Kedudukan MBA Global Financial Times (FT) 2020 dikeluarkan secara rasmi dan program MBA ACEM (Antai) Shanghai Jiao Tong University (SJTU) tersenarai di tempat ke-37. Pencapaian ini bukan sahaja menandakan langkah yang mantap untuk program MBA ACEM menjadi MBA yang bertaraf dunia dengan ciri-ciri Cina, tetapi turut membuktikan peningkatan kualiti dan reputasi antarabangsa yang berterusan terhadap program tersebut.

Antara petunjuk utama, MBA Antai terus menunjukkan prestasi yang mantap. MBA Antai mengekalkan pencapaian 100% diambil bekerja dalam tiga bulan selama bertahun-tahun, tekal tersenarai di kedudukan teratas di dunia. Gaji berwajaran alumni telah mencecah US$130,736, 16% lebih tinggi berbanding tahun lalu; kadar peningkatan gaji telah mencecah 201%, menduduki senarai tiga teratas di dunia selama tujuh tahun berturut-turut. Data yang mengagumkan ini telah menunjukkan sepenuhnya bahawa bukan hanya pengalaman pembelajaran MBA di ACEM telah meningkatkan struktur pengetahuan dan kebolehan peribadi siswazah dengan ketara, tetapi juga daya penarik dan kuasa jenama ACEM dalam industri ini telah menjamin kebolehpasaran siswazahnya.

Dalam kata-kata Dekan ACEM Chen Fangruo, "Menerusi usaha bersama beberapa generasi kakitangan ACEM, ACEM telah membuat kemajuan hebat dan kini tersenarai antara peneraju bagi sekolah perniagaan Cina. Ijazah ACEM merupakan matlamat impian dalam kalangan pelbagai pelajar." Selepas memegang jawatan, Dekan Chen mengemukakan strategi "Dua jenis kesarjanaan, mendatar (akademik) dan menegak (industri), mengukuhkan satu sama lain dan mengaitkan teori dengan amalan."

Dalam senarai kedudukan tersebut, MBA Antai menduduki kedudukan ke-13 dari segi nilai untuk wang. Selain daripada pulangan pelaburannya yang sangat baik, ACEM juga komited untuk menyediakan pelajar-pelajar dengan perkhidmatan yang lebih bernilai tambah. "ACEM berani menjadi yang pertama untuk menyediakan pelajar-pelajar dan alumni dengan platform luas yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan kolej lain, program, disiplin dan pelbagai industri dengan menyokong penyelidikan industri dan menawarkan kelas komuniti industri," tegas Timbalan Dekan Liu Shaoxuan.

Kadar pelajar antarabangsa MBA Antai, iaitu 43% dalam senarai kedudukan FT, jauh mendahului pelajar-pelajar daripada sekolah-sekolah perniagaan lain di Tanah Besar China. Profil cemerlang pelajar-pelajar juga menjadikan ACEM berkedudukan baik antara sekolah-sekolah perniagaan Cina.

MBA Antai akan terus mengamalkan "Minda, Pelaksanaan, Kecemerlangan, Pembangunan" untuk menyumbang lebih ramai pakar industri yang berorientasi amalan dan pengurusan demi pembangunan sosial dan ekonomi China, mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan melakukan lebih banyak usaha tanpa henti ke arah menjadi sekolah perniagaan dan program MBA yang bertaraf dunia.

 

Source: Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Awards