omniture

Huawei Perkasa Ekosistem Peranti Semua-Senario dengan Huawei Mobile Services

Huawei Consumer Business Group
2020-02-26 10:42 680

BARCELONA, 26 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Huawei Consumer Business Group (CBG) hari ini menganjurkan pelancaran Maya Produk dan Strategi di Barcelona, Sepanyol bilamana ia mengumumkan siri produk dan strategi 5G baharu termasuk HUAWEI Mate Xs, produk unggulan yang menjadi bukti komitmen Huawei kepada ekosistem semua-senarionya.

Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business Group memperkenalkan HUAWEI Mate Xs
Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business Group memperkenalkan HUAWEI Mate Xs

Semasa menyampaikan ucapan dasar, Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business Group, berkongsi pencapaian pertumbuhan terkini yang telah dicapai oleh Huawei dengan Huawei Mobile Services (HMS) dan memperkenalkan HUAWEI AppGallery, platform pengedaran aplikasi rasmi Huawei. Beliau berkata: "Huawei akan kekal komited terhadap strategi Kehidupan AI Lancar Semua-senario. Kami akan terus melabur dalam teknologi pinggir kami termasuk cip set, komunikasi 5G, AI mudah alih, sistem pengendalian, kamera dan penyelesaian audio-visual agar dapat membina kelebihan berdaya saing jangka panjang kami. Kami juga tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pembangun seluruh dunia bagi memangkinkan pertumbuhan ekosistem semua-senario. Bersama-sama mereka, kami akan meningkatkan pengalaman semua-senario dan membawanya ke kemuncak baharu."

Dalam dunia pintar yang terhubung sepenuhnya, Huawei komited untuk memperkayakan pengalaman aplikasi pintar pada peranti semua-senarionya. Tatkala perkhidmatan dan pustaka kandungan terus berkembang, HMS akan memberikan pengalaman yang lebih terhubung pada peranti Huawei, bagi membolehkan pengguna untuk mengakses berbilang peranti dengan lancar melalui HUAWEI ID tunggal.

HMS ke Peringkat Global
HMS ke Peringkat Global

HUAWEI Mate Xs baharu ialah paparan hebat keupayaan HMS. Paparan boleh lipat daripada HUAWEI Mate Xs dapat disesuaikan kepada pelbagai senario biasa seperti kerja, hiburan media, permainan dan banyak lagi. Ia dipramuatkan dengan siri aplikasi HMS, seperti HUAWEI AppGallery, yang menyediakan kandungan setempat yang beraneka kepada pengguna di lebih 170 buah negara/wilayah. HUAWEI AppGallery dikhususkan kepada peranti boleh lipat, yang mana pengguna akan menemui aplikasi yang dioptimumkan bagi memanfaatkan sepenuhnya faktor bentuk yang baharu.

HUAWEI AppGallery: Gedung Aplikasi Seluruh Dunia Tiga Teratas
HUAWEI AppGallery: Gedung Aplikasi Seluruh Dunia Tiga Teratas

Memperkasa ketersambungan yang lancar, HMS memainkan peranan kritikal bagi mempercepatkan pewujudan strategi Kehidupan AI Lancar Semua-senario "1+8+N" Huawei. Pembangun dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem ini dan bersama-sama Huawei, memupuk sebuah ekosistem pintar yang memperkasa pengguna global dalam era 5G.

Latar Belakang Huawei Consumer BG 
Produk dan perkhidmatan Huawei terdapat di lebih 170 buah negara dan digunakan oleh sepertiga daripada penduduk dunia. Empat belas buah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) telah ditubuhkan di Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Rusia, India dan China. Huawei Consumer BG ialah salah satu daripada tiga unit perniagaan Huawei dan meliputi telefon pintar, komputer peribadi (PC) dan tablet, produk boleh pakai, perkhidmatan awan dan sebagainya. Rangkaian global Huawei dibina menerusi lebih 32 tahun kepakaran dalam industri telekomunikasi dan dikhususkan untuk membawa kemajuan teknologi yang terkini kepada pengguna di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: http://consumer.huawei.com

Untuk kemas kini tetap mengenai Huawei Consumer BG, ikuti kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/huaweimobile/
Twitter: https://twitter.com/HuaweiMobile
Instagram: https://www.instagram.com/huaweimobile/
YouTube: https://www.youtube.com/user/HuaweiDeviceCo
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/10617746/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200225/2728669-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200225/2728669-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200225/2728669-1-c?lang=0

 

Source: Huawei Consumer Business Group
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Computer Accessories Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services