omniture

Bantu Jiangzhuang Coal Mine wujudkan persekitaran kerja 'kemalangan-sifar' dengan teknologi video pintar Hikvision

Hikvision
2020-02-12 22:12 370

BANDAR RAYA TENGZHOU, China, 12 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Lombong ialah persekitaran operasi unik yang mempunyai cabaran-cabaran kesihatan serta keselamatan yang amat spesifik. Khususnya, operasi perlombongan bawah tanah biasanya mengalami keadaan keterlihatan yang rendah dan pencemaran cahaya daripada lampu suluh dan jalur pantul pada peralatan dan pakaian, lantas menjadikan pengawasan biasa dan pemantauan keselamatan sukar.

Kamera Hikvision
Kamera Hikvision

Ini merupakan beberapa cabaran yang dihadapi oleh Jiangzhuang Coal Mine di Wilayah Shangdong, China, yang meliputi kawasan bawah tanah seluas 43 kilometer persegi dan menghasilkan lebih daripada 1.8 juta tan arang batu setiap tahun. Keutamaan tertinggi untuk pasukan pengurusan lombong ialah keselamatan pekerja serta amalan kerja dan pengeluaran dipantau 24 jam sehari bagi meminimumkan risiko kemalangan.

Kong Qingwei, Pengarah Pejabat Penghantaran Jiangzhuang Coal Mine, berkata, "Kami perlu bertindak balas segera terhadap situasi yang tidak selamat di lombong, sama ada disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran, mesin yang kurang menunjukkan prestasi atau kakitangan yang tidak mengikuti prosedur-prosedur kerja yang dibenarkan."

Walaupun lombong tersebut melabur dengan banyak dalam latihan dan peralatan keselamatan untuk pekerja, sistem pengawasan yang lama menjadikan pemantauan kesihatan dan keselamatan sukar di kawasan-kawasan penting lombong tersebut. "Sistem pengawasan terdahulu kami memerlukan kami untuk memantau sekitar 30 skrin, 24 jam sehari, sering terjadi dengan kualiti imej sub-optimum yang disebabkan oleh keadaan cahaya rendah atau pencemaran cahaya," kata Kong Qingwei. "Ini menjadikan kerja kami amat sukar dan melelahkan, selain memberi kesan kepada kebolehan kami untuk bertindak balas kepada isu-isu keselamatan dengan cukup cepat."

Memaksimumkan keselamatan pekerja dengan teknologi video pintar Hikvision
Bagi menangani cabaran kesihatan dan keselamatannya, Jiangzhuang Coal Mine telah melaksanakan sistem pengawasan dan kawalan video pintar daripada Hikvision.

Penyelesaian Hikvision menyokong pengimejan video yang jelas, meskipun dalam keadaan cahaya yang rendah, atau di mana pencemaran cahaya terhasil oleh cahaya atau jalur pantul. Kualiti dan kejelasan pengimejan ini memastikan agar risiko-risiko tersembunyi dapat dikenal pasti dengan lebih pantas dan mudah, lalu membolehkan pasukan keselamatan bertindak balas dengan lebih pantas serta dapat melindungi pekerja di semua kawasan lombong.

Selain daripada keupayaan pengimejan yang dipertingkat, kamera Hikvision menggabungkan teknologi pembelajaran mendalam bagi mengenal pasti dan bertindak balas kepada risiko-risiko kesihatan dan keselamatan dalam lombong secara automatik dan pada waktu sebenar. Khususnya, kamera ini dapat mengenal pasti apabila pekerja menyimpang daripada prosedur-prosedur kerja yang diluluskan dan menghantar makluman kepada pasukan keselamatan bagi memastikan kakitangan dapat diatur kedudukannya sebelum kemalangan berlaku.

Sebagai contoh, pekerja dilarang untuk berada terlalu dekat dengan winc apabila mereka bekerja lantaran risiko-risiko keselamatan, namun sukar untuk memantau dengan kamera video biasa. "Sistem Hikvision baharu dapat meningkatkan keselamatan pekerja dengan memantau kawasan-kawasan sekitar winc serta peralatan lain dan dengan menghantar makluman sekiranya kakitangan berada terlalu dekat," kata Kong Qingwei.

Meningkatkan kesihatan dan keselamatan pekerja dengan pandangan waktu sebenar yang boleh diambil tindakan
Dalam tempoh tiga bulan pertama beroperasi, sistem Hikvision baharu mengenal pasti lebih daripada 30 penyimpangan daripada prosedur-prosedur operasi yang selamat. Zhang Liu, Timbalan Ketua Jurutera di Jiangzhuang Coal Mine, berkata, "Pada masa lalu, banyak risiko keselamatan ini yang boleh jadi tidak disedari. Walau bagaimanapun, sistem Hikvision membolehkan kami untuk mengenal pasti setiap insiden pada waktu sebenar untuk mengambil tindakan segera bagi melindungi pekerja kami, yang merupakan satu hasil yang sangat memuaskan buat kami."

