omniture

Huawei dan Rakan-rakan Industri Bersama-sama Siarkan Kertas Putih Industri 5GDN

Huawei
2020-02-27 13:18 2983

SHENZHEN, China, 27 Februari 2020 /PRNewswire/ -- 5GDN Industry White Paper (Kertas Putih Industri 5GDN) telahpun dikeluarkan secara bersama baru-baru ini oleh Huawei, China Academy of Information and Communications Technology (CAICT), China Mobile, China Telecom dan China Unicom. Sejak penubuhan Perikatan Perangkaian Berketentuan 5G (5GDNA) pada tahun lalu, ini merupakan kali pertama 5GDNA memperkenalkan Perangkaian Berketentuan 5G (5GDN) secara komprehensif, termasuk definisi, konsep, teknologi utama dan keadaan penggunaan 5GDN yang berjaya. Penyiaran ini membuka lembaran baharu untuk pembangunan 5G, menggalakkan pembangunan lebih banyak aplikasi rangkaian dan meletakkan 5G sebagai tumpuan dalam pendigitalan industri.

Kegunaan komersial 5G semakin dipercepatkan di seluruh dunia, membantu menyampaikan pengalaman perkhidmatan yang beraneka kepada individu, keluarga dan perusahaan serta membawa peluang besar untuk pendigitalan industri dan pertumbuhan baharu untuk pengendali. Satu analisis melibatkan lebih daripada 100 aplikasi dalam lebih 10 industri menunjukkan bahawa keperluan pendigitalan industri untuk rangkaian 5G boleh dibahagikan kepada tiga aspek: rangkaian berbeza dengan keupayaan yang boleh diselaraskan, rangkaian khusus dengan jaminan keselamatan data dan rangkaian khidmat layan diri (DIY) dengan pengurusan berautonomi.

5GDN ialah rangkaian dengan keupayaan berketentuan yang dibina berasaskan tiga aspek yang diutamakan ini. 5GDN memanfaatkan sumber-sumber rangkaian 5G untuk membina rangkaian mudah alih peribadi maya yang mudah diurus, boleh disahkan dan berketentuan, menawarkan pelanggan dengan pengalaman perkhidmatan yang boleh diramal dan berbeza.

Kertas putih ini menunjukkan bahawa dalam proses membina 5GDN, pengendali boleh memulakan dengan rangkaian teras yang boleh menguasai seluruh topologi rangkaian serta menyelaraskan, menjadualkan dan mengurus sumber-sumber rangkaian di seluruh dunia. Pengendali boleh merancang dan membina rangkaian teras berasaskan CORE, iaitu: Natif Awan, satu operasi teras pada waktu sebenar dan pengkomputeran pinggir. 5GDN beroperasi melalui platform natif awan dan menyokong penumpuan penuh 2G/3G/4G/5G berasaskan perkhidmatan mikro. Memanfaatkan MEC heterogen dengan prestasi hebat, penghirisan pintar dinamik yang berbilang dimensi dan enjin pengautomatan rangkaian teras, ia boleh menyediakan keupayaan rangkaian berbeza dan pengalaman perangkaian berketentuan untuk industri-industri berkenaan.

5GDN tidak boleh digunakan sekali gus dan penggunaan 5G oleh pengendali masih di peringkat awal. Pengendali perlu memilih industri dan senario yang betul, meneroka peluang untuk penggunaan awal 5GDN dalam perancangan rangkaian mereka. Sebagaimana yang dicadangkan oleh kertas putih ini, kawasan-kawasan bebas, seperti kampus perusahaan dan pelabuhan perlu diberi keutamaan untuk penggunaan 5GDN. Visi mesin, yang amat disepadukan dengan video dalam senario perindustrian dan juga sesuai untuk penggunaan awal 5GDN. Industri-industri itu sendiri boleh memilih bila untuk menggunakan 5GDN. Beberapa industri dengan keperluan berketentuan SLA yang tinggi, seperti industri kuasa elektrik, mungkin mahu mengutamakan penggunaan 5GDN.

Pada Jun 2019 di MWC Shanghai 2019, Huawei dan rakan-rakan industri menubuhkan 5GDNA dan makmal inovasi industri. Menjelang akhir tahun 2019, lebih 80 ahli daripada kalangan pengendali dan pelbagai bidang seperti multimedia, industri, tenaga, penjagaan kesihatan dan IoV, menyertai 5GDNA. Ia terus menggalakkan konsensus industri dan pembinaan ekosistem, menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh teknologi utama untuk penggunaan 5G, perniagaan, ekosistem dan mencari bidang utama untuk industri mempercepatkan pembangunan 5G. 5GDNA telah memaparkan banyak keadaan penggunaan 5GDN seperti pelabuhan pintar Shanghai Yangshan; grid pintar yang dibina oleh State Grid Corporation of China (SGCC) dan China Southern Power Grid (CSG); kilang pintar Haier di Qingdao; projek pelancongan budaya berasaskan AR di Beijing Expo, Wonderland of Mountains and Rivers; serta pengiklanan AR di Lapangan Terbang Shenzhen. Kesemua ini dapat meningkatkan pengaruh 5GDNA dalam industri ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kertas Putih Industri 5GDN, kunjungi https://www-file.huawei.com/-/media/corporate/pdf/news/5gdn-industry-white-paper-en.pdf

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei 
http://www.youtube.com/Huawei

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services Survey, Polls & Research