omniture

Saintis Cina Berganding Bahu Tangani COVID-19

Science and Technology Daily
2020-02-20 09:33 913

BEIJING, 20 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Dilaporkan oleh Science & Technology Daily:

Berhubung perjuangan menentang COVID-19, Kementerian Sains dan Teknologi (MOST) Cina telah melancarkan program "Dealing With the Outbreak of COVID-19 Using Science and Technology" ("Tangani Wabak COVID-19 Menggunakan Sains dan Teknologi"), program yang melibatkan empat kumpulan dengan 20 projek kecemasan sehingga kini. Tambahan pula, MOST memeriksa semula dua projek saintifik dan teknologi utama, termasuk "Creation of Important Innovative New Drugs" ("Penciptaan Ubat-ubatan Baharu yang Inovatif") dan "Prevention and Treatment of Severe Contagions" ("Pencegahan dan Rawatan Penjangkitan Teruk") serta beberapa rancangan penyelidikan dan pembangunan penting nasional. Baru-baru ini, beberapa pencapaian penting daripada projek-projek ini telahpun dilaksanakan di barisan depan pencegahan dan kawalan wabak ini.

Apabila melibatkan penyaringan ubat-ubatan, kakitangan barisan depan daripada pasukan-pasukan penyelidikan yang berbeza berkolaborasi berdasarkan penyelidikan sedia ada, melakukan usaha-usaha hebat untuk menyaring ubat-ubatan dengan sistematik dan besar-besaran yang sudahpun berada dalam pasaran atau telahpun menjalani percubaan klinikal. Akibatnya, mereka menemui ubat-ubatan anti-coronavirus yang berpotensi berkesan seperti Chloroquine Phosphate, Remdesivir dan Favipiravir. Di samping itu, dalam beberapa hari kebelakangan ini, penyelidik-penyelidik melancarkan dengan segera beberapa percubaan klinikal dan keputusannya menunjukkan bahawa kesan kuratif ubat-ubatan pada pesakit adalah semakin jelas.

Berdasarkan tahap R&D dan pengumpulan awal dalam bidang terapi sel, perubatan Cina tradisional dan terapi plasma di China, percubaan klinikal terhadap tiga terapi ini yang dikelolakan oleh "Joint Prevention and Control Group" telah dijalankan secara berperingkat-peringkat dan ia memainkan peranan penting dalam menyembuhkan pesakit yang sakit teruk.

Bagi tujuan penyediaan penyelesaian yang lebih canggih dan berkesan untuk wabak berkenaan menggunakan terapi sel stem, pemimpin-pemimpin MOST telah berkunjung ke Innovation Institute of Stem Cell and Regenerative Medicine of the Chinese Academy of Science bagi mengesahkan kemajuannya. Satu ubat selular baharu yang dikenali sebagai CAStem yang sepatutnya menyembuhkan COVID-19 telah dicipta dan ia telahpun membuat kemajuan penting dalam ujikaji mengenai rawatan sindrom sesak nafas akut teruk (ARDS) sebelum ini. Pasukan penyelidikan telah memohon kelulusan kecemasan daripada Pentadbiran Produk-produk Perubatan Kebangsaan China dan ia turut bekerjasama dengan institusi-institusi perubatan yang berkaitan. Setakat ini, CAStem telahpun diluluskan oleh Jawatankuasa Etika dan sedang menjalani proses pemantauan dan penilaian klinikal secara berterusan.

Satu projek kecemasan yang bertajuk "Clinical Study on the Prevention and Treatment of COVID-19 by Integrated Chinese and Western Medicine" ("Kajian Klinikal bagi Pencegahan dan Rawatan COVID-19 oleh Perubatan Cina dan Barat Bersepadu") telah dilancarkan secara rasmi pada 3 Februari dengan sokongan daripada MOST. "Kesan kuratif yang positif telah ditunjukkan dalam merawat COVID-19," kata Zhang Boli, ketua projek dan pengetua Tianjin University of Traditional Chinese Medicine. Dilaporkan bahawa sejumlah 23 orang pesakit telahpun sembuh dan dibenarkan keluar dari Hubei Provincial Hospital of Integrated Traditional and Western Medicine dan Wuhan Hospital of Traditional Chinese Medicine.

Berhubung dengan bidang terapi plasma, China National Biotech Group telah menyempurnakan pengumpulan plasma daripada beberapa pesakit yang kian sembuh, serta persediaan produk plasma imun khas dan globulin imun khas novel coronavirus pada 13 Februari. Melalui pengujian biokeselamatan darah yang ketat, penyahaktifan virus serta pengujian aktiviti antivirus dan sebagainya, plasma imun khas telah berjaya disediakan untuk rawatan klinikal dan telahpun dimasukkan ke dalam rawatan klinikal terhadap pesakit-pesakit yang sakit teruk.

Dari segi bidang penyelidikan dan pembangunan vaksin, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Cina berjaya mengasingkan strain virus COVID-19 yang pertama pada 24 Januari, yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan agensi-agensi antarabangsa yang lain. Beberapa jenis vaksin baharu untuk COVID-19 telah memulakan fasa pengujian haiwan, yang memberi harapan kepada semua pihak.

Source: Science and Technology Daily
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Publishing/Information Service Licensing/marketing agreements