omniture

HMS Core 4.0 Bantu Pembangun Seluruh Dunia Cipta Pengalaman Pintar Semua-Senario buat Pengguna

Huawei Technologies Co., Ltd.
2020-02-27 13:11 1114

BARCELONA, 27 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei mengadakan acara Pelancaran Maya Produk dan Strategi Perniagaan Pengguna di Barcelona. Di acara ini, En. Yu Chengdong (Richard Yu), Ketua Pegawai Eksekutif Huawei's Consumer BG, memaparkan HMS Core 4.0, satu koleksi keupayaan terbuka yang disediakan oleh HUAWEI Mobile Services. Sebaik sahaja keupayaan ini diintegrasikan ke dalam aplikasi, ia akan membantu pembangun menarik lebih ramai pengguna, meningkatkan penglibatan pengguna dan mencapai kejayaan perniagaan lebih pantas daripada yang dijangkakan dengan mengedarkan aplikasi mereka ke seluruh dunia kepada semua peranti dalam semua senario. Dengan cara ini, pembangun boleh memberi tumpuan pada inovasi dan memberi pengalaman kehidupan pintar semua-senario kepada semua pengguna peranti Huawei.

Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Consumer BG Huawei, memaparkan HMS Core 4.0 di acara Pelancaran Maya Produk dan Strategi Perniagaan Pengguna di Barcelona.
Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Consumer BG Huawei, memaparkan HMS Core 4.0 di acara Pelancaran Maya Produk dan Strategi Perniagaan Pengguna di Barcelona.

Richard Yu menggambarkan rangkaian perkhidmatan HMS Core 4.0 yang mengagumkan di acara ini, salah satu daripadanya ialah Kit ML. Ia dapat menyediakan pelbagai keupayaan seperti pengesanan wajah, pengecaman teks, pengecaman dan penjejakan objek, pengelasan imej dan pengenalpastian mercu tanda, yang boleh dipilih berdasarkan keperluan pengguna. Dengan keupayaan pengesanan wajah, Kit ML dapat mengesan tujuh ekspresi wajah, mengenal pasti tiga ciri wajah dan memperoleh kontur wajah yang dikesan daripada 845 titik. Sebaik sahaja diintegrasikan dengan Kit ML, satu aplikasi akan dapat meluaskan sambungan pintar ke setiap aspek dalam kehidupan harian pengguna, seraya memungkinkannya untuk membaca teks dalam imej dan menstrim dalam pelbagai bahasa, mengimbas bangunan mercu tanda dan berkongsi bersama orang lain serta menggunakan aplikasi pengindahan wajah untuk menyunting foto.

Satu lagi perkhidmatan yang patut diberi perhatian dalam HMS Core 4.0 ialah Kit Imbas. Ia berupaya untuk mengenal pasti 13 jenis kod bar 1D dan 2D yang paling biasa digunakan. Apabila mengesan kod bar dari jauh, Kit Imbas terlebih dahulu membesarkan kod bar sebelum mengimbasnya dan juga berupaya untuk mengimbas kod bar kecil dengan cara yang sama. Tanpa mengira cara suatu kod bar diorientasikan, Kit Imbas masih dapat mengenal pastinya dengan pantas dan betul. Selain itu, ia dapat mengimbas dengan tepat kod bar walaupun dalam senario yang paling mencabar, seperti apabila imej kod bar rosak atau terherot.

Dari segi kehidupan pintar semua-senario pada masa depan, Richard Yu memperkenalkan perkhidmatan Pengesanan Keselamatan. Ia serta merta menyemak sama ada aplikasi menimbulkan sebarang risiko kepada isstem peranti pengguna melalui perakaran, pembukaan kunci atau peningkatan keistimewaan, kemudian menentukan sama ada operasi aplikasi akan terjejas. Pengesanan Keselamatan mempertahankan pengguna daripada sebarang ancaman kepada privasi peribadi mereka dan akaun bank semasa sambungan rangkaian.

Kit Peta, Kit Tapak dan Kit Lokasi HUAWEI bersama-sama menyediakan perkhidmatan berasaskan lokasi (LBS) yang optimum bagi membantu pembangun membina keupayaan peta yang interaktif dan diperibadikan.

HMS Core 4.0 dilancarkan secara rasmi pada 15 Januari 2020. Beberapa perkhidmatannya telah dikemas kini dan sesetengahnya baharu. Kit Akaun, Belian Dalam-Aplikasi (IAP), Kit Analitik, Kit Memandu, Perkhidmatan Permainan dan Kit Tolak semuanya telah menjadi perkhidmatan yang telah lama beroperasi dan dikemas kini dalam versi ini. Kit Iklan, Kit Peta dan Kit Lokasi diperkenalkan empat bulan lalu dan turut dikemas kini. Perkhidmatan lain yang baru dibangunkan, termasuk Kit ML, Kit Kesedaran, Kit Imbas, Perkhidmatan Berdekatan, Kit Panorama, Pengesanan Keselamatan, Pengurus Tag Dinamik (DTM), Identiti Pantas Dalam Talian (FIDO), Kit Tapak, Aplikasi Pantas, WisePlay DRM, Kit Kesihatan dan Kit Identiti. Beberapa perkhidmatan dalam HMS Core 4.0 menawarkan ciri-ciri yang mengintegrasikan keupayaan awan-peranti-cip Huawei. Pada masa kini, Huawei mempunyai lebih daripada 1.3 juta pembangun berdaftar dan lebih daripada 55,000 aplikasi yang dihubungkan kepada HMS Core di seluruh dunia. Dengan pencepatan keterbukaan komprehensifnya dan peningkatan dalam keupayaan inovasi, bilangan tersebut akan terus meningkat pada masa akan datang.

Huawei sentiasa berpegang pada komitmennya terhadap TECH4ALL. Melalui keterbukaan berterusan dalam ekosistem HMS, Huawei telah bekerjasama secara meluas dengan kerajaan, industri dan komuniti bagi mendayakan pembangunan industri-industri tempatan, menggalakkan inovasi perusahaan bersaiz kecil dan sederhana serta terus membawa perkhidmatan digital yang inovatif kepada pengguna global, seraya mencipta nilai sosial yang lebih besar.

- Tamat -

Latar Belakang Huawei 

Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami komited untuk membawa ciri digital kepada setiap individu, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Kami mempunyai hampir 188,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih 170 buah negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia.

Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei adalah bersifat kompetitif dan terjamin. Melalui kolaborasi terbuka bersama rakan-rakan kongsi ekosistem, kami mencipta nilai yang berkekalan buat pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkayakan kehidupan rumah dan menginspirasikan inovasi dalam organisasi-organisasi mencakupi semua bentuk dan saiz. Di Huawei, inovasi memberi tumpuan pada keperluan pelanggan. Kami melabur banyak dalam penyelidikan asas, menumpu pada penemuan ulung teknologi yang memacu dunia ke hadapan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.huawei.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200225/2728666-1?lang=0

Source: Huawei Technologies Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications