omniture

Hikvision lancar generasi baharu produk AcuSense

Algoritma pembelajaran mendalam terkini tingkatkan keupayaan pengurangan amaran palsu produk kepada ketepatan 98%
Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
2020-02-12 22:05 420

HANGZHOU, China, 12 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Hikvision, penyedia yang terkemuka di dunia bagi produk dan penyelesaian keselamatan yang inovatif, mengumumkan pelancaran generasi baharu produk-produk AcuSense istimewanya, dengan kemas kini penting.

Sepanduk berita Hikvision AcuSense
Sepanduk berita Hikvision AcuSense

"Produk-produk AcuSense Hikvision diperkenalkan pada tahun 2018, dengan idea untuk menjadikan alat penggera dan perkhidmatan pintar disediakan kepada pelanggan perniagaan kecil-kecilan dan kediaman buat julung kalinya," kata Frank Zhang, Presiden Pusat Produk dan Penyelesaian Antarabangsa di Hikvision. "Ringkasnya, teknologi AcuSense membolehkan kakitangan keselamatan untuk memberi tumpuan pada peristiwa manusia dan kenderaan, bukannya objek-objek yang tidak penting, agar mereka dapat bertindak dengan lebih cekap yang dapat membantu menjimatkan masa dan kos, manakala pengguna akhir boleh mengawal sepenuhnya sistem keselamatan mereka pada bila-bila masa, dari mana-mana jua."

Ketepatan penggera ditambah baik 

Peranti AcuSense Hikvision yang terkini direkayasa dengan algoritma pembelajaran mendalam dinaik taraf, yang menganalisis strim video langsung dan melabelkannya sebagai "manusia", "kenderaan" atau "peristiwa lain". Apa yang dilabelkan sebagai manusia dan kenderaan akan mencetuskan alat penggera untuk kakitangan keselamatan, manakala peristiwa lain seperti titisan hujan, haiwan atau pergerakan dedaunan, sebagai contoh, akan diabaikan secara drastik. Hasilnya ialah pengurangan ketara amaran palsu – kini dengan ketepatan menghampiri 98%. Dengan cara ini, kakitangan keselamatan dapat memberi tumpuan pada isu-isu keselamatan sebenar dan mengambil tindakan. Selain itu, video-video berkaitan diasingkan secara automatik mengikut kategori untuk pencarian yang lebih mudah.

Pengesanan pergerakan dipertingkat dengan pengelasan manusia / kenderaan 

Pelanggan yang sudah biasa dengan Pengesanan Pergerakan akan turut menghargai keupayaan teknologi AcuSense. Dengan mengambil kira sepenuhnya tabiat pengguna, Hikvision mencipta produk AcuSense untuk mengintegrasikan pengelasan manusia dan kenderaan dengan pengesanan pergerakan. Lebih khusus lagi, apabila pergerakan dikesan, sistem tersebut menganalisis sama ada ia berkaitan dengan manusia atau kenderaan dan sama ada alat penggera harus dicetuskan. Maka, apabila pengguna mendayakan fungsi pengesanan pergerakan, mereka dapat menikmati tahap ketepatan tanda amaran sama yang diberikan oleh teknologi AcuSense Hikvision.

Lampu kelip dan perbualan suara dua-hala

Apabila fungsi penolakan pada waktu sebenar diperlukan, Hikvision turut menawarkan model-model kamera dengan lampu kelip dan amaran pendengaran. Sebaik sahaja alat penggera dicetuskan, lampu terbina dalam dipancarkan. Dalam masa yang sama, kakitangan keselamatan dapat berkomunikasi dengan individu yang mencetuskan alat penggera tersebut bagi mengesahkan kebenaran mereka, hasil daripada pembesar suara dan mikrofon terbina dalam pada kamera tersebut. Perlu dinyatakan bahawa kamera AcuSense yang terkini malah dapat menyokong runut audio tersuai, yang boleh dirakamkan terlebih dahulu untuk disesuaikan dengan pelbagai persekitaran.

Prestasi lebih baik dalam persekitaran cahaya rendah

Kanta kamera AcuSense yang terkini dilengkapi dengan apertur yang mencecah sehingga F1.4. Teknologi ini membolehkan lebih banyak cahaya memasuki kanta, untuk kecerahan imej yang dioptimum dan prestasi yang lebih baik dalam persekitaran cahaya rendah.

Kawasan pengesanan lebih besar 

Dibandingkan dengan kamera-kamera AcuSense terdahulu, generasi baharu ini melanjutkan jarak pengelasan sasaran dari 10, 15, atau 22 meter kepada 20, 25, atau 30 meter, bergantung pada model.

Pelanggan boleh memilih daripada resolusi 2 MP, 4 MP, atau 4K selain perumah kubah, menara kecil dan peluru untuk disesuaikan dengan keperluan pemasangan khusus mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai generasi terkini produk-produk AcuSense Hikvision, kunjungi https://www.hikvision.com/en/products/IP-Products/Network-Cameras/Pro-Series-EasyIP-/

Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan penyelesaian mudah anda!

Latar Belakang Hikvision 

Hikvision ialah penyedia produk dan penyelesaian keselamatan yang terkemuka dunia. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) yang luas dan amat mahir, Hikvision mengeluarkan suit penuh produk dan penyelesaian komprehensif untuk pelbagai pasaran vertikal. Selain industri keselamatan, Hikvision meluaskan capaiannya kepada teknologi kediaman pintar, pengautomatan perindustrian dan industri-industri elektronik automotif demi mencapai visi jangka panjangnya. Produk-produk Hikvision juga menyediakan kecerdasan perniagaan yang hebat untuk pengguna akhir, yang dapat mendayakan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Komited terhadap kualiti dan keselamatan terbaik untuk produk-produknya, Hikvision menggalakkan rakan-rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan oleh Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200211/2716972-1?lang=0

Source: Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security New products/services