omniture

Sistem Kawalan Destinasi Toshiba FLOORNAVI Menang Anugerah Emas di iF DESIGN AWARD 2020

Toshiba Elevator and Building Systems Corporation
2020-02-20 13:00 1040

KAWASAKI, Jepun, 20 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Toshiba Elevator and Building Systems Corporation (TELC) dianugerahkan dengan penghormatan tertinggi menerusi iF DESIGN AWARD pada tahun ini, anugerah emas iF. Daripada 7,298 penyertaan, hanya 75 penyertaan dianugerahkan emas oleh pakar bebas juri iF.

Toshiba’s Destination Control System FLOORNAVI Wins Gold Award at iF DESIGN AWARD 2020
Toshiba’s Destination Control System FLOORNAVI Wins Gold Award at iF DESIGN AWARD 2020

 

Toshiba’s Destination Control System FLOORNAVI Wins Gold Award at iF DESIGN AWARD 2020
Toshiba’s Destination Control System FLOORNAVI Wins Gold Award at iF DESIGN AWARD 2020

 

Toshiba’s Destination Control System FLOORNAVI Wins Gold Award at iF DESIGN AWARD 2020
Toshiba’s Destination Control System FLOORNAVI Wins Gold Award at iF DESIGN AWARD 2020

 

FLOORNAVI yang berjaya, memenangi anugerah emas dalam bidang Produk, menerusi kategori Sektor Awam / Kerajaan. Juri mengeluarkan kenyataan berikut berhubung keputusannya untuk menganugerahkan emas kepada FLOORNAVI: 

"Toshiba telah mereka bentuk sistem kawalan lif (destinasi) yang cekap sejajar dengan reka bentuk sejagat bagi menampung keperluan individu yang berkeupayaan dan juga orang kurang upaya. AI membolehkan destinasi lantai digabungkan dengan berkesan, lantas mengurangkan masa menunggu. Antara muka yang ringkas dan mudah sedia disesuaikan dengan pelbagai konteks seni bina."

FLOORNAVI membolehkan penumpang untuk menentukan tingkat destinasi sebelum menaiki lif dan menunjuki mereka ke koc yang betul bagi mengurangkan bilangan tingkat yang perlu mereka berhenti. Memandangkan penumpang tidak perlu menekan butang tingkat di dalam koc, mereka boleh masuk dan keluar dari koc dengan lancar meskipun ketika sesak.

Ikon-ikon berbentuk cincin yang ikonik dan panel operasi separas-dada membolehkan operasi yang selesa. Replika olokan berskala penuh digunakan untuk menentusahkan kebolehgunaan bagi menjadikan FLOORNAVI mudah digunakan untuk pelbagai individu, termasuk mereka yang berkerusi roda. FLOORNAVI membantu mengurangkan masa perjalanan lif dengan banyak semasa waktu puncak, lalu mengurangkan tekanan penumpang."

TELC telah meluaskan operasi perniagannya di luar Jepun dengan tumpuan yang kukuh diberikan di Asia Tenggara, India dan Timur Tengah bagi mengembangkan portfolio globalnya. Ini merupakan tindak balas kepada pembinaan pesat bangunan-bangunan bertingkat tinggi seiring dengan pertumbuhan ekonomi global, mendorong permintaan untuk pembangunan produk berkualiti tinggi, pengeluaran dan penyelenggaraan lif serta eskalator demi peningkatan mobiliti sosial. 

Baru-baru ini iaitu pada tahun 2018, TELC menubuhkan Toshiba Elevator (Vietnam) Limited Liability Company, di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam. Terdahulu, TELC telah menembusi pasaran dari tahun 2014 melalui satu perkongsian dengan sebuah syarikat tempatan dan hal ini mengesahkan lagi komitmen syarikat untuk mengukuhkan aktiviti jualan dan menawarkan perkhidmatan lapangan berkualiti tinggi dalam pasaran Vietnam yang pantas berkembang.

TELC akan terus mengukuhkan pembangunan sistem, pengeluaran, peningkatan saluran jualan dan perkongsian jualan bagi tujuan pengembangan dalam pasaran global. Memberi respons kepada harapan dan keperluan pelanggan untuk lif yang selamat dan menyenangkan, TELC akan meneruskan inovasi selanjutnya secara berterusan serta menambah baik dan meningkatkan teknologinya bagi menyediakan pelanggan dengan produk serta perkhidmatan berkualiti tertinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai FLOORNAVI, sila hubungi kami melalui laman sesawang kami.

Latar Belakang Toshiba Elevator and Building Systems Corporation

Toshiba Elevator and Building Systems Corporation (TELC) ditubuhkan pada tahun 1967 dan memulakan operasi global pada awal tahun 1970-an. TELC telah membina rangka kerja yang mencakupi semua aspek lif Toshiba bermula daripada pembangunan produk dan sistem kepada pengeluaran, pemasangan, pelarasan, penyelenggaraan dan perkhidmatan bagi menyediakan pelanggan dengan produk serta perkhidmatan yang berkualiti tertinggi.

Menggunakan infrastruktur teknologi komprehensif yang dibangunkan oleh Toshiba Corporation selama lebih 140 tahun sejak penubuhannya, kami menyasarkan untuk meningkatkan lagi teknologi dan kualiti yang utama di dunia yang membolehkan kami untuk membangunkan lif berkelajuan ultra tinggi, lalu memanfaatkan rangkaian penuh inovasi teknologi Toshiba.

Latar Belakang iF DESIGN AWARD

Selama 67 tahun, iF DESIGN AWARD telah diiktiraf sebagai penimbangtara kualiti untuk reka bentuk yang luar biasa. Label iF terkenal di seluruh dunia atas perkhidmatan reka bentuk yang cemerlang dan iF DESIGN AWARD ialah salah satu hadiah reka bentuk yang paling penting di dunia. Penyertaan dianugerahkan menerusi bidang-bidang berikut: Produk, Pempakejan, Komunikasi dan Reka Bentuk Perkhidmatan, Seni Bina dan Seni Bina Dalaman, dan juga Konsep Profesional. Semua penyertaan yang mendapat anugerah ditampilkan menerusi iF WORLD DESIGN GUIDE, dalam aplikasi reka bentuk iF dan dipaparkan di pameran reka bentuk iF di Berlin.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200214/2720880-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200214/2720880-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200214/2720880-1-c?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200214/2720880-1LOGO?lang=0

Source: Toshiba Elevator and Building Systems Corporation
Keywords: Art Entertainment Machinery Mining/Metals Awards Trade show news