Membawakan penambahbaikan berterusan untuk prosedur-prosedur keselamatan
Selain mengingatkan pasukan terhadap risiko-risiko keselamatan pada waktu sebenar, sistem Hikvision turut merekodkan perincian sebarang insiden keselamatan untuk analisis kemudiannya.

"Di samping merekodkan penyimpangan dengan tepat daripada prosedur-prosedur kerja yang selamat, sistem Hikvision menyokong fungsi-fungsi main semula dan muat turun," kata Zhang Liu. "Kami dapat menggunakan pandangan yang direkodkan oleh kami untuk memberikan penambahbaikan yang berterusan kepada prosedur-prosedur keselamatan dan akhirnya, menyokong visi kami ke arah lombong 'kemalangan-sifar'," tambah beliau.

Memenuhi keperluan keselamatan khusus-perlombongan 
Penyelesaian Hikvision dikonfigurasikan untuk menyokong aplikasi keselamatan-perlombongan spesifik, seperti pemantauan secara berterusan paras air permukaan di kawasan-kawasan lombong yang berbeza.

"Peresapan berterusan daripada pembentukan batuan bermakna bahawa air permukaan dapat berkumpul di kawasan-kawasan lombong berbeza, yang menjadi suatu masalah dari segi banjir yang mungkin berlaku, kerosakan kepada infrastruktur dan risiko keselamatan pekerja," kata Zhang Liu. "Dengan sistem Hikvision, kami dapat mengurus paras air permukaan secara berterusan dan mengambil tindakan untuk menangani sebarang masalah yang timbul sebelum paras air melebihi had selamat," tambah beliau.

Selain daripada pengurusan air permukaan, penyelesaian Hikvision menyokong keselamatan yang lebih baik di kawasan-kawasan lombong berpotensi berbahaya yang lain termasuk terowong condong yang digunakan untuk mengangkut arang batu dan bahan-bahan bawah tanah yang lain. "Sistem Hikvision adalah seperti 'mata' yang pintar buat kami di semua kawasan lombong, membantu kami mengenal pasti isu-isu keselamatan berpotensi dengan cara yang tepat pada masanya dan jitu serta untuk melindungi pekerja kami sepanjang masa," kata Kong Qingwei.

Meningkatkan keberkesanan untuk pasukan keselamatan
Dengan makluman automatik untuk semua jenis ancaman keselamatan berpotensi, pasukan keselamatan boleh menjadi jauh lebih berkesan, tanpa perlu memantau imej video secara berterusan. "Daripada melihat imej berbintik-bintik pada 30 skrin, kini kami dapat meluangkan lebih banyak masa untuk bertindak balas kepada insiden, menyokong pekerja dan memastikan mereka selamat," kata Zhang Liu. "Ini merupakan contoh klasik bagaimana pengautomatan dapat membantu meningkatkan keselamatan lombong, di samping turut mengurangkan beban kerja melelahkan yang berkaitan dengan pemantauan skrin secara manual."

[OUTBOX] Sepintas lalu mengenai projek

  • Sistem pengawasan dan kawalan Hikvision digunakan di Jiangzhuang Coal Mine
  • Teknologi pembelajaran mendalam mengenal pasti risiko-risiko keselamatan pada waktu sebenar, meskipun dalam keadaan keterlihatan rendah
  • 30 insiden keselamatan dikesan dan ditangani dalam tiga bulan pertama
  • Analisis insiden menyokong penambahbaikan berterusan untuk prosedur-prosedur keselamatan
  • Pasukan keselamatan meluangkan sedikit masa memantau skrin dan lebih banyak masa bertindak balas kepada ancaman keselamatan
  • Analisis data insiden daripada sistem Hikvision menyokong penambahbaikan berterusan untuk prosedur-prosedur keselamatan dan menyokong strategi 'kemalangan-sifar' lombong
Ilustrasi01
Ilustrasi01

 

Ilustrasi03
Ilustrasi03

 

Kamera Hikvision
Kamera Hikvision

 

Ilustrasi02
Ilustrasi02

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200211/2715201-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200211/2715201-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200211/2715201-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200211/2715201-1-d?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200211/2715201-1-e?lang=0

 

Source: Hikvision
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mining/Metals New products/services