omniture

Sunline Jalin Kerjasama dengan Sabah Credit Corporation (SCC) Dorong Inisiatif Sabah Pintar

Sunline
2020-02-14 08:33 238

SABAH, Malaysia, 14 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Inisiatif Sabah Pintar telah memulakan fasa pertamanya - Sabah Pay, selepas Kerajaan Negeri memberi mandat kepada Sabah Credit Corporation (SCC) untuk memperkenalkan e-dompet Negeri pada September tahun lalu. Beroperasi menggunakan Teknologi Perbankan Digital Sunline, inisitif ini akhirnya akan membolehkan Negeri ini menyokong platform kewangan pintar yang hebat.

Sunline Jalin Kerjasama dengan Sabah Credit Corporation (SCC) Dorong Inisiatif Sabah Pintar
Sunline Jalin Kerjasama dengan Sabah Credit Corporation (SCC) Dorong Inisiatif Sabah Pintar

Asas yang mendasari Sabah Pay ialah keterangkuman dan kepelbagaian, direka bentuk dan dibangunkan untuk semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang tidak mempunyai akaun bank. Ciri utama bagi fasa pertama Sabah Pay ialah pemusatan pengumpulan tunai untuk Kerajaan Negeri Sabah, meningkatkan sistem penghantaran perkhidmatan Negeri ini melalui pengurangan bahan buangan, kemudahan dan kecekapan yang dipertingkat. Dalam fasa-fasa Sabah Pay yang akan datang, perkhidmatan gaya hidup digital seperti eKYC, akaun maya, pembiayaan maya, pinjaman pintar, berbilang saluran pembayaran, e-tempat letak kenderaan, e-tiket dan banyak lagi akan disediakan.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SCC, George Taitim Tulas, "Kunci kepada Bandar Pintar yang sebenar adalah untuk mendayakan kecekapan perkhidmatan dan akhirnya meningkatkan kehidupan penduduk. Oleh itu, Sabah Pay bukan sekadar e-dompet yang membolehkan pembayaran tanpa tunai dibuat, tetapi juga merupakan langkah pertama ke arah menyediakan perkhidmatan kewangan yang lancar."

Ketua Pegawai Eksekutif Sunline Overseas Business, Matthew Chen turut mengatakan, "Sunline berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan SCC dalam Inisiatif Sabah Pintar ini. Kami percaya pengalaman kami serta usaha berterusan dan komitmen kami untuk menawarkan kemajuan teknologi yang paling inovatif akan membantu menjadikan Kewangan Pintar buat Sabah suatu kenyataan."

Dalam era digital, pengguna mengharapkan perkhidmatan kewangan yang lancar tersedia pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Persaingan yang semakin meningkat daripada Teknologi Kewangan (Fintech) dan pelbagai peraturan baharu yang semakin bertambah turut mendorong institusi-institusi kewangan tradisional untuk melakukan transformasi, agar kekal mendahului dalam persaingan.

Sunline, mempelopori inovasi dengan Sistem Perbankan Teras berasaskan JAVA pertama dan Sistem Perbankan Digital di China sejak tahun 2002, mempunyai tapak terpasang yang terbesar untuk Sistem Perbankan Teras dan Digital di negara berkenaan. Penyelesaian Perbankan Digital Sunline memperkasa institusi-institusi kewangan untuk mengubah cara mereka menjalankan perniagaan, membolehkan mereka untuk membina ekosistem digital yang komprehensif serta kekal menunjukkan prestasi terbaik dalam era digital.

Sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi Kerajaan Malaysia dan visi Bank Negara Malaysia (BNM) ke arah masyarakat tanpa tunai dan perbankan maya, Negeri Sabah mengambil langkah pertama untuk memulakan Kewangan Pintar dan Sunline berbangga kerana dapat memainkan peranan penting dalam inisiatif ini.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200212/2717246-1?lang=0

Source: Sunline
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Licensing/marketing agreements