omniture

IONpath Lancar Perkhidmatan Penyelidikan Tawar Analisis Tisu Termultipleks Perkasa Program Penemuan dan Pembangunan Farmaseutikal

IONpath, Inc.
2020-02-12 21:45 96

MENLO PARK, California, 12 Februari 2020 /PRNewswire/ -- IONpath, Inc., hari ini mengumumkan pelancaran perniagaan perkhidmatan khusus yang menyediakan akses kepada platform pengimejan termultipleks MIBIscope™ proprietari mereka dan pasukan pakarnya bagi menyokong syarikat-syarikat farmaseutikal dan bioteknologi yang berkhidmat dalam bidang imuno-onkologi.


Dahulunya IONpath telah menyediakan perkhidmatan penyelidikan tersuai kepada pertubuhan-pertubuhan akademik dan farmaseutikal yang terkemuka sebagai sebahagian daripada Program Capaian Awal. Kini, syarikat telah memformalkan hasratnya untuk menjadi rakan kongsi pilihan kepada mereka yang menyelidik persekitaran mikro tumor bagi memahami mekanisme tindakan terapeutik dan mengenal pasti populasi penggerak balas.

"Kami memulakan syarikat ini kerana kami gemar menjalankan sains yang hebat dan bekerjasama dengan para saintis hebat," kata Harris Fienberg, ketua pegawai eksekutif dan pengasas bersama, IONpath. "Pasukan kami amat teruja untuk mendayakan pembangunan imunoterapi generasi seterusnya secara besar-besaran."

Berpangkalan di ibu pejabat global mereka di Silicon Valley dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dari seluruh dunia, pasukan pakar yang terdiri daripada jurutera, ahli patologi dan saintis data memanfaatkan platform MIBIscope proprietari untuk membantu menyelesaikan masalah yang paling rumit dalam imuno-onkologi. MIBIscope™ dapat menghasilkan imej serentak empat puluh atau lebih protein individu pada satu slaid dengan kebolehulangan diperlukan untuk kajian klinikal yang besar. IONpath membina kapasiti untuk mewarnai, menghasilkan imej dan menganalisis lebih 15,000 slaid yang sangat termultipleks setahun menjelang penghujung tahun 2020. Syarikat berkenaan berharap agar dapat menemui data bernilai mengenai tahap ekspresi bersama, kedekatan populasi sel dan korelasi kepada hasil yang diperhatikan dalam kalangan pesakit untuk menyumbang secara bermakna kepada pembangunan imunoterapi buat rakan-rakan kongsi dalam seluruh industri dan dunia akademik.

Sekiranya anda atau syarikat anda berminat untuk mempelajari lebih lanjut tentang apa yang dapat dilakukan oleh Perkhidmatan Penyelidikan untuk program anda, sila hubungi kami di research@ionpath.com untuk berbincang bersama pasukan pakar kami atau meminta sebut harga.

Latar Belakang IONpath, Inc. 
IONpath, Inc. merevolusikan pengimejan tisu bagi mempercepatkan penemuan perubatan dan meningkatkan kesihatan manusia. Sistem MIBIscope™ syarikat yang menggunakan teknologi Multiplexed Ion Beam Imaging (MIBI™), menunjukkan langkah transformatif dalam pengimejan tisu dengan memultiplekskan lebih 40 penanda dengan satu resolusi sel. Institut-institut penyelidikan terkemuka serta syarikat-syarikat bioteknologi dan farmaseutikal menggunakan MIBIscope dalam penyelidikan imuno-onkologi, imunologi dan neurosains yang mana data pengimejan termultipleks dengan fideliti tinggi diperlukan. Selain daripada Sistem MIBIscope IONpath memperkasa inisiatif-inisiatif penyelidikan dan pembangunan rakan-rakan kongsi akademik, bioteknologi dan farmaseutikal melalui Perkhidmatan Penyelidikan IONpath.

Kunjungi www.ionpath.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Hubungi:
Terri Hnatyszyn
305-803-0824
media@ionpath.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1088946/IONpath_Research_Services.jpg  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1088947/IONpath_Logo.jpg

Source: IONpath, Inc.
Related Links:
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)