omniture

Bagaimana Toshiba Gunakan Pemantauan Kesihatan Struktur Untuk Menangani Penduduk yang Semakin Berusia dan Infrastruktur Lama

Toshiba Corporation
2020-02-19 10:00 1092

SINGAPURA, 19 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Tatkala penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan-kemudahan serta struktur-struktur sedia ada menjadi semakin penting, punca kebimbangan ialah kekurangan tenaga buruh yang diperlukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan ini. Ketahui bagaimana sistem yang baru dibangunkan oleh Toshiba untuk pemantauan kesihatan struktur dengan menggunakan sensor dapat membantu memvisualkan kesihatan dalaman struktur dan membolehkan pemeriksaan yang cekap dan komprehensif dibuat.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini:
https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_202002.shtml

Kazuo Watabe, Ketua Saintis Penyelidikan, Makmal Sistem Mekanikal, Pusat Penyelidikan & Pembangunan Korporat, Toshiba Corporation
Kazuo Watabe, Ketua Saintis Penyelidikan, Makmal Sistem Mekanikal, Pusat Penyelidikan & Pembangunan Korporat, Toshiba Corporation

 

Takashi Usui, Saintis Penyelidikan, Makmal Sistem Mekanikal, Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, Toshiba Corporation (ketika diwawancara)
Takashi Usui, Saintis Penyelidikan, Makmal Sistem Mekanikal, Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, Toshiba Corporation (ketika diwawancara)

 

Gambaran keseluruhan pengukuran AE untuk jambatan
Gambaran keseluruhan pengukuran AE untuk jambatan

 

Penentusahan keputusan analitik melalui sampel sebenar geladak jambatan
Penentusahan keputusan analitik melalui sampel sebenar geladak jambatan

Mengesan kerosakan dalaman tersembunyi

Kaedah-kaedah pemeriksaan konvensional jambatan bergantung pada pemeriksaan langsung secara visual serta ujian tukul, dan penilaian dibuat berdasarkan pengalaman dan gerak hati. Jambatan dengan tahap kemerosotan tertentu boleh menjadi sukar untuk dibezakan, dengan tiada perubahan yang dapat dipastikan pada permukaan mahupun bunyi. Dengan peningkatan bilangan dan panjang jambatan selama bertahun-tahun, kaedah pemeriksaan ini menjadi semakin tidak realistik.

Aspek paling signifikan dalam sistem pemantauan kesihatan struktur Toshiba ialah teknologi penderiaan serba baharu yang membolehkan sistem ini memvisualkan kerosakan pada bahagian dalaman konkrit, di kawasan-kawasan yang tidak dapat dilihat terus oleh pekerja dan menentukan tahap kemerosotan. Teknologi ini memberi peluang untuk mengutamakan jambatan yang memerlukan penyelenggaraan segera dan membantu penggunaan lebih baik tenaga buruh dan belanjawan yang terhad.

Teknologi penderiaan baharu ini ialah gelombang elastik, gelombang yang dipancarkan oleh bentuk-bentuk kerosakan yang amat kecil dalam struktur. Getaran tercetus apabila kenderaan yang dipandu di atas jambatan menyebabkan beberapa dozen kepada beberapa ratus kHz nilai gelombang elastik dipancarkan daripada retakan dalam struktur. Sensor mengukur gelombang ini dari tempat ia dilekatkan pada geladak jambatan, menggunakan ujian yang dikenali sebagai Kaedah AE.

Toshiba melihat potensi dalam mengaplikasikan kaedah AE kepada jalan raya, bangunan malah jentera perindustrian berskala besar. Buat masa ini, Toshiba akan menjalankan ujian penentusahan, mengumpul data dan meningkatkan kebolehpercayaan sistem dengan tujuan untuk mengurangkan tenaga buruh dan kos bagi tujuan penyelenggaraan infrastruktur sosial.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200120/2696740-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200120/2696740-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200120/2696740-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200120/2696740-1-d?lang=0

Source: Toshiba Corporation
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building New products/services