omniture

Tencent Cloud Capai Piawaian Sekuriti Awan Berbilang Tahap Tertinggi

Piawaian yang baru dicapai sahkan tahap sekuriti tinggi diberikan oleh Tencent Cloud kepada pengguna perusahaan global
Tencent
2020-02-12 09:56 177

SINGAPURA, 11 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Tencent Cloud, cabang pengkomputeran awan Tencent -- penyedia yang terkemuka bagi perkhidmatan bernilai tambah internet di China, hari ini mengumumkan pemerolehan Piawaian Sekuriti Awan Berbilang Tahap (MTCS SS) olehnya, satu piawaian sekuriti antarabangsa yang penting untuk penerimaan perkhidmatan pengkomputeran awan di Singapura.

Tencent Cloud mematuhi Tahap 3 MTCS SS, piawaian sekuriti pertama di dunia yang mencakupi pelbagai tahap, lalu membuktikan keupayaannya untuk menyediakan tahap sekuriti yang tertinggi kepada pengguna awan perusahaan di Singapura, Asia dan seluruh dunia.

Menurut Gartner[1], pasaran perkhidmatan awan awam global dilihat akan berkembang sebanyak 17% pada tahun 2020, membawanya kepada jumlah US$266.4 bilion, meningkat daripada US$227.8 bilion pada tahun 2019. Hampir 60% daripada organisasi-organisasi diramalkan akan menggunakan perkhidmatan terurus-awan daripada penyedia perkhidmatan luar menjelang tahun 2022, yang menggandakan peratusan berbanding statistik dari tahun 2018.

"Pemerolehan piawaian sekuriti MTCS SS tahap tertinggi menunjukkan sejauh mana Tencent Cloud terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu pengusaha industri yang terkemuka di dunia, membantu Tencent mendaki kedudukan dari tempat kelima ke tempat keempat dalam senarai kedudukan vendor awan Asia-Pasifik[2] melalui projek dan penyelesaian yang bersejarah," kata Poshu Yeung, Naib Presiden Tencent International Business Group. "Dengan penerimaan awan yang pantas di seluruh dunia, kami berbangga untuk menerima piawaian sekuriti antarabangsa ini yang menambah kepada penawaran awan kami yang semakin diiktiraf dan diterima pakai di rantau ini. Ia turut menekankan keupayaan luar biasa kami untuk mengehoskan, mengendalikan dan memproses data yang sangat sulit, lantas memberi keyakinan dan ketenangan minda kepada pelanggan perusahaan kami."

Dilancarkan di Singapura pada tahun 2013, MTCS SS ialah piawaian sekuriti awan pertama di dunia dengan matlamat untuk menyediakan pandangan bernilai kepada perniagaan untuk menilai dan memahami dengan lebih baik tahap sekuriti awan yang diperlukan oleh mereka. Ia meliputi aspek-aspek termasuk tadbir urus awan, sekuriti infrastruktur awan, pengurusan operasi awan, pentadbiran perkhidmatan awan, akses pengguna awan, pengasingan sewaan dan pelanggan, pengekalan data, liabiliti, pemulihan bencana serta pengurusan insiden dan isu.

Sijil MTCS Tencent Cloud
Sijil MTCS Tencent Cloud

Sebagai syarikat Cina yang pertama dan salah satu daripada lima syarikat yang terkemuka di dunia, yang mempunyai lebih daripada satu juta pelayan, Tencent Cloud telah memperoleh lebih 20 sijil antarabangsa yang berkaitan dengan perlindungan maklumat awan awam seperti CSA STA, ISO/IEC 27001:2013, ISO/IEC 27017:2015 dan ISO/IEC 27018:2014. Tencent Cloud patuh-GDPR juga merupakan penyedia perkhidmatan awan pertama yang mencapai piawaian antarabangsa ISO20000-1:2018 dan ISO/IEC 27701:2019.

Diiktiraf sebagai pengusaha awan kedua terbesar di China[3], Tencent Cloud meluaskan jejak luar negaranya dengan menyediakan penyelesaian awan yang menawarkan perkhidmatan kepada beberapa vertikal industri utama seperti perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, e-dagang, pelancongan dan hospitaliti serta permainan video dalam talian dan juga hiburan.

Tencent Cloud ialah penyedia perkhidmatan awan awam yang terjamin, andal dan berprestasi tinggi yang menyepadukan keupayaan pembinaan-infrastruktur Tencent dengan kelebihan platform serta ekosistem penggunanya yang amat besar. Tencent Cloud menyediakan capaian global dan pelbagai jenis perkhidmatan kepada organisasi-organisasi yang memerlukan infrastruktur termaju dan persekitaran yang berdaya tahan, seperti persekitaran dalam sektor permainan video dalam talian, siaran langsung serta perkhidmatan kewangan.

Tencent Cloud beroperasi di 25 wilayah dan 53 zon ketersediaan di seluruh dunia serta merupakan sebahagian daripada strategi lebih luas Tencent untuk melabur dalam teknologi yang terkini seperti infrastruktur awan, sekuriti, data raya dan kecerdasan buatan, bagi menguasai gelombang pertumbuhan yang seterusnya.

[1] Forecast: Public Cloud Services, Worldwide, 2017- 2023, 3Q19 Dikemas kini oleh Gartner, Dis 2019

[2] Cloud Infrastructure Services market share in Asia Pacific - 2018 Q4, Synergy Research Group (https://tech.qq.com/a/20190318/004532.htm)

[3] China Public Cloud Service Market Historical Tracker, 2019

Hubungan Media

ifung@currentglobal.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200210/2715501-1?lang=0

Source: Tencent
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers