omniture

Huawei Lancar Penyelesaian HiCampus Secara Global

Huawei
2020-02-24 10:01 574

Perusahaan Kini Mendapat Akses kepada Perkhidmatan Rangkaian Tanpa Wayar Penuh, Optik dan Pintar merentas Kampus 

LONDON, 24 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei melancarkan penyelesaian HiCampus di seluruh dunia. Dikuasakan oleh teknologi 5G, transmisi optik dan AI perintis daripada Huawei, penyelesaian ini menyediakan perusahaan dengan akses tanpa wayar sepenuhnya, sambungan optik dan perkhidmatan pintar dalam seluruh kampus mereka. HiCampus direka untuk membantu perusahaan membina rangkaian generasi seterusnya yang memberi pengalaman pengguna yang lebih baik, penggunaan kuasa yang lebih rendah dan inovasi perkhidmatan yang lebih pantas.

Qiu Heng, Presiden Pemasaran Global, Huawei Enterprise Business Group, melancarkan penyelesaian HiCampus.
Qiu Heng, Presiden Pemasaran Global, Huawei Enterprise Business Group, melancarkan penyelesaian HiCampus.

Qiu Heng, Presiden Pemasaran Global, Huawei Enterprise Business Group, berkata: "Huawei telah melancarkan penyelesaian HiCampus ke seluruh dunia untuk meningkatkan pengalaman rangkaian kampus dengan signifikan. Ini dapat dicapai melalui keupayaan yang inovatif termasuk AirEngine Wi-Fi 6 berkuasa-5G yang mendayakan akses tanpa wayar penuh merentas kampus; penyelesaian Campus OptiX yang memberi sambungan kampus optik sepenuhnya; dan AI serta Horizon Digital Platform yang membolehkan O&M dan perkhidmatan kampus pintar sepenuhnya. HiCampus memperlihatkan kelebihan utama Huawei dalam 5G, transmisi optik dan teknologi AI. Penyelesaian ini membolehkan pengguna untuk mendapat manfaat daripada rangkaian 100Mbps Wi-Fi yang sentiasa boleh diakses pada bila-bila masa, di merata tempat dalam sesebuah kampus dan ia menurunkan penggunaan kuasa rangkaian keseluruhan sebanyak 30% sekali gus meningkatkan kecekapan kolaborasi sebanyak 30%. Ini akan sangat mempercepatkan transformasi digital kampus-kampus perusahaan."

Akses tanpa wayar sepenuhnya: produk siri AirEngine Wi-Fi 6, dikuasakan oleh teknologi 5G Huawei, mencapai 10 Gbit/s, kependaman 10ms dan 20% lingkungan liputan yang lebih besar berbanding piawaian industri, mencapai akses tanpa wayar berkualiti tinggi yang sepenuhnya merentas kampus-kampus.

Huawei melancarkan sejumlah 10 Titik Akses (AP) Wi-Fi 6 baharu dalam 3 siri (AirEngine 8700, AirEngine 6700 dan AirEngine 5700), meliputi pelbagai senario tertutup dan luar. Produk unggulan AirEngine 8760 memanfaatkan teknologi 16T16R 5G dan lebar jalur 160 MHz bagi meningkatkan kadar antara muka udara sehingga 10.75 Gbit/s, iaitu dua kali ganda daripada prestasi piawaian industri. Smart Antenna dikuasakan oleh teknologi 5G membolehkan Huawei AirEngine Wi-Fi 6 untuk mencapai 20% lingkungan liputan yang lebih besar dan 100% kekuatan isyarat yang lebih besar (lokasi yang sama) berbanding dengan piawaian industri.

Bagi mendayakan operasi kritikal perusahaan untuk mengakses rangkaian Wi-Fi, produk-produk siri Huawei AirEngine Wi-Fi 6 menggunakan teknologi pemecutan aplikasi menaik SmartRadio Huawei (satu lagi komponen penting daripada produk 5G Huawei) untuk mencapai kependaman yang sangat rendah dalam 10ms, iaitu 50% lebih rendah daripada piawaian industri, menjamin pengalaman rangkaian optimum untuk perkhidmatan misi-kritikal. Dengan memanfaatkan teknologi perayauan tak lenyap yang eksklusif daripada SmartRadio, penyelesaian ini menjamin sifar kehilangan paket semasa perayauan perkhidmatan utama dan 100% kadar kejayaan perayauan bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan kampus.

Memanfaatkan teknologi 5G, Huawei AirEngine Wi-Fi 6 lebih daripada sekadar satu lagi AP. Ia menjamin perangkaian berterusan Wi-Fi 6 secara meluas, membolehkan pengguna untuk mendapat manfaat daripada rangkaian Wi-Fi 100Mbps yang sentiasa boleh diakses dan tiada tandingan pada bila-bila masa dan dari mana sahaja dalam kampus.

Rangkaian optik sepenuhnya: Penyelesaian Campus OptiX memudahkan seni bina rangkaian untuk mengurangkan ruang bilik peralatan dan penggunaan kuasa, membantu pelanggan membina rangkaian kampus mesra alam.

