omniture

HUAWEI CLOUD Peroleh Pengakusaksian OSPAR daripada Persatuan Bank-bank di Singapura

HUAWEI CLOUD
2020-02-15 04:59 325

SINGAPURA, 15 Februari 2020 /PRNewswire/ -- HUAWEI CLOUD memperoleh pengakusaksian Laporan Audit Penyedia Perkhidmatan Sumber Luar (OSPAR) daripada Persatuan Bank-bank di Singapura (ABS). Pengakusaksian ini menandakan bahawa HUAWEI CLOUD memenuhi keperluan keselamatan kewangan yang paling ketat di Singapura dan HUAWEI CLOUD cukup selamat dan andal untuk menyediakan perkhidmatan awan kepada institusi-institusi kewangan yang dibiayai dalam negara dan Cina di Singapura serta dapat membantu institusi-institusi ini memenuhi keperluan kawal selia.

Singapura ialah pusat kewangan keempat terbesar di dunia, selepas New York, London dan Hong Kong. Singapura ialah pusat kepada industri kewangan matang, yang menandakan terdapatnya keperluan untuk keselamatan yang amat kuat. OSPAR ialah salah satu pensijilan keselamatan yang paling berwibawa untuk institusi-institusi kewangan. Ia menentukan keperluan keselamatan yang harus dipatuhi oleh pembekal-pembekal yang menyediakan perkhidmatan kepada institusi-institusi kewangan. Untuk disenaraikan dalam kalangan pembekal yang disahkan oleh ABS, HUAWEI CLOUD perlu memenuhi keperluan OSPAR ini. Pengakusaksian OSPAR memperlihatkan prestasi luar biasa HUAWEI CLOUD menerusi proses keselamatan, teknologi keselamatan dan amalan pengurusan kakitangan yang utama di dunia.

Pada Februari 2019, HUAWEI CLOUD secara rasminya mengumumkan pembukaan di wilayah Singapura. Wilayah Singapura ialah salah satu wilayah yang terbesar di luar China, dan HUAWEI CLOUD komited untuk melabur secara strategik di wilayah berkenaan. HUAWEI CLOUD komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi ekosistem ICT tempatan dan global bagi menyediakan perusahaan yang dibiayai dalam negara dan Cina dengan perkhidmatan awan mampan yang stabil, andal dan selamat. Pemerolehan pengakusaksian OSPAR merupakan perakuan terhadap komitmen ini. Pemerolehan pengakusaksian ini juga menunjukkan satu permulaan yang menguntungkan untuk tahun baharu ini.

Pada Mac 2018, HUAWEI CLOUD menjadi satu-satunya penyedia perkhidmatan awan di China yang memperoleh pensijilan keselamatan data kewangan yang paling ketat di dunia, PCI-DSS, untuk semua platform, nod dan perkhidmatan. Dalam laporan penilaian vendor IDC MarketScape: awan dan perkhidmatan industri kewangan Cina 2018, dikeluarkan pada April 2019, HUAWEI CLOUD dicirikan sebagai peneraju dalam awan industri kewangan dengan kekuatan kompetitif yang kukuh dan inovasi teknologi. MarketScape melaporkan bahawa HUAWEI CLOUD telah menjadi peneraju dalam pasaran awan untuk industri kewangan China. Keselamatan disebutkan sebagai kekuatan utama.

HUAWEI CLOUD komited untuk menyelaraskan dan mengoptimumkan kaedah-kaedah keselamatannya sendiri melalui piawaian keselamatan antarabangsa yang paling ketat, membina sistem keselamatan bertaraf dunia dan menyediakan pengguna dengan persekitaran yang selamat dan andal termasuk platform awan mahupun perkhidmatan berkaitan. Pada tahun 2019 sahaja, HUAWEI CLOUD memperoleh pensijilan ISO 22301, ISO 27001, ISO 27017, CSA STAR, audit privasi SOC2, ISO/IEC 27701, ISO/IEC 29151 dan BS 10012. Dari segi privasi dan keselamatan, HUAWEI CLOUD ialah salah satu nama yang paling berwibawa dalam pasaran hari ini. HUAWEI CLOUD telah memperoleh sejumlah lebih daripada 50 pensijilan yang disegani dari seluruh dunia, termasuk OSPAR.

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications