omniture

HONOR perkukuh strategi IoT semua-senario "1+8+N" dengan suit komprehensif peranti pintar baharu

HONOR pamerkan ekosistem pintar dan bersepadu merangkumi HONOR 9X Pro, HONOR View 30 Pro, kedua-duanya dengan HUAWEI AppGallery, salah satu daripada tiga gedung aplikasi utama dunia, Siri HONOR MagicBook, penyesuaian baharu untuk HONOR MagicWatch 2 dan HONOR Magic Earbuds berfokuskan kecergasan
HONOR
2020-02-26 11:56 548

BARCELONA, 26 Februari 2020 /PRNewswire/ -- HONOR mengukuhkan strategi IoT semua-senarionya dengan pelancaran barisan produk komprehensif melalui sidang akhbar strim langsung. HONOR 9X Pro, diprapasang dengan HUAWEI AppGallery baharu, antara tiga gedung aplikasi utama di dunia, menandakan permulaan ekosistem pintar, mudah alih dan saling terhubung untuk pengguna HONOR. HONOR turut mengumumkan ketersediaan global HONOR View 30 Pro, telefon pintar HONOR yang pertama dilengkapi dengan cip set Kirin 990 5G dan memperkenalkan Siri HONOR MagicBook serba baharu dengan dua komputer riba yang rapi dan ringan dalam pakej kompak yang hebat untuk pencipta yang sibuk dan True Wireless Stereo (TWS), HONOR Magic Earbuds untuk peminat kecergasan. Selain itu, HONOR MagicWatch 2 kini akan menjadi lebih disesuaikan dengan barisan baharu tali jam tangan yang dikenali sebagai Siri EasyFit dan ia akan turut didatangkan dengan fungsi-fungsi penjejakan kesihatan baharu. Bagi menyokong matlamatnya untuk menyelaraskan ekosistem kehidupan pintar sehenti dan semua-senario untuk golongan muda di seluruh dunia. HONOR menggunakan Canalys bagi menjalankan kajian mengenai trend kehidupan pintar di Eropah.

HONOR perkukuh strategi IoT semua-senario "1+8+N" dengan suit komprehensif peranti pintar baharu
HONOR perkukuh strategi IoT semua-senario "1+8+N" dengan suit komprehensif peranti pintar baharu

Penghantaran peranti pintar di Eropah dijangka melangkaui 500 juta unit pada tahun 2023, meningkat daripada 436 juta unit pada tahun 2019 menurut laporan terkini Intelligent living in Europe (Kehidupan Pintar di Eropah). Antara tahun 2020 hingga 2023, pasaran peranti pintar di Eropah dijangka meningkat sebanyak CAGR 3.5%, dengan pembesar suara pintar dan audio peribadi pintar menjadi kategori-kategori yang berkembang paling pantas.

 "Portfolio unik kami dengan produk-produk pintar dan canggih telah meluaskan ekosistem IoT kami dan mencipta pengalaman yang merata dan lancar buat pelanggan global kami," kata George Zhao, Presiden HONOR Global. "Menurut kajian yang dijalankan oleh Canalys[1], 41% daripada responden yang disoal selidik membawa lebih daripada satu peranti pintar semasa bekerja atau ketika sibuk dan angka ini meningkat kepada 68% semasa mereka berada di rumah. Ini menunjukkan peningkatan dari segi permintaan untuk pengalaman yang lebih pintar dan digital. Bermula dengan telefon pintar kepada produk boleh pakai dan komputer buku serta peranti audio peribadi, HONOR kini menjadi jenama tumpuan untuk keperluan golongan natif digital di seluruh dunia."

HONOR 9X Pro: Pengalaman luar biasa dengan aplikasi penting dan eksklusif daripada HUAWEI AppGallery

Dilengkapi dengan Cip Set Kirin 810 AI 7nm canggih, Kamera Tigaan 48MP dan HONOR FullView Display 6.59", HONOR 9X Pro memberikan pengalaman pengguna yang dipertingkat dengan penaiktarafan merentas prestasi, permainan dan fotografi. Cip Set Kirin 810 AI beroperasi menggunakan seni bina pengkomputeran serba baharu daripada Huawei bagi membolehkan aplikasi yang lebih sofistikated dan pelbagai dalam AI. Di samping itu, GPUnya dinaik taraf kepada Mali-G52 tersuai yang mendayakan Kirin Gaming+, ciri yang memberikan pengalaman permainan yang lebih lancar manakala Sistem Penyejukan Cecairnya meningkatkan pelesapan haba semasa permainan yang berpanjangan dengan berkesan.

Melalui HUAWEI AppGallery, HONOR 9X Pro mendapat akses kepada pelbagai jenis aplikasi merentas kategori Kesihatan & Kecergasan, Hiburan, Muzik dan Fotografi. Dengan platform yang selamat ini, kini pengguna boleh memasang aplikasi yang melengkapi gaya hidup pintar mereka dengan mudah dan andal. HONOR 9X Pro turut dilengkapi dengan Huawei Assistant, pembantu maya yang memudahkan pencarian maklumat dan kebolehcapaian aplikasi, menambah lebih kemudahan kepada pengguna. Pengguna juga boleh menggunakan ciri SmartCare daripada Huawei Assistant bagi mengakses kad kontekstual untuk Saham dan Sukan yang meliputi 150 acara sukan dan lebih 150 pasaran saham utama[2]. Selain itu, pengguna boleh mendapat maklumat Kalendar, Cuaca, Panggilan Tidak Dijawab, Penggunaan Telefon dan Penggunaan Data. Lebih banyak perkhidmatan dalam kategori-kategori lain akan ditambah apabila tiba masanya.

HONOR 9X Pro akan disediakan di Perancis, Jerman, Belanda, Mesir, KSA (Kerajaan Arab Saudi) dan Malaysia bermula dari Mac 2020 dengan harga MSRP €249.

HONOR View 30 Pro: Mempelopori teknologi 5G, kamera Matrix perintis untuk foto hebat dan video gred-pawagam

Dibangunkan dengan teknologi 5G perintis dan dilengkapi dengan cip set Siri Kirin 990 yang terkini, HONOR View 30 akan memberikan pengalaman 5G yang utama dalam industri memandangkan ia mendayakan pelbagai aplikasi 5G dalam kediaman pintar, perjalanan dan permainan. Ia didatangkan dengan Kamera Tigaan SuperSensing yang merangkumi Kamera Utama Sony IMX600 40MP, Kamera Sudut Super Luas 12MP dengan Cine-Lens dan Kamera Telefoto 8MP. Kamera Matrix unik ini bukan sahaja memberi gambar pegun yang mengagumkan, Cine-Lens 12MP disokong oleh sensor tersuai 16:9 bagi menghasilkan foto dan video gred-filem.

HONOR View 30 Pro yang amat dinanti-nantikan akan disediakan secara komersial dalam masa terdekat, dengan Rusia menjadi pasaran pertama melancarkan jualan rasminya.

HONOR MagicBook 14/15: Komputer buku nipis, ringan dengan sehingga 10 jam hayat bateri

Pelancaran siri HONOR MagicBook, yang terdiri daripada HONOR MagicBook 14 and HONOR MagicBook 15, menandakan kali pertama produk daripada kategori PC HONOR akan disediakan kepada audiens global. Disediakan dengan warna Space Gray dan Mystic Silver, HONOR MagicBook 14 mempunyai reka bentuk yang kompak, nipis dan ringan. Menampung keperluan golongan muda yang aktif, HONOR MagicBook 14 dapat bertahan sehingga 10 jam dengan sekali pengecasan dan menyokong pengecas Type-C kompak dengan keupayaan pengecasan pantas 65W. Ia mempunyai paparan FullView dengan nisbah skrin-kepada-badan yang tinggi, teras berkuasa untuk prestasi ultra pantas dan grafik yang dipertingkat serta ketersambungan pintar antara telefon pintar dan komputer riba HONOR.

Privasi adalah sama penting dengan reka bentuk dan prestasi pada komputer riba. Siri HONOR MagicBook didatangkan lengkap dengan kamera web timbul yang disembunyikan dengan bijak di bawah butang kamera pada papan kekunci. Pengguna hanya perlu mengetik butang kamera pada papan kekunci untuk membolehkan kamera web timbul apabila mereka memerlukannya. Ini berperanan sebagai pelindung privasi unik yang melindungi daripada rampasan dan pengintipan jauh. Selain itu, butang kuasa cap jari yang membolehkan akses pantas daripada permulaan terus kepada komputer meja demi pengalaman log masuk yang lebih selamat dan mudah.  

