omniture

Enapter Perkenal Alat Elektrolisis Baharu EL 2.1

Enapter
2020-02-26 11:00 542

Reka bentuk baharu, saiz dikurangkan, kecekapan tenaga ditingkatkan 

TOKYO, 26 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Enapter memperkenalkan model baharu alat elektrolisis AEM berpaten - EL 2.1 - di Ekspo Hidrogen dan Sel Bahan Api Antarabangsa 2020 di Tokyo. Setahun selepas Enapter memperkenalkan alat elektrolisis pertamanya, penjana hidrogen generasi baharu ini menambah baik reka bentuk pendahulunya dengan ketara. EL 2.1 menggunakan 8 peratus kurang tenaga dan jauh lebih kecil, yang ditunjukkan kepada pengurangan keperluan ruang sebanyak 20 peratus.

Enapter Reveals New Electrolyser EL 2.1
Enapter Reveals New Electrolyser EL 2.1

Pendekatan unik Enapter terhadap penjanaan hidrogen adalah untuk mengeluarkan alat elektrolisis yang seragam, boleh diskala dan fleksibel.

"Kami sangat hampir dengan matlamat kecekapan METI untuk tahun 2030 - 10 tahun akan datang: kami menghasilkan satu kilogram hidrogen dengan 4.4 kW/Nm3.", umum Sebastian-Justus Schmidt, Pengerusi Enapter, lalu menyambung: "Dengan peningkatan permintaan dari 200 kepada 4000 tan hidrogen pada tahun 2020, hingga 300,000 tan pada tahun 2030, sistem terpencar tanpa kos pengangkutan hidrogen akan mewujudkan satu perbezaan yang besar."

EL 2.1 yang lebih kompak membolehkan penyepadu sistem untuk menggunakan alat elektrolisis modular dalam semua jenis aplikasi termasuk simpanan tenaga, Power-to-X, pengisian semula bahan api atau kegunaan industri yang lain. Lantaran penggunaan kuasa pengendalian dan tunggu sedia yang lebih rendah, kecekapan tenaga serta keberkesanan kos penyelesaian keseluruhan pelanggan bertambah baik.

Enapter turut mengeluarkan versi terkini Sistem Pengurusan Tenaga (EMS) tentuan perisiannya yang memudahkan dan mempercepatkan lagi penyepaduan modul. EL 2.1 ialah sistem pertama yang secara natifnya menggunakan EMS, mendayakan alat elektrolisis ini dalam sebarang jenis persediaan sistem. Perisian ini menjadikan sistem tenaga lebih cekap, andal dan mampan melalui kemajuan dalam ketersambungan, analitik data dan pengurusan aliran menggunakan sekuriti gred-industri melalui Enapter Cloud. Schmidt yakin, "hidrogen dan konsep Masyarakat 5.0 Jepun tergolong dalam kelompok yang sama. Autonomi yang berasaskan Data Raya, AI dan IoT akan memacu infrastruktur tenaga hidrogen. Alat elektrolisis modular kami dan pendekatan perisian akan memainkan peranan dalam aspek tersebut," tambah beliau.

Enapter mempamerkan EL 2.1 mulai hari Rabu, 26 Februari hingga Jumaat, 28 Februari di Ekspo FC di reruai W20-78, Dewan Barat 4F.

Latar Belakang Enapter
Enapter ialah sebuah syarikat yang memenangi anugerah. Ia mengeluarkan penjana hidrogen modular yang amat cekap menggunakan elektrolisis Membran Pertukaran Anion (AEM). Teknologi terasnya mempunyai rekod prestasi terbukti selama 10 tahun. Ia merupakan asas kepada alat elektrolisis unik yang kompak dan berkos rendah. Ia digunakan di peringkat antarabangsa dalam industri-industri seperti tenaga, mobiliti, telekomunikasi, haba dan banyak lagi. Enapter mempunyai pejabat-pejabat di Itali, Jerman, Thailand dan Rusia. Enapter merancang untuk membuka pejabatnya di Jepun pada pertengahan tahun 2020.  https://www.enapter.com/  

 Photo - https://mma.prnewswire.com/media/1095159/Enapter_New_Electrolyser.jpg

Vaitea Cowan
Ketua Bahagian Komunikasi 
vaitea@enapter.com 
+49-30-3394-1380

Source: Enapter
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities