omniture

Future Market Insights Perluas Operasi Timur Tengah, Buka Pejabat Dubai

Future Market Insights
2020-02-12 21:54 104

Sempena ulang tahun kelimanya, syarikat memperkenalkan strategi bertumpu sekitar kolaborasi baharu, meluaskan tumpuan serantau dan memajukan teknologi dan interaksi waktu sebenar 

DUBAI, UAE, LONDON dan PUNE, India, 12 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Future Market Insights (FMI), sebuah firma penyelidikan dan perundingan bertaraf global, mengumumkan strategi bercita-cita tingginya untuk membawakan perisikan perniagaan bertaraf dunia kepada pelanggan dengan kerjasama Transparency Market Research dan FactMR.com. Pencapaian utamanya ialah pengembangan strategik ke Timur Tengah, dimulakan dengan pembukaan pejabat serba baharu di Jumeirah Lakes Towers Dubai.

Future_Market_Insights_Expansion
Future_Market_Insights_Expansion

Aspek kedua dalam strategi ini ialah pelancaran pusat perisikan terpusat dipacu AI melalui MarketNGage. Portal ini akan memberi pandangan tradisional, digabungkan dengan analitik media sosial dan video bagi memenuhi kehendak pelanggan yang semakin meningkat bermula daripada mahasiswa universiti kepada mereka yang berada dalam senarai Fortune 500. Pengguna akan mendapat akses seragam kepada lebih 50,000 ringkasan kajian dan 3000 buku panduan kajian, mengesan trend yang paling berkesan di seluruh dunia dan pelbagai ciri lain seperti video dan buku audio, grafik pasaran serta pemberitahuan pasaran. Menggunakan Marketngage.com, FMI akan memulakan interaksi pada waktu sebenar dengan kesemua pelanggannya, membolehkan wakil-wakil pelanggan untuk bersedia 24/7, 365 hari setahun, sebagai satu inisiatif untuk menyediakan penyelesaian pantas.

"FMI akan terus memanfaatkan AI dan keupayaan manusia untuk membawakan perisikan pintar dan membawakannya dengan cara-cara yang mudah dilaksanakan menerusi pendekatan yang paling diberi perhatian yang mendorong proses membuat keputusan yang optimum," kata Sudip Saha, Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama FMI.

"Kami berasa gembira untuk terus mengembangkan perniagaan kami di Timur Tengah dan tidak sabar-sabar untuk melihat bagaimana kami dapat memacu penyelidikan pasaran di rantau ini ke hadapan dan memberi impak pada skala global," tambah Anurag Singh, Pengerusi Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Transparency Market Research, Future Market Insights serta Fact MR.

Latar Belakang Future Market Insights (FMI) 

Future Market Insights  (FMI) ialah penyedia yang terkemuka bagi perisikan pasaran dan perkhidmatan perundingan, menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 150 buah negara. Ibu pejabat FMI terletak di London, ibu kota kewangan dunia dan mempunyai pusat-pusat penyerahan di A.S., Dubai dan India. FMI menawarkan perkhidmatan penyelidikan kepada syarikat-syarikat yang beroperasi dalam industri automotif, penjagaan kesihatan, kimia, makanan & minuman (F&B), pengautomatan perindustrian dan peruncitan.

Hubungi: 

Nama: Sudip Saha
Emel: sudip@futuremarketinsights.com
No Unit: AU-01-H Gold Tower (AU), No Plot: JLT-PH1-I3A,
Jumeirah Lakes Towers, Dubai,
Emiriah Arab Bersatu
Inisiatif MARKET ACCESS DMCC

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1088903/Future_Market_Insights_Expansion.jpg
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/947618/Future_Market_Insights_Logo.jpg

 

 

 

 

Source: Future Market Insights
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Outsourcing Businesses Publishing/Information Service Corporate Expansion New products/services Data Analytics