Bagi memaparkan hayat bateri unggul komputer riba, yang dapat bertahan sehingga 10 jam dengan sekali pengecasan, HONOR membina sistem pengecasan yang berupaya memberi kuasa kepada motosikal kuad elektrik, menggunakan hanya lima unit HONOR MagicBook 14. Dalam masa sejam, kira-kira 180Wh dipindahkan daripada lima unit HONOR MagicBook 14 kepada motosikal kuad bagi membolehkan e-kenderaan memandu sejauh 5km jaraknya. HONOR MagicBook 14/15 (256GB) akan disediakan di UK, Jerman, Perancis, Republik Czech dan pasaran-pasaran lain bermula pada penghujung Mac pada harga MSRP €599.

HONOR MagicWatch 2: Tali jam Siri EasyFit dan fungsi baharu

Hari ini, HONOR memperkenalkan tali jam Siri EasyFit, dibuat secara eksklusif untuk HONOR MagicWatch 2, yang akan disediakan dalam dua saiz - 46mm dan 42mm. Dengan lapan warna baharu disediakan dan bahan tali jam berbeza yang boleh dipilih, termasuk fluoroelastomer (bahan hipoalergenik mesra alam) dan kulit Itali berkualiti tinggi, anda boleh menyesuaikan jam tangan anda mengikut aktiviti-aktiviti khusus anda dan pakaian berbeza untuk sebarang peristiwa. Terdapat enam warna yang disediakan untuk fluoroelastomer termasuk Daylight Yellow, Olive Green, Reef Blue, Sky Blue, Lilac Purple dan Camellia Pink, serta dua warna, Wonderland Green dan Wizard Purple, untuk tali jam kulit. Tali jam Siri EasyFit akan disediakan secara global mulai April pada harga MSRP €35.9.

Female Cycle Tracker membolehkan wanita untuk lebih berpengetahuan tentang kitaran haid mereka dengan menggunakan aplikasi bagi menjejak haid mereka, merekodkan simptom dan menjadi peka dengan tarikh mula haid mereka yang seterusnya. Kalendar penjejakan kitar haid juga membolehkan pengguna untuk membandingkan data mereka pada satu tempat. Selain itu, pengguna boleh memilih untuk menerima pemberitahuan tolak sebelum tarikh mula kitaran haid yang diramalkan. Dengan monitor SpO2 yang dipertingkat, peminat kecergasan boleh memantau tahap ketepuan oksigen mereka dalam aliran data semasa bersenam. HONOR MagicWatch 2 akan dinaik taraf dengan SpO2 melalui perisian melalui-udara mulai penghujung Mac 2020[3].

HONOR Magic Earbuds: Perintis baharu aksesori tanpa wayar

HONOR turut memperkenalkan HONOR Magic Earbuds, palam telinga tanpa wayar yang benar-benar penting untuk peminat kecergasan yang menggabungkan Teknologi Pembatalan Hingar Aktif Hibrid dengan padanan selamat yang dapat bertahan dalam sebarang senaman. Mikrofon tigaan terbina dalamnya mempunyai teknologi pembatalan hingar ambien adaptif yang memberi kualiti panggilan yang cemerlang. Selain itu, ia dilengkapi dengan unit pemacu 10mm bagi memberi kualiti bass luar biasa untuk peminat muzik. HONOR Magic Earbuds disediakan dengan warna Pearl White serta Robin Egg Blue, dan akan disediakan secara global mulai April 2020 pada harga MSRP €129.

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah jenama teknologi yang terkemuka untuk belia global, dicipta semasa pertumbuhan internet mudah alih dan dibentuk oleh teknologi perintis yang terhasil daripada tumpuan yang tidak berbelah bahagi oleh syarikat terhadap pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Menerima setiap kemungkinan dalam era 5G dan AI, HONOR menyasarkan untuk mencipta dunia baharu yang pintar buat belia dengan membangunkan ekosistem kehidupan pintar dan budaya belia yang menginspirasikan. HONOR akan terus membezakan kedudukannya dengan menemui keseronokan dalam inovasi, memperkenalkan gaya hidup bergaya teknologi dan menawarkan komuniti dalam talian yang pelbagai dan terbuka untuk kumpulan peminatnya yang bersemangat dan semakin berkembang.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami di: 

https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/honorglobal

[1] Kajian dijalankan oleh Canalys pada Februari 2020  

[2] Hanya menyokong versi EMUI 10.0 dan ke atas

[3] Monitor SpO2 bukan direka untuk menjadi peralatan perubatan dan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Semua data dan ukuran seharusnya digunakan untuk rujukan peribadi sahaja. 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200224/2728282-1?lang=0

Source: HONOR
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications New products/services