omniture

Proya sumbang lebih 90,000 topeng muka patuh-piawaian EU dibeli dari Eropah untuk kakitangan perubatan barisan depan di Hubei China

Proya
2020-02-13 10:35 464

HANGZHOU, China, 13 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Lebih daripada 110,000 topeng muka, yang dibeli dari negara-negara Eropah oleh pembuat kosmetik Proya, telah dihantar kepada kakitangan perubatan barisan depan di wilayah Hubei China pada 4 Februari. Diiringi oleh eksekutif Proya, topeng muka ini, termasuk kira-kira 90,000 topeng patuh-piawaian Eropah (FFP3/FPP2, yang mengatasi prestasi N99/N95 dari segi kecekapan penapisan) dan 20,000 topeng pakai buang, dikawal oleh pegawai polis tempatan di bawah pengawasan pejabat kerajaan wilayah Hubei, memandangkan destinasi penghantaran mengehadkan kemasukan kenderaan berdaftar bukan tempatan. Sehingga kini, pegawai Proya telah berjaya menghantar 68,000 topeng muka kepada 2nd People's Hospital of Xishui di bandar raya Huanggang dan 43,880 topeng muka tambahan kepada Hubei Charity Federation.

Sumbangan bekalan perubatan yang ditetapkan
Sumbangan bekalan perubatan yang ditetapkan

Wuhan, epipusat bagi wabak 2019-nCOV itu, telah dikurung pada malam Tahun Baharu Cina. Pada hari berkenaan, Proya menubuhkan kumpulan khas untuk tindak balas wabak tersebut. Dengan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Fang Yuyou berkhidmat sebagai ketua pengarah, firma berkenaan secara rasminya menubuhkan dana awam amal bernilai RMB15 juta (kira-kira USD2.2 juta) bagi menggiatkan usaha untuk mengawal dan mencegar penularan selanjutnya virus 2019-nCoV. Proya telah menderma sebanyak 4 juta yuan kepada bandar-bandar Wuhan, Wenzhou dan Leqing serta lebih 110,000 topeng muka kepada penerima-penerima yang ditetapkan. Firma berkenaan akan terus melakukan yang terbaik bagi memenuhi kehendak domestik untuk bekalan dan membantu mencegah serta mengawal penularan selanjutnya penyakit tersebut.

Pembelian bekalan dari Eropah untuk sumbangan yang ditetapkan

Menurut En. Fang, sumbangan-sumbangan terdahulu mereka sebahagian besarnya dalam bentuk tunai. Bertepatan dengan Tahun Baharu Cina. wabak 2019-nCoV yang tidak dijangkakan ini menyebabkan kekurangan bekalan perubatan yang teruk di seluruh China. Lantaran itu, Proya memberi lebih tumpuan pada pembelian bekalan, selain daripada sumbangan wang tunai.

Antara lebih daripada 110,000 topeng muka yang dibeli oleh Proya dari Eropah, 68,000 daripadanya disumbangkan kepada 2nd People's Hospital of Xishui di Huanggang, memandangkan bandar tersebut menghadapi tahap yang teruk dari segi wabak virus yang hampir menyerupai apa yang dialami di Wuhan. Setakat 3 Februari, Huanggang melaporkan 1,422 kes yang disahkan, yang mana 210 kes berlaku di Xishui, daerah kedua yang paling ramai penduduk di bandar tersebut.

Bekalan perubatan yang dihantar kepada 2nd People's Hospital of Xishui
Bekalan perubatan yang dihantar kepada 2nd People's Hospital of Xishui

Pembelian topeng muka merupakan satu tugas yang sukar. Sejurus selepas pengurungan di Wuhan, Proya melantik Pan Xiang, pengarah agensi jenama Eropah firma tersebut, untuk menubuhkan pasukan pembelian. Lantaran bekalan alat perlindungan perubatan yang terhad di Eropah, pasukan pembelian tersebut perlu mencari bekalan di banyak negara Eropah. Tugas pembelian adalah lebih mencabar apabila Proya perlu memastikan bahawa item yang dibeli memenuhi piawaian sumbangan dan penggunaan di hospital-hospital domestik China.

Pembelian bekalan di banyak negara terbukti merupakan tugas yang sukar
Pembelian bekalan di banyak negara terbukti merupakan tugas yang sukar

"Kami telah bertemu beberapa pembuat topeng muka di seluruh Eropah. Paling ketara, kami menghabiskan masa selama lebih sepuluh jam memandu dari Paris ke Milan, sebagai sebahagian daripada tugasan pembelian tersebut. Di samping itu, kami sering bekerja sepanjang malam untuk berunding dengan rakan-rakan sekerja domestik kami disebabkan oleh perbezaan masa," kata Pan.

Pengangkutan lancar bagi memastikan penghantaran yang tepat pada masanya

Cara menghantar bekalan kepada kakitangan perubatan barisan depan di wilayah Hubei terbukti menjadi satu lagi cabaran.

Menggunakan laluan yang pantas bagi tujuan pengumpulan sumbangan bersama bank-bank tempatan dan bank-bank berpangkalan di Hong Kong, berunding dengan penerima-penerima sumbangan tentang isu-isu penghantaran dan mengaturkan penerbangan untuk mengangkut bekalan perubatan ke China kesemuanya merupakan sebahagian daripada usaha Proya. Kakitangan logistik firma berkenaan bersedia bertugas di lapangan terbang untuk memastikan pelepasan kastam yang paling pantas. Wang Jianrong, pengurus besar kemudahan pembuatan Proya, mengiringi penghantaran sepanjang laluan penghantaran keseluruhan bagi menjamin penghantaran yang lancar. Kakitangan Proya bekerja siang dan malam menerusi setiap hubungan proses penghantaran bagi memastikan penyerahan bekalan yang tepat pada masanya.

Pengangkutan lancar sepanjang proses penghantaran
Pengangkutan lancar sepanjang proses penghantaran

Setiap firma menggalas tanggungjawab sosial korporat mereka mengikut naluri dan melakukan yang terbaik dalam keadaan yang genting ini. Proya mengesahkan sekali lagi komitmen berterusannya melalui kesegeraan tindak balasnya, ujar En. Fang.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200204/2710219-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200204/2710219-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200204/2710219-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200204/2710219-1-d?lang=0

Source: Proya
Keywords: Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Retail Corporate Social Responsibility