omniture

Presiden Senegal Macky Sall dan Bekas Presiden Lutheran World Federation Biskop Munib A. Younan dipilih sebagai Penerima Sunhak Peace Prize 2020

Bekas Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon dianugerahkan Centenary Award Founders
The Sunhak Peace Prize Committee
2020-02-05 15:56 476

SEOUL, Korea Selatan, 5 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Jawatankuasa Sunhak Peace Prize mengadakan Upacara Penyampaian Anugerah Sunhak Peace Prize 2020 bagi memperingati ulang tahun keseratus pengasasnya pada 5 Februari, 10 pagi, di KINTEX, Ilsan, Republik Korea.

Sunhak Peace Prize 2020 dianugerahkan kepada Presiden Macky Sall dari Republik Senegal dan Biskop Munib A. Younan, bekas pengerusi Lutheran World Federation. Sempena ulang tahun keseratus pengasas Rev. Sun Myung Moon, Centenary Award Founders khas disampaikan kepada bekas Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon.  

Presiden Sall diiktiraf kerana berjaya memendekkan tempoh perkhidmatan presiden daripada tujuh tahun menjadi lima tahun dan memulihkan semula ekonomi melalui dasar-dasar yang telus, seraya menyebarkan demokrasi yang matang ke negara-negara jiran di benua Afrika yang mana pemerintahan diktator jangka panjang dan kemiskinan masih berleluasa.

Biskop Younan mendapat pengiktirafan atas usaha beliau selama 40 tahun untuk menggalakkan keharmonian antara agama Judaisme, Kristian dan Islam di Timur Tengah dan khususnya untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Bekas Setiausaha Agung PBB Ban memimpin PBB ke arah mencapai dunia yang lestari dengan dedikasi yang tidak goyah dalam menghadapi cabaran serta krisis global yang belum pernah terjadi sebelum ini, termasuk krisis ekonomi global, perubahan iklim, isu keganasan dan pelarian.

Dalam ucapan penerimaan beliau, Presiden Sall menekankan bahawa keamanan memerlukan komponen-komponen sosial daripada pertumbuhan ekonomi inklusif yang menyumbang kepada pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketaksamaan. Beliau menegaskan keazaman beliau untuk memimpin bagi menamatkan konflik di benua Afrika dan mencapai pembangunan sosial serta ekonomi.

Biskop Younan menyeru pemimpin-pemimpin agama untuk "melaungkan suara mereka demi mencapai keamanan berasaskan keadilan dan untuk bersuara dengan berani terhadap gelombang kebencian dan penindasan" dan berkata, "saya akan terus berusaha untuk mencapai keamanan berasaskan keadilan sehingga ke akhir hayat saya."

Bekas Setiausaha Agung PBB Ban mengatakan bahawa "masih terdapat lebih 700 juta orang tidur dalam keadaan lapar" dan penerimaan hadiah ini memberikan beliau "komitmen tambahan yang lebih banyak, motivasi yang meningkat bahawa saya perlu melakukan banyak lagi kerana masih terdapat ramai orang yang merindui keamanan, kemakmuran dan agar hak-hak asasi mereka dihormati dan dilindungi."

Pengasas Dr. Hak Ja Han Moon dan Pengerusi Hong Il-sik menganugerahi setiap penerima dengan pingat, tanda peringatan dan USD 500,000. Upacara ini dihadiri oleh lebih 5,000 orang, termasuk bekas ketua negara dan ketua negara semasa serta wakil daripada pelbagai pertubuhan kerajaan, akademik, perindustrian, media dan keagamaan di seluruh dunia.

Sunhak Peace Prize dianugerahkan kepada individu-individu dan organisasi-organisasi yang banyak menyumbang kepada keamanan generasi-generasi akan datang dan pembangunan insan.

Source: The Sunhak Peace Prize Committee
Keywords: Banking/Financial Service Food/Beverages Awards Economic news, trends, analysis Religion