Dengan lebih sedekad pengalaman dan kepimpinan industri dalam transmisi optik, Huawei bermatlamat untuk menyediakan rangkaian kampus yang dapat memenuhi keperluan perkhidmatan pelanggan. Oleh yang demikian, Huawei diiktiraf sebagai Gartner Peer Insights Customers' Choice Januari 2020 untuk Infrastruktur Akses LAN Berwayar dan Tanpa Wayar. Penyelesaian rangkaian Campus OptiX membolehkan rangkaian optik sepenuhnya yang menampilkan ciri penggunaan mudah, evolusi berterusan dan pengurusan pintar dalam pejabat perusahaan, institusi pendidikan, hotel, lapangan terbang dan senario kampus yang lain. Penyelesaian ini membolehkan pelanggan untuk memperkenalkan teknologi akses optik Huawei yang utama di dunia dalam seni bina rangkaian kampus yang inovatif, di samping mengambil kira perubahan dalam perkhidmatan awan dan peranti pintar.

Penyelesaian rangkaian Huawei Campus OptiX menyepadukan kelebihan seni bina optik sepenuhnya dan rangkaian IP seperti suis IP berkapasiti ultra besar dan produk siri AirEngine Wi-Fi 6 (dengan port optik) bagi menyediakan keupayaan pembawa ultra jalur lebar dan memenuhi keperluan perkhidmatan perusahaan dalam tiga dekad akan datang. Ini merupakan sesuatu yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam industri ini. Tanpa lapisan pengagregatan, seni bina rangkaian optik sepenuhnya ini dapat memberikan pengurangan yang banyak bagi ruang yang diperlukan oleh penyelesaian tersebut dalam bilik peralatan arus-lemah, dan menurunkan penggunaan kuasa rangkaian keseluruhan sebanyak 30% berbanding kampus-kampus tradisional. Kapasiti pensuisan bagi suis teras unggulan Huawei adalah enam kali ganda berbanding peranti yang serupa dalam industri ini. Kapasiti ini boleh ditambah lagi mengikut permintaan, memenuhi keperluan perkhidmatan perusahaan pada masa depan yang diramalkan dan melindungi pulangan pelaburan mereka.

Di samping itu, penyelesaian ini menggunakan gentian optik sebagai perantara rangkaian. Diperbuat daripada silikon dioksida, gentian adalah lebih lestari dan mesra alam berbanding kabel tembaga.

Perkhidmatan pintar sepenuhnya: Pengurusan rangkaian berkuasa-AI membolehkan O&M berkecekapan tinggi yang mana seorang juruteknik boleh menyenggara rangkaian seluruh kampus. Horizon Digital Platform membolehkan penaiktarafan daripada kecerdasan kampus senario-tunggal kepada kecerdasan kampus keseluruhan bagi mempercepatkan inovasi aplikasi dan meningkatkan kecekapan kendalian. 

Penyelesaian HiCampus menggunakan eSight, platform pengurusan seragam berkuasa-AI, untuk mengendalikan dan menyenggara pelbagai peranti dalam kampus secara berpusat dan mengoptimumkan frekuensi radio (RF) tanpa wayar berdasarkan analisis tingkah laku rangkaian terdahulu dan pembelajaran model secara automatik. Dengan adanya eSight, pelanggan boleh mengenal pasti dan mengesan lebih daripada 85% kerosakan dalam 10 minit, seraya meningkatkan kecekapan O&M sebanyak 80%.

Bagi mengurangkan gangguan rangkaian, Huawei AirEngine Wi-Fi 6 menggunakan prob radio bebas yang dapat mengesan data persekitaran dengan tepat dan sistem iMaster NCE bagi mencapai O&M pintar berkuasa-AI merentas seluruh rangkaian. Ini membolehkan pemantauan kualiti rangkaian dibuat pada waktu sebenar dan pengoptimuman automatik rangkaian bagi mengurangkan kadar kerosakan rangkaian. Dengan cara ini, seorang juruteknik dapat menyenggara rangkaian dalam seluruh kampus.

Bagi menyokong senario kampus akan datang, teknologi-teknologi seperti pengecaman suara, pengecaman wajah, pengecaman imej, pemanduan berautonomi, perlombongan data raya dan graf pengetahuan akan diintegrasikan ke dalam pengurusan dan operasi kampus. Ini akan memerlukan penumpuan data, penumpuan sistem IT-OT, penumpuan perkhidmatan dan pendayaan inovasi perkhidmatan atas-permintaan. Horizon Digital Platform untuk kampus mengintegrasikan 10 teknologi baharu termasuk AI, data raya dan IoT serta menyediakan beratus-ratus perkhidmatan meliputi aset perniagaan, penyepaduan dan aset data yang terkumpul daripada amalan pelanggan yang membuahkan hasil. Hal ini sangat meningkatkan kepantasan inovasi perkhidmatan dan kecekapan operasi kampus. Satu penyelesaian terbukti, Horizon Digital Platform meningkatkan kecekapan kolaborasi sebanyak 30%, meningkatkan kecekapan pengurusan sebanyak 30% dan menurunkan penggunaan kuasa keseluruhan sebanyak 10%.

Menurut tinjauan pasaran perniagaan perusahaan Huawei, lebih 80% daripada KDNK global dan lebih 90% inovasi berlaku di kampus-kampus; seraya menjadikan kampus-kampus sebagai asas dalam dunia digital. Dengan memanfaatkan penyelesaian HiCampus, Huawei akan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi ekosistem untuk terus membantu pelanggan mencapai pengalaman yang optimum, operasi mesra alam, O&M yang cekap dan inovasi yang tangkas.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://e.huawei.com/topic/mwc2020/en/?ic_medium=hwdc&ic_source=ebg_EEBGHQ205001G&source=ebg_banner&ic_content=mwc2020_en

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200220/2726050-1?lang=0

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services