omniture

Penghantaran modul Trina Solar seluruh dunia langkaui 10 GW pada 2019

Trina Solar Limited
2020-02-24 18:00 745

CHANGZHOU, China, 24 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Penghantaran modul PV global Trina Solar Co., Ltd. telah melepasi satu pencapaian baharu pada tahun 2019, melebihi 10 GW bagi tahun berkenaan. Menurut senarai kedudukan penghantaran modul tahun 2019 yang dikeluarkan oleh PV InfoLink, Trina Solar tersenarai antara tiga teratas dan mengekalkan kepimpinan globalnya dalam kategori berkenaan.

Pada tahun 2019, syarikat ini telah memecahkan rekod dunia bagi kecekapan penukaran monohabluran jenis-N dan sel solar i-TOPCon mono-tuang jenis-N, sambil terus mempromosikan teknologi berbilang busbar, dwikaca, dwimuka dan teknologi modul canggih yang lain, menerajui industri PV dari segi kelebihan teknikal. Pada bulan Ogos, Trina Solar mengambil inisiatif untuk membangunkan modul-modul yang menggunakan wafer silikon 210mm (modul 210) selaras dengan trend industri. Berasaskan pengalaman penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan selama berdekad-dekad, syarikat memperkenalkan reka bentuk tiga keping dan berbilang busbar yang unik untuk modul-modul bersaiz besar. Prototaip modul 210 pertama dilancarkan daripada tertib pengeluaran syarikat pada awal tahun 2020, yang sangat mempercepatkan masa dibawa ke pasaran untuk modul-modul bersaiz besar.

Perniagaan penyelesaian TrinaPro daripada syarikat ini menyaksikan pertumbuhan pesat pada tahun 2019. TrinaPro menampilkan seleksi modul-modul berkecekapan tinggi Trina Solar yang mana, apabila digabungkan dengan algoritma penjejak dwimuka pintar dan penyongsang pintar 1500V, dapat meningkatkan dengan berkesan kecekapan sistem keseluruhan, mengurangkan kos elekrik terlaras dan memenangi sokongan pelanggan seluruh dunia. Jualan penyelesaian Trinpro dalam tiga suku pertama tahun 2019 meningkat kepada lebih lima kali ganda daripada angka untuk sepanjang tahun 2018. TrinaPro digunakan di beberapa pemasangan kuasa PV yang beroperasi semasa tahun 2019, termasuk Taman Solar Qinghai Golmud dan kemudahan PV di Marchihue, Chile, yang mendapat pengiktirafan tinggi daripada pemilik-pemilik atas penjanaan kuasa yang cemerlang dan keandalan sistem.

Pada tahun 2019, syarikat ini melabur dalam pembinaan kemudahan pengeluaran sel dan modul solar berkecekapan tinggi tahap-GW di Yiwu, Zhejiang dan Suqian, Jiangsu di China, serta menandatangani perjanjian rangka kerja untuk fasa kedua projek-projek tersebut, yang mana, setelah siap pada tahun 2020, akan meningkatkan kapasiti syarikat dengan ketara.

Naib pengurus besar dan naib presiden eksekutif Trina Solar Yin Rongfang berkata, "Kami berasa teruja untuk melihat perniagaan modul dan penyelesaian Trina Solar sekali lagi mencapai angka yang luar biasa dari segi penghantaran dan mendapat pengiktirafan daripada pelanggan seluruh dunia. Pada tahun 2020, Trina Solar akan terus membangunkan perniagaan modul dan penjejaknya sambil memperluaskan rangkaian penyelesaian tenaga pintarnya dan bilangan projek hiliran. Kami juga melihat potensi yang besar untuk menggabungkan simpanan PV dan tenaga dan telah mengambil inisiatif dengan melabur dalam R&D bagi memenuhi kehendak yang dijangkakan. Sebagai pengusaha dan pendorong yang penting bagi aplikasi tenaga hijau, Trina Solar merancang untuk terus mengekalkan pertumbuhan yang kukuh sambil menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan seluruh dunia."

Imej: https://www.trinasolar.com/sites/default/files/067_4972_h_1.jpg
Kapsyen: Penghantaran modul Trina Solar ke seluruh dunia melangkaui 10 GW pada tahun 2019, mengekalkan kepimpinan globalnya dalam kategori berkenaan.

Latar Belakang Trina Solar
Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh PV global dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia. Syarikat ini terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran dan jualan produk PV; pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan projek PV; pembangunan dan jualan sistem pelengkap grid mikro pintar dan berbilang tenaga serta operasi platform awan tenaga. Pada tahun 2018, Trina Solar melancarkan jenama Internet Pelbagai Benda (IoT) Tenaganya dan memulakan Perikatan Pembangunan Perindustrian IoT Tenaga Trina serta Pusat Inovasi Perindustrian IoT Tenaga Baharu bersama perusahaan dan institut penyelidikan yang terkemuka di dunia. Syarikat ini komited untuk menjadi peneraju dalam industri tenaga pintar global. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trinasolar.com .

Source: Trina Solar Limited
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities