omniture

Sim Leisure Group meterai perjanjian bangunkan dan kendalikan taman tema ESCAPE di Sri Lanka

Sim Leisure Group Ltd.
2020-02-06 22:11 133
  • Tandatangani MOU dengan Elpitiya Plantations PLC senaraian Sri Lanka, sebuah syarikat bersekutu bagi konglomerat cip biru senaraian Sri Lanka Aitken Spence PLC
  • Elpitiya Plantations PLC akan membuat subpajakan tanah untuk projek berkenaan manakala Sim Leisure Group akan membangunkan dan mengendalikan taman tema di bawah jenama ESCAPE
  • Penandatanganan MOU menandakan penembusan Sim Leisure ke wilayah geografi baharu dengan China dan bandar-bandar ASEAN lain dikenal pasti untuk pengembangan selanjutnya model perniagaan Kumpulan ini yang terbukti dan berjaya
  • Kumpulan ini menyasarkan untuk memulakan kerja-kerja pembinaan taman tema ESCAPE di Sri Lanka pada Mac 2020

SINGAPURA, 6 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Sim Leisure Group Ltd. ("Sim Leisure" atau "Syarikat", bersama-sama subsidiari-subsidiarinya, "Kumpulan"), pemaju dan pengendali taman tema yang berpangkalan di Pulau Pinang, Malaysia, hari ini mengumumkan penandatanganan memorandum persefahaman ("MOU") tidak terikat bersama Elpitiya Plantations PLC senaraian Sri Lanka yang akan membawa taman tema ESCAPE miliknya ke Sri Lanka. Elpitiya Plantations PLC ("Elpitiya") ialah sebuah syarikat bersekutu bagi konglomerat cip biru senaraian Sri Lanka Aitken Spence PLC.

Menurut MOU berkenaan, Elpitiya akan membuat subpajakan tanah untuk projek berkenaan manakala Kumpulan ini akan membangunkan dan mengendalikan taman tema di bawah jenama ESCAPE ("ESCAPE Sri Lanka"). Bagi membangunkan ESCAPE Sri Lanka, Elpitiya telah menubuhkan sebuah syarikat tujuan khas di bawah nama Venture Valley Private Limited ("Venture Valley"). Elpitiya berhasrat untuk memeterai perjanjian subpajakan dengan Venture Valley untuk membuat subpajakan sebidang tanah di Sri Lanka bagi tujuan eksklusif untuk membangunkan dan mengendalikan ESCAPE Sri Lanka. Telah diberi kelulusan awal untuk memulakan kerja-kerja pembinaan dan bagi menghalang keadaan yang tidak diduga, Kumpulan ini berhasrat untuk memulakan kerja-kerja pembinaan ESCAPE Sri Lanka pada Mac 2020. Kedua-dua pihak turut menjangkakan penandatanganan perjanjian muktamad berhubung dengan ESCAPE Sri Lanka pada penghujung bulan ini, termasuk pemeteraian perkongsian usaha sama strategik yang mana Sim Leisure dan Elpitiya (atau penamanya) merupakan rakan kongsi usaha sama yang dicadangkan untuk Venture Valley. Syarikat ini akan membuat pengumuman yang diperlukan dalam masa terdekat.

ESCAPE Sri Lanka akan ditempatkan di pertengahan jalan antara bandar Colombo dan pusat peranginan pantai utama Galle (sebuah bandar di pantai Barat Daya Sri Lanka) yang menjadi latar sebuah industri pelancong yang berkembang pesat. Kementerian Pelancongan Sri Lanka menyasarkan untuk menarik seramai empat juta pelancong pada tahun 2020 dan pendapatan mencecah lima bilion dolar A.S. daripada industri tersebut bagi menerajui kebangkitan ekonomi keseluruhan negara berkenaan. Ini akan membawa kepada penggandaan ketibaan pelancong, memandangkan negara kepulauan berkenaan telah menerima 1.91 juta pelancong pada tahun 2019[1].  

Mengulas mengenai pengembangan Sim Leisure ke Sri Lanka, En. Sim Choo Kheng, Ketua Pegawai Eksekutif Sim Leisure berkata"Saya melihat peluang yang amat besar dalam pasaran Sri Lanka dengan penduduknya seramai lebih 20 juta orang. Sri Lanka ialah salah satu daripada sebilangan kecil negara yang tidak terjejas dan hijau. Pinggir laut dan pantai negara berkenaan yang tidak tercemar menarik pelancong dari serata dunia dan industri pelancongannya berkembang pada kadar yang luar biasa. Di samping itu, kos menjalankan perniagaan di Sri Lanka adalah agak rendah.

Kami akan mendapat kelebihan penggerak-pertama apabila membina tempat tarikan bertaraf dunia yang pertama di Sri Lanka. Tidak seperti banyak pelosok di Asia Timur, Sri Lanka mempunyai potensi amat besar yang belum diterokai untuk riadah keluarga dan penduduk berpendidikan tinggi yang ingin mengecapi kejayaan. Kami melihat aspek ini sebagai peluang yang besar untuk melatih penduduk tempatan dalam operasi kami demi pengembangan global pasa masa akan datang. Kami akan melakar senyuman pada setiap jam yang belum pernah dilihat sebelum ini di Sri Lanka."

 

[1]  Xinhua News, Sri Lanka menyasarkan untuk menggandakan ketibaan pelancong pada tahun 2020, 24 Januari 2020 (http://www.xinhuanet.com/english/2020-01/24/c_138731086.htm)

Latar Belakang Sim Leisure Group Ltd.

Kumpulan ini ialah pemaju dan pengendali taman tema berkedudukan mantap yang berpangkalan di Pulau Pinang, Malaysia. Pengasas Kumpulan ini, Sim Choo Kheng, mempunyai pengalaman selama lebih 29 tahun dalam industri taman tema. Kini, Kumpulan ini kini mengendalikan taman tema ESCAPE (http://www.escape.my/), di Pulau Pinang, Malaysia dan memenuhi keperluan pengunjung tempatan dan asing. ESCAPE Adventureplay ialah taman tema pengembaraan luar yang mengandungi ciri-ciri mesra alam dan unsur-unsur reka bentuk yang mengingatkan kampung-kampung tradisional dan hiburan masa lapang di Malaysia. ESCAPE Waterplay ialah taman air pertama di Pulau Pinang dan juga mempunyai elemen reka bentuk yang mesra alam dan tradisional yang sama seperti ESCAPE Adventureplay. ESCAPE Gravityplay, yang ketiga dalam siri taman tema ESCAPE membawakan lif kerusi dan dua trek kart menuruni bukit. Pada November 2019, Kumpulan ini secara rasminya membuka luncur air tiub dalaman terpanjang yang direkodkan dalam Guinness World Record yang berukuran 1,111 meter. Taman tema ESCAPE mengalu-alukan kira-kira 112,000 pengunjung pada tahun 2017 dan kira-kira 185,000 pengunjung pada tahun 2018.   

ESCAPE merupakan jawapan kepada visi kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap destinasi riadah yang bertaraf dunia apabila Sim Leisure memenangi tender pembangunan pada tahun 2009 untuk tanah seluas lebih 60-ekar yang kini menempatkan ESCAPE. Guinness World Record ini akan meletakkan Pulau Pinang pada peta dunia dan menarik khalayak pelancong yang ramai di peringkat domestik dan antarabangsa.

ESCAPE telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan TripAdvisor setiap tahun dari tahun 2014 hingga 2019, Sijil Merit dan Pemenang dalam kategori Tarikan Pelancong Terbaik (Tarikan Buatan-Manusia/Taman Tema) masing-masing di Anugerah Pelancongan Malaysia ke-19 bagi tahun 2014/2015 dan Anugerah Pelancongan Malaysia ke-20 bagi tahun 2016/2017.

Model perniagaan Kumpulan ini mengubah model perniagaan arus perdana biasa dari Barat yang membayar royalti yang tinggi dan memerlukan pelaburan yang banyak untuk struktur-struktur bertema serta hiburan tunggangan mekanikal. Lebih penting lagi, taman tema ESCAPE menumpukan perhatian pada aktiviti keseronokan asli yang berasal dari zaman kanak-kanak, aktiviti bermain yang nakal bersama rakan-rakan dan bukannya hiburan tunggangan mekanikal yang diikat.

Taman tema ESCAPE memperkenalkan semula aktiviti bermain alam kanak-kanak pada zaman silam yang telah dilupakan kepada generasi masa kini, menunjukkan bahawa keseronokan adalah berpatutan. ESCAPE menghubungkan semula pengunjung dengan alam semula jadi yang pernah didiami oleh kita, hidup bersama-sama dengannya dan bergantung padanya dengan menerima idea-idea mesra alam. Pada masa kini, taman tema ESCAPE di Pulau Pinang menampilkan pelbagai tempat tarikan bertumpu aktiviti bermain termasuk zon memanjat, rempuh halangan, lompat menegak, luncur keluang, landasan junam tinggi dan luncur air yang membolehkan tetamu-tetamu menemui semula imbangan semula jadi mereka, ketangkasan, kekuatan fizikal, keberanian dan naluri bermain. Kesemua ini merupakan sebahagian daripada visi Sim Choo Kheng untuk taman tema yang menyeronokkan, mesra alam dan berdaya maju dari segi ekonomi. Hal ini turut menjelaskan kejayaan taman tema ESCAPE menerusi program-program pembinaan pasukan korporat dan lawatan lapangan sekolah.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.escape.my/

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Kamal Samuel
James Bywater
Mattias Chia
tech@financialpr.com.sg 
Tel: (65) 6438 2990, Faks: (65) 6438 0064

Siaran akhbar ini telah disediakan oleh Sim Leisure Group Ltd. ("Syarikat") dan isi kandungannya telah disemak semula oleh penaja Syarikat, ZICO Capital Pte. Ltd. ("Penaja"), mengikut Peraturan 226(2)(b) dalam Manual Penyenaraian Seksyen B: Peraturan Catalist Singapore Exchange Securities Trading Limited ("SGX-ST").

Siaran akhbar ini belum diperiksa atau diluluskan oleh SGX-ST dan SGX-ST tidak bertanggungjawab terhadap isi kandungan siaran akhbar ini termasuk ketepatan mana-mana kenyataan atau pendapat yang dibuat atau laporan yang terkandung dalam siaran akhbar ini.

Pihak yang boleh dihubungi untuk Penaja ialah Cik Alice Ng, Pengarah Lanjutan Penajaan, ZICO Capital Pte. Ltd. di 8 Robinson Road, #09-00 ASO Building, Singapura 048544, telefon (65) 6636 4201.

Source: Sim Leisure Group Ltd.
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel New products/services