omniture

Huawei Percepat Pembangunan Ekosistem HMS tatkala Menantikan Era 5G

Huawei Consumer Business Group
2020-02-27 09:57 951

BARCELONA, 27 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Huawei Consumer Business Group (CBG) hari ini menganjurkan pelancaran Maya Produk dan Strategi di Barcelona, Sepanyol bilamana ia mengumumkan siri produk dan strategi 5G baharu, selain kemajuan terkini Huawei Mobile Services (HMS) dan HUAWEI AppGallery

Richard Yu, CEO of Huawei Consumer Business Group introduced HUAWEI Mate Xs
Richard Yu, CEO of Huawei Consumer Business Group introduced HUAWEI Mate Xs

Menerusi pengenalan operasi HMS Core, Huawei menyediakan cara untuk pembangun mempercepatkan penyepaduan HMS Core ke dalam aplikasi mereka. Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business Group, berkata: "Tatkala kami meningkatkan strategi Kehidupan AI Lancar Semua-senario kami, kami turut mempercepatkan pembangunan ekosistem semua-senario HMS kami. Bekerjasama secara kolaboratif dengan pembangun, kami akan memastikan pengguna akan diberikan dengan pengalaman pengguna yang berkualiti tertinggi tatkala kami melangkah ke arah pertumbuhan 5G."

Pengalaman aplikasi yang selamat, beraneka dan global 

HUAWEI AppGallery: Top 3 Application Store Worldwide
HUAWEI AppGallery: Top 3 Application Store Worldwide

HUAWEI AppGallery ialah platform pengedaran aplikasi rasmi Huawei. Dengan rekod prestasi selama sembilan tahun bagi pengagregatan dan pembangunan aplikasi, HUAWEI AppGallery ialah salah satu daripada tiga kedai aplikasi utama di dunia, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 600 juta pengguna peranti Huawei di lebih 170 negara/wilayah dengan kurasi beraneka antara aplikasi global dan tempatan. Pada tahun 2019, HUAWEI AppGallery mempunyai lebih daripada 400 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia, menyumbang kepad 210 bilion muat turun sepanjang tahun berkenaan. Ketika Huawei memperkenalkan perkhidmatan penyetempatan dalam pasaran-pasaran tambahan, HUAWEI AppGallery akan membawakan aplikasi yang lebih popular, inovatif dan dipercayai kepada pengguna peranti Huawei di seluruh dunia.

HUAWEI AppGallery turut menawarkan Aplikasi Pantas, satu kategori inovatif aplikasi pemasangan percuma yang sentiasa disediakan atas-permintaan. Pada masa kini, terdapat lebih 1,700 Aplikasi Pantas disediakan di HUAWEI AppGallery.

HMS ke peringkat global 

HUAWEI Mate Xs baharu yang dilancarkan hari ini merupakan satu bukti komitmen Huawei terhadap HMS. Ia telah dipramuatkan dengan siri aplikasi HMS yang dioptimuman untuk faktor bentuk baharu termasuk HUAWEI AppGallery, HUAWAEI Assistant, HUAWEI Video dan banyak lagi.

HMS Goes Globally
HMS Goes Globally

Menyokong lebih daripada 30 bahasa dan menawarkan perkhidmatan kepada lebih 180 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia, HUAWEI Assistant menyediakan kandungan khusus kepada pengguna mengikut lokasi, waktu tempatan dan cuaca mereka. Meleret ke kanan dari skrin utama, widget tersebut kini menyediakan kemas kini langsung untuk lebih 150 acara sukan dan pasaran saham.

HUAWEI Video ialah platform video yang menawarkan kurasi beraneka kandungan video atas permintaan. Pada masa kini, Huawei bekerjasama dengan Universal Studios, Sony, BBC dan Disney untuk menawarkan kandungan global dan setempat yang berkualiti tinggi kepada lebih 160 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia.

Memperkasa ketersambungan yang lancar, HMS memainkan peranan kritikal dalam mempercepatkan pewujudan strategi Kehidupan AI Lancar Semua-senario "1+8+N" Huawei. Pembangun dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem ini dan bersama-sama Huawei, memupuk ekosistem pintar yang memperkasa pengguna global dalam era 5G.

