omniture

Proya tubuhkan dana awam amal US$2.2 juta sokong penuh pencegahan dan kawalan wabak 2019-nCoV

Kumpulan pertama wang tunai dan bekalan perubatan telah disumbangkan
Proya
2020-01-30 21:13 494

HANGZHOU, China, 30 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Sejajar dengan misi korporat firma untuk membawakan "Kehidupan yang Indah dan Lebih Baik", Proya Cosmetics Co., Ltd. (SHA: 603605) memberi sumbangan kepada usaha untuk mengawal dan mencegah penularan lanjutan wabak Coronavirus (2019-nCoV) baharu 2019 sepanjang hari-hari yang kritikal ini.

Menubuhkan dana awam amal US$2.2 juta untuk menderma wang tunai dan bekalan perubatan yang tidak mencukupi

Sejurus selepas bermulanya wabak 2019-nCoV di Wuhan, pengasas bersama dan pasukan pengurusan kanan Proya bekerja siang dan malam bersama-sama Wuhan Red Cross untuk memahami keperluan sebenar, di samping segera mengatur penubuhan pasukan luar negara untuk membeli bekalan perlindungan perubatan dari negara-negara Eropah yang amat diperlukan di Wuhan.

Proya juga secara rasmi menubuhkan dana awam amal bernilai RMB15 juta (kira-kira USD2.2 juta) bagi tujuan pembelian bekalan perubatan, penyediaan derma tunai selain bantuan kepada kakitangan, rakan kongsi dan keluarga mereka yang dijangkiti, antara usaha kebajikan yang lain.

Kumpulan bantuan pertama, termasuk RMB3 juta (kira-kira USD430,000) dalam bentuk tunai dan EUR280,000 (kira-kira RMB2.14 juta) dalam bentuk topeng pelindung dan bekalan perubatan kecemasan yang lain dibeli dari Eropah, telah disumbangkan kepada Wuhan Red Cross dan Wuhan Charity Federation bagi tujuan pencegahan dan kawalan wabak. Dalam masa yang sama, syarikat berkenaan terus mendapatkan bekalan perubatan dari seluruh dunia untuk dihantar ke kawasan-kawasan yang dilanda wabak berkenaan.

Sijil sumbangan Proya
Sijil sumbangan Proya

Penubuhan kumpulan khas untuk respons wabak

Kumpulan respons wabak utama khas ini akan berkongsi maklumat berhubung penularan penyakit berkenaan selain langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri secepat mungkin. Dalam masa yang sama, Proya akan bersiap sedia untuk menyambung semula kerja selepas Festival Musim Bunga, seperti pelaksanaan pejabat di lapangan, pejabat bergerak, panggilan persidangan dan model kerja yang lain, sebagai respons kepada seruan oleh kerajaan tempatan untuk mengambil langkah-langkah perlindungan pejabat termasuk penyahjangkitan, penyediaan topeng muka, antara lain. Bagi kakitangan yang berada di kawasan-kawasan yang dikenal pasti terjejas oleh wabak ini, kumpulan ini akan sentiasa mengambil tahu tentang berita dan maklumat yang sentiasa berubah pada waktu nyata dan menasihati kakitangan bagaimana untuk melindungi diri mereka sebaiknya.

Penyahjangkitan dan pensterilan bangunan Proya
Penyahjangkitan dan pensterilan bangunan Proya

Pelarasan kecemasan khidmat pengguna 

Mulai sekarang, waktu operasi bagi kesemua kedai fizikal Proya akan disesuaikan mengikut keadaan setempat. Semasa tempoh ini, disarankan agar pengguna berhubung dengan perunding kecantikan secara dalam talian atau membeli produk-produk daripada kedai utama dalam talian Proya, kesemuanya akan kekal beroperasi.

Proya akan terus memberi sokongan penuh kepada usaha-usaha bantuan wabak, mengukuhkan keyakinan dan bekerjasama bersama-sama. Syarikat ini benar-benar percaya bahawa Proya dan kakitangannya akan dapat melalui tempoh sukar ini bersama-sama semasa Festival Musim Bunga khas ini. Ini kerana Proya dan kakitangannya sentiasa bersama-sama.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200128/2704198-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200128/2704198-1-b?lang=0

Source: Proya
Related Stocks:
Shanghai:603605
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Corporate Social Responsibility