Scaling Up: The Rapid Growth in the Industrial Scale Trafficking of Pangolin Scales (2016-2019) telah disiarkan hari ini menjelang Hari Tenggiling Sedunia
THE HAGUE, Belanda, 10 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Saat-saat menjelangnya Hari Tenggiling, hari ini Wildlife Justice Commission (WJC) mengeluarkan laporan Scaling Up: The Rapid Growth in the Trafficking of Pangolin Scales (2016-2019) (1). Laporan ini menekankan bahawa penyeludupan berskala luas ini, yang menyebabkan spesies ini berada di ambang kepupusan, harus ditangani sebagai jenayah terancang rentas negara dan kita harus menggunakan teknik-teknik siasatan termaju untuk menanganinya dengan berkesan.
Laporan berkenaan menggabungkan analisis data rampasan yang dilaporkan antara 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2019 dan dapatan siasatan daripada WJC sendiri untuk membina pemahaman yang komprehensif tentang dinamik dan trend jenayah penyeludupan rentas negara sisik tenggiling ini. WCJ menumpukan penyiasatan dan perisikannya terhadap penyeludupan sisik tenggiling memandangkan ia merupakan yang paling terdedah kepada jenayah terancang. Sisik ini dicari sebagai komponen dalam perubatan Cina tradisional, meskipun tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa sisik berkenaan mempunyai sebarang nilai perubatan.
Analisis berkenaan memberi tumpuan pada jenayah penyeludupan bagi mengenal pasti negara-negara prolifik (termasuk penglibatan yang tidak seimbang antara Nigeria dan Vietnam), laluan penyeludupan, kaedah penghantaran dan nilai pasar gelap sisik tenggiling. Analisis tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara dan pesat dari segi jumlah yang diseludup, yang dibantu oleh jaringan jenayah terancang.
Anggaran 206.4 tan sisik tenggiling yang diseludup telah dirampas antara 2016-2019 daripada 52 rampasan. Analisis data rampasan menunjukkan terdapatnya peningkatan dari segi penyeludupan pada kadar yang belum pernah terjadi sebelum ini: hampir dua pertiga daripada muatan yang dirampas (132.1 tan) dikesan sepanjang dua tahun yang lalu (2018-2019). Sementara itu pada tahun 2019, purata berat satu penghantaran sisik tenggiling ialah 6.2 tan, dibandingkan dengan 2.2 tan tiga tahun sebelumnya.
"Kami percaya bahawa angka keseluruhan ini hanyalah sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan yang diseludup, memandangkan terdapatnya kemungkinan bahawa sebilangan besar pas penyeludupan tidak dapat dikesan," kata Sarah Stoner, Pengarah Risikan WJC. "Pendekatan siasatan kami menambah satu dimensi tambahan dalam mengukur skala penyeludupan hasil daripada perisikan kami berhubung dengan penyimpanan stok sisik tenggiling (lebih 16 tan sepanjang tiga tahun) di Vietnam sahaja, yang menjadi tambahan kepada rampasan yang dikesan yang telah dianalisis oleh pihak kami."
Analisis berkenaan turut meneliti perkaitan antara penyeludupan gading gajah serta sisik tenggiling dan apa petandanya dalam konteks jenayah. Lantaran penurunan nilai gading gajah, jaringan jenayah terancang telah menukar jenis komoditi dan perlu melakukan penghantaran besar sisik berkenaan bagi mengekalkan margin keuntungan. Sisik tenggiling bernilai lebih rendah bagi setiap kilogram berbanding gading gajah (2).
"Jenayah terancang dalam hidupan liar bukan untuk spesies tertentu: ia berkaitan dengan komoditi bernilai tinggi dan keuntungan. Jaringan jenayah terancang akan beralih kepada spesies berbeza sekiranya marginnya bagus. Bagi menangani hal ini dengan berkesan, jenayah hidupan liar yang terancang perlu ditangani dari perspektif jenayah, selain dari dimensi rentas negaranya, daripada hanya memberi tumpuan padanya di peringkat negara," kata Stoner.
Dalam laporannya, WJC memerhatikan bahawa penggunaan kaedah yang tetap seperti penghantaran terkawal boleh memberi keputusan yang luar biasa sekiranya ia digunakan sebagai cara untuk membawa pengelola-pengelola penyeludupan tenggiling ini ke muka pengadilan.
"Siasatan sepanjang tahun yang dijalankan baru-baru ini di China terhadap penyeludupan sisik tenggiling dan rampasan yang terkini oleh pihak berkuasa Nigeria (3) merupakan contoh penting bagaimana jenayah hidupan liar rentas negara ini harus disiasat dan keputusan ketara yang dapat dicapai dalam menghalang jenayah terancang dengan cara yang bermakna. Tanpa pendekatan ini, tenggiling tetap berada dalam keadaan yang sangat mudah terdedah kepada bahaya yang mengancam kewujudannya," tambah Stoner.
Wildlife Justice Commission beroperasi secara global untuk menghalang dan membantu membongkar perdagangan jaringan jenayah rentas negara terhadap hidupan liar, kayu balak dan ikan. Kami melaksanakan operasi ini dengan mengumpul bukti dan mengubahnya menjadi kebertanggungjawaban.
Catatan untuk editor:
(1) Laporan penuh disediakan di laman sesawang WJC, www.wildlifejustice.org
(2) Ivory Snapshot Analysis WJC disiarkan pada September 2019, memberi pandangan menyeluruh tentang trend dan perubahan dalam dinamik jenayah penyeludupan gading gajah rentas negara, menunjukkan terdapatnya peningkatan konsainan yang dikesan termasuk gading gajah seberat lebih 500 kg, selain trend yang membimbangkan melibatkan jumlah besar sisik tenggiling yang semakin banyak diseludup berserta dengan gading gajah.
(3) Pada Disember 2019, pihak berkuasa Cina telah melakukan satu perkembangan penting dengan merampas 10.65 tan sisik tenggiling yang diseludup dari Nigeria melalui Korea Selatan ke China dalam satu penyiasatan sepanjang tahun yang menunjukkan tanda-tanda penghantaran terkawal. Baru-baru ini, pada Januari 2020, pihak Kastam Nigeria telah merampas sisik tenggiling antara barang seludup lain yang telah diseludup merentas sempadan Nigeria/Cameroon. Jenis campur tangan peringkat tinggi dan amat diselaraskan ini bagi menghalang jaringan jenayah di sebalik penyeludupan global sisik tenggiling kini menjadi amat penting bagi melindungi tenggiling Afrika daripada permintaan berterusan terhadap sisik dan dagingnya.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1087660/Wildlife_Justice_Commision.jpg