Keupayaan terbuka sediakan sokongan pembangun penuh

HMS Core 4.0 ialah koleksi alatan yang dihasilkan untuk rakan kongsi dan pembangun aplikasi Huawei bagi mencipta pengalaman unik dan baharu yang memanfaatkan keupayaan perkakasan dan perisian penuh yang dapat ditawarkan oleh peranti Huawei. Semasa menyampaikan ucapan dasar beliau, Richard Yu memperkenalkan beberapa kit pembangun yang disediakan sebagai sebahagian daripada kit alatan, termasuk Kit Pembelajaran Mesin, Kit Imbas dan Kit Peta dan banyak lagi.

  • Kit Pembelajaran Mesin mempunyai kebolehan untuk mengesan dan mengenal pasti bentuk dan ciri wajah pengguna berdasarkan tujuh kriteria termasuk ekspresi wajah, gender, umur dan pakaian. Kit ini membolehkan pembangun untuk mengintegrasikan dengan mudah ciri-ciri pengindahan, selain pengecaman teks dan objek ke dalam aplikasi mereka.
  • Kit Imbas memendekkan banyak masa pembangunan yang diperlukan untuk melaksanakan keupayaan pengimbasan kod QR dan kod bar ke dalam aplikasi.
  • Dengan Kit Peta, pembangun boleh melaksanakan peta tersuai dan menambah tag serta melaksanakan perkhidmatan seperti pelaporan keadaan jalan raya global pada waktu nyata dan perancangan laluan yang amat tepat di lebih 200 buah negara/wilayah dengan mudah.

Pada masa kini, terdapat lebih 1.3 juta pembangun yang berdaftar dengan HMS dan lebih 55,000 aplikasi diintegrasikan dengan HMS Core. Semakin banyak pembangun global menyertai ekosistem HMS dan melancarkan aplikasi mereka ke HUAWEI AppGallery, bersama-sama membawa pengalaman yang lebih baik buat pengguna global.

Sistem keselamatan semua-senario lindungi privasi pengguna global 

Huawei sentiasa meletakkan keselamatan siber dan perlindungan privasi sebagai keutamaan tertinggi. Rangka kerja pematuhan privasi global peranti Huawei mematuhi Prinsip Privasi Diterima Umum (GAPP) yang dikeluarkan oleh AICPA/CICA, Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) serta undang-undang dan peraturan tempatan di negara-negara berbeza.

Selepas memperoleh pensijilan keselamatan ISO/IEC 27001 dan CSA Star pada tahun 2015 serta pensijilan standard privasi ISO/IEC 27018 pada tahun 2019, HMS juga menjadi salah satu daripada yang pertama lulus pensijilan ISO/IEC 27701, seraya menjadikan Huawei sebagai peneraju dalam pengurusan keselamatan, ketelusan dan pematuhan privasi untuk data peribadi.

Latar Belakang Huawei Consumer BG 
Produk dan perkhidmatan Huawei terdapat di lebih 170 buah negara dan digunakan oleh sepertiga daripada penduduk dunia. Empat belas buah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) telah ditubuhkan di Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Rusia, India dan China. Huawei Consumer BG ialah salah satu daripada tiga unit perniagaan Huawei dan meliputi telefon pintar, komputer peribadi (PC) dan tablet, produk boleh pakai, perkhidmatan awan dan sebagainya. Rangkaian global Huawei dibina menerusi lebih 32 tahun kepakaran dalam industri telekomunikasi dan dikhususkan untuk membawa kemajuan teknologi yang terkini kepada pengguna di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: http://consumer.huawei.com

Untuk kemas kini tetap mengenai Huawei Consumer BG, ikuti kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/huaweimobile/ 
Twitter: https://twitter.com/HuaweiMobile 
Instagram: https://www.instagram.com/huaweimobile/ 
YouTube: https://www.youtube.com/user/HuaweiDeviceCo 
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/10617746/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200225/2728653-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200225/2728653-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200225/2728653-1-c?lang=0

Source: Huawei Consumer Business Group
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications