omniture

"Unruly Heroes" menang Annie Awards ke-47, "Oscar dalam Dunia Animasi"

Pasukan China-Perancis Perfect World raih ganjaran dengan kolaborasi rentas-budaya
Perfect World Co., Ltd.
2020-02-04 16:52 221

LOS ANGELES, 4 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Pada sebelah malam tanggal 25 Januari 2020, Annie Awards Tahunan kali ke-47, yang diraikan sebagai "Oscar dalam Dunia Animasi" berlangsung di Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS). Unruly Heroes, permainan video tatal-sisi (side-scrolling) dengan berbilang tahap, bersama-sama dibangunkan oleh Perfect World berpangkalan di China dan sebuah studio Perancis, yang berdasarkan pengembaraan Journey to the West memenangi Annie Awards kali ke-47 untuk Animasi Watak Terbaik dalam Permainan Video.

Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Dr. Robert H. Xiao (dua dari kanan) dan wakil-wakil pasukan Unruly Heroes
Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Dr. Robert H. Xiao (dua dari kanan) dan wakil-wakil pasukan Unruly Heroes

Diketahui bahawa Annie Awards ialah salah satu penghormatan tertinggi dalam bidang animasi di peringkat global. Bermula pada tahun 1972 oleh ASIFA-Hollywood, anggota cawangan International Animated Film Society (ASIFA) di Los Angeles, AS, ia berlangsung di University of California, Los Angeles (UCLA) pada setiap tahun untuk membawa produk animasi dan permainan video terbaik yang diperkenalkan pada tahun sebelumnya bersama-sama. Acara berkenaan dihadiri oleh sejumlah besar ahli profesional daripada komuniti animasi dan permainan video di seluruh dunia dan dari Hollywood.

Terdapat empat finalis yang bersaing untuk Annie Awards kali ke-47 bagi Animasi Watak Terbaik dalam Permainan Video, termasuk pemenang anugerah Unruly Heroes dan Gears 5 oleh Microsoft Corporation, Kingdom Hearts III dan Sinclair Snake: Museum Mischief oleh syarikat permainan video Jepun Square Enix. Sejak senarai calon didedahkan pada awal Disember 2019, sektor berkenaan telah dipenuhi dengan ramalan dari segi siapa yang akhirnya akan membawa pulang anugerah berkenaan. Apabila Unruly Heroes disampaikan dengan anugerah tersebut, ia dianggap sebagai satu kejayaan yang layak diterima.

Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Dr. Robert H. Xiao menghadiri acara tersebut dan berkata ia merupakan satu penghormatan tinggi untuk Unruly Heroes disenarai pendek dan akhirnya memenangi anugerah berkenaan. Kejayaan tersebut diperoleh hasil daripada dedikasi pasukan pembangunan bagi mencari cara untuk mempromosikan budaya Cina tradisional secara global dengan cara yang inovatif. Sebagai permainan video bertaraf dunia yang dihasilkan oleh Perfect World yang mengintegrasikan sumber-sumber global dan menjadikan budaya Cina sebagai unsur utama, Unruly Heroes memanfaatkan visi antarabangsa dan prestasi teknikal untuk memperbaharui semula imej Tang Monk dan pengikut-pengikut beliau dalam dunia fantasi magis berwarna terang, melambangkan kejayaan penerokaan pemindahan global IP klasik Cina tradisional.

Menurut Lu Yang, penerbit Unruly Heroes, mereka memilih Journey to the West untuk sifat klasik dan kualiti tingginya. IP tradisional mengandungi sistem luas dengan pandangan dunia, budaya yang pelbagai dan watak-watak yang istimewa dan bersemangat yang penuh dengan konflik dramatik, maka ia merupakan tema yang agak baik untuk penciptaan permainan video dan juga pembangunan permainan video. Semasa proses pembangunan, anggota-anggot daripada studio Perancis mendemonstrasikan sepenuhnya daya kreativiti dan semangat yang tinggi serta menyediakan idea kreatif dan menarik yang tidak terkira banyaknya semasa proses pembangunan tersebut. Oleh itu, usaha-usaha mereka telah menerapkan lebih banyak elemen antarabangsa ke dalam novel tersebut dan menjadikannya lebih menyerupai kehidupan sebenar. Atas sebab inilah, pemain-pemain daripada latar belakang budaya berbeza mendapatinya lebih mudah untuk mengaitkan dengan kisah dongeng Cina tradisional dan menjadi suka terhadapnya.

Keterangkuman budaya dan kreativiti Unruly Heroes telah mencatatkan prestasi pasaran yang luar biasa sejak pelancarannya. Khususnya, pemain-pemain telah memberi maklum balas yang agak positif tentang imej dan reka bentuk animasinya. Pada masa kini, permainan video berkenaan telah menarik minat sebilangan besar pemain di seluruh dunia, 80% daripadanya berada di luar negara. Hakikatnya, ia telah menarik minat ramai pemain asing yang tidak tahu tentang kisah dongeng Cina tradisional ini pada masa lalu.

Selain daripada Annie Awards yang terkenal, semua orang kelihatan bercakap dengan ghairah tentang Unruly Heroes sejurus selepas ia dilancarkan di sidang akhbar E3 2017 Microsoft. Selain daripada itu, ia dicalonkan untuk Permainan PC Terbaik dan Seni Visual Terbaik di Ping Awards 2018 serta Permainan yang Paling Dinanti-nantikan di Unity Awards 2018. Ia membawa pulang anugerah Permainan Konsol Terbaik di Barcelona Games World dan Permainan Dalam Talian yang Paling Dinanti-nantikan 2018 Sina. Ia turut menerima penarafan tinggi merentas banyak platform media: 9/10 di GameSpace, 8.8/10 di IGN España dan 9.7 di TapTap. Permainan berkenaan turut dicadangkan oleh laporan lajur pada muka depan China Daily.

Orang-orang dalam telah menyatakan bahawa Unruly Heroes dapat memenangi anugerah-anugerah terkenal ini daripada jawatankuasa kajian semula antarabangsa lantaran keterangkuman budaya dan pengalaman luasnya. Ia jelas menunjukkan hakikat bahawa: sesuatu produk hanya dapat memberikan produk dengan kualiti bertaraf dunia apabila ia mengekalkan unsur-unsur yang wujud dalam sebuah budaya di samping menggabungkan elemen kreativiti. Sekiranya syarikat-syarikat Cina ingin memperkenalkan dengan jayanya produk-produk dengan unsur-unsur Cina ke mata dunia pada masa depan, Unruly Heroes, dengan kata lain akan menjadi contoh yang paling mutakhir untuk diikuti.

Perfect World telah membuka jalan untuk kemunculan lebih banyak produk seperti Unruly Heroes dengan mendukung strategi global dalam tempoh masa yang panjang, kata Dr. Robert H. Xiao. Pada hari-hari akan datang, Perfect World bersedia untuk memperkenalkan lebih banyak produk hiburan popular yang berkualiti tinggi dengan unsur-unsur budaya Cina buat pemain-pemain global bagi memudahkan strategi budaya Cina dibawa ke peringkat global.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200203/2704378-1?lang=0

Source: Perfect World Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Trade show news