omniture

Huawei Diiktiraf sebagai Gartner Peer Insights Customers' Choice Januari 2020 untuk Infrastruktur Akses LAN Berwayar dan Tanpa Wayar

Huawei
2020-02-11 21:49 477

SHENZHEN, China, 11 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar, dengan sukacitanya berkongsi bahawa mereka dinamakan sebagai Gartner Peer Insights Customers' Choice Januari 2020 untuk Infrastruktur Akses LAN Berwayar dan Tanpa Wayar. Huawei ialah satu-satunya vendor bukan Amerika Utara yang dinamakan dan mendapat penilaian bintang 4.7/5 yang tinggi setakat 5 Februari 2020 berdasarkan 196 penilaian.

Huawei Diiktiraf sebagai Gartner Peer Insights Customers' Choice Januari 2020 untuk Infrastruktur Akses LAN Berwayar dan Tanpa Wayar
Huawei Diiktiraf sebagai Gartner Peer Insights Customers' Choice Januari 2020 untuk Infrastruktur Akses LAN Berwayar dan Tanpa Wayar

Gartner menakrifkan pasaran infrastruktur LAN akses berwayar dan tanpa wayar sebagai yang terdiri daripada vendor-vendor yang membekalkan perkakasan serta perisian perangkaian berwayar dan tanpa wayar yang membolehkan peranti berhubung dengan LAN berwayar perusahaan atau rangkaian Wi-Fi. Gartner Peer Insights ialah platform dalam talian bagi pengkadaran dan ulasan perisian serta perkhidmatan IT yang ditulis dan dibaca oleh golongan IT serta pembuat keputusan teknologi. Gartner Peer Insights melibatkan lebih daripada 215,000 ulasan yang disahkan dalam lebih 340 pasaran. Penghormatan Gartner Peer Insights Customers' Choice mengiktiraf vendor-vendor yang dinilai tinggi oleh pelanggan mereka, bagi membantu pemimpin IT perusahaan untuk membuat keputusan pembelian yang lebih berwawasan.

Melalui Gartner Peer Insights, penawaran rangkaian kampus Huawei menerima sejumlah 196 ulasan daripada pelanggan dalam pelbagai industri di seluruh dunia. Maklum balas pelanggan mencakupi suis Eternet Huawei dan suis teras kampus, titik akses tertutup dan luar, platform rangkaian terurus awan, antara produk-produk Huawei yang lain. Menurut maklum balas pelanggan, produk dan penyelesaian rangkaian kampus Huawei amat diiktiraf dari segi prestasi, keandalan dan kemudahan pengurusan.

"Ia merupakan satu-satunya tujuan kami untuk menyediakan penyelesaian dan produk yang terbaik dalam kelas yang dapat memenuhi keperluan pelanggan dan menyampaikan pengiktirafan pelanggan. Oleh itu, kami teruja apabila dinamakan sebagai Gartner Peer Insights Customers' Choice Januari 2020," kata Zhao Zhipeng, Presiden Huawei Campus Network Domain. "Pada masa akan datang, kami akan kekal komited terhadap penumpuan pelanggan dan inovasi yang berterusan serta terus membantu pelanggan menerima rangkaian kampus terhubung sepenuhnya bagi mempercepatkan perjalanan transformasi digital mereka. Kami juga amat bersyukur atas maklum balas yang dikongsikan oleh mereka bersama kami melalui Gartner Peer Insights."

Berikut merupakan beberapa petikan daripada pelanggan yang menyumbang kepada penghormatan Huawei:

  • "Pengalaman pelaksanaan yang baik dalam penggunaan besar kami. Lebih 12,000 titik capaian dipasang dalam 55 buah Universiti di seluruh negara berserta suis teras, pengagregatan dan capaian. Pengalaman keseluruhan dengan titik capaian Huawei adalah sangat baik." – Maklum balas daripada pelanggan pendidikan;
  • "Produk-produk WLAN Huawei mempunyai kualiti isyarat yang baik, liputan yang luas dan juga stabil. Semasa menggunakan produk WLAN Huawei, terdapat sedikit panggilan terputus. Selain itu, kelebihan harga adalah jelas dan perkhidmatan selepas-jualan disediakan." – Maklum balas daripada Ketua Pegawai Teknologi dalam industri peruncitan.

Inovasi dan kepimpinan berterusan Huawei dalam domain rangkaian kampus telah membuka jalan untuk Huawei bagi mendapatkan kepercayaan yang berkekalan daripada pelanggan.

  • Pada tahun 2019, Huawei melancarkan Penyelesaian CloudCampus bertumpu-pengalaman yang unik. Penyelesaian inovatif ini membantu pelanggan melaksanakan pengurusan automatik, O&M pintar dan keterbukaan lapisan penuh rangkaian kampus, memendekkan masa dibawa ke pasaran (TTM) bagi perkhidmatan perusahaan serta mencapai jaminan pengalaman dan kualiti perkhidmatan pada waktu sebenar.
  • Huawei turut melancarkan suis kampus siri CloudEngine S serba baharu yang dibina untuk era Wi-Fi 6. Produk-produk yang ditampilkan termasuk suis teras kampus unggulan – CloudEngine S12700E – yang memberikan enam kali ganda prestasi purata industri, memenuhi keperluan evolusi rangkaian perusahaan besar dan rangkaian kampus untuk 10 tahun akan datang.
  • Dalam lapangan WLAN, Huawei AirEngine, dikuasakan oleh Huawei 5G, telah mendapat kepercayaan yang meluas daripada pelanggan global. Menurut laporan terkini daripada Dell'Oro Group, bahagian pasaran Huawei Wi-Fi 6 menduduki kedudukan No.1 di seluruh dunia (kecuali Amerika Utara) dari suku ketiga tahun 2018 hingga suku ketiga tahun 2019.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang Penyelesaian CloudCampus Huawei.

Penafian: Gartner Peer Insights Customers' Choice mengandungi pendapat subjektif melibatkan ulasan pengguna akhir individu, penarafan dan data yang digunakan terhadap kaedah yang didokumenkan; ia tidak mewakili sama ada pandangan, mahupun membentuk satu endorsan oleh, Gartner atau rakan-rakan sekutunya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200210/2715554-1?lang=0

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards