omniture

Globe sempurnakan panggilan video 5G teknikal pertama yang berjaya dengan AIS Thailand

Globe Telecom
2020-02-28 10:20 3121

MANILA, Filipina, 28 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Teknologi Internet yang paling dicari-cari di dunia akhirnya berada di Filipina apabila Globe berjaya menyempurnakan panggilan video 5G yang pertama seumpamanya di negara ini bersama AIS Thailand melalui Rangkaian Mudah Alih 5G.

Perbualan tersebut berlangsung selama lebih tiga minit dan dibuat baru-baru ini selepas Globe menerima panggilan teknikal daripada AIS apabila pengendali mudah alih tersebut menguji rangkaian 5G miliknya sendiri di Bangkok pada hari Jumaat lalu, 21 Februari.

Alan Garchitorena, Pengarah Globe untuk Pendayaan Teknologi & Perancangan Perkhidmatan, menjawab panggilan daripada Hui Weng Cheong, Presiden AIS, ketika syarikat yang berpangkalan di Bangkok itu menjalankan ujian panggilan video 5G pertamanya. AIS ialah penyedia rangkaian telefon mudah alih dan pengendali mudah alih yang terkemuka di Thailand. Ia juga merupakan rakan bersekutu Singtel tempatan dan serantau yang utama di Asia Tenggara.

Panggilan tersebut berlangsung tanpa masalah dan jeda sifar dan menerima secara praktikal era baharu pengalaman mudah alih baik untuk Globe mahupun AIS.

"Ia berjalan dengan amat lancar. Hebat. Saya menghargai sokongan daripada Pasukan Globe," kata Hui selepas panggilan tersebut dibuat.

AIS secara rasminya telah memperoleh spektrum 5G baharunya pada hari yang sama ia membuat panggilan kepada Globe. 5G ialah teknologi yang amat berkuasa dan menjanjikan ciri-ciri baharu yang hebat. Syarikat-syarikat telekomunikasi yang terkemuka di seluruh dunia telah bergantung pada teknologi 5G sejak beberapa tahun yang lalu untuk mengikuti permintaan pelanggan demi pengalaman mudah alih yang lebih baik dan tinggi.

Untuk bahagiannya, Garchitorena berkata bahawa ini merupakan bukti kukuh kesediaan Globe untuk 5G mudah alih. "Teknologi ini akan membawa era baharu penggunaan digital untuk AR, VR, Internet Pelbagai Benda (IoT), aplikasi perindustrian dan banyak lagi di Filipina," tambah beliau.

Globe melancarkan akses Tanpa Wayar Tetap 5G pada bulan Jun tahun lalu untuk menjadikan Filipina sebagai negara ketiga di Asia yang mempunyai teknologi 5G. Jepun dan Korea Selatan merupakan dua negara pertama di benua berkenaan untuk memperkenalkan 5G kepada pengguna.

Baru-baru ini, Globe melancarkan Huawei Mate 30 Pro 5G, telefon pintar mampu 5G yang pertama di Filipina. Syarikat ini menyasarkan untuk mengubah kawasan-kawasan dalam daerah pusat perniagaan (CBD) utama kepada tapak dengan keupayaan mudah alih 5G dalam tahun ini.

Dalam laporan tahun 2020 yang dikeluarkan oleh "We Are Social" Hootsuite, penembusan internet di Filipina mencecah 67% yang agak tinggi berbanding negara-negara lain. Angka-angka terkini menunjukkan penambahbaikan luar biasa dalam akses dan penembusan internet di dalam negara ini.

Laporan yang sama juga menunjukkan bahawa penduduk Filipina menghabiskan banyak masa di internet di dunia dengan purata sembilan jam 45 minit sehari. Negara berkenaan turut mencatatkan purata masa harian terpanjang melayari internet menggunakan telefon mudah alih sekurang-kurangnya selama lima jam 11 minit.

Latar Belakang Globe Telecom 

Globe ialah syarikat telekomunikasi khidmat-penuh yang terkemuka di Filipina dan disenaraikan secara terbuka dalam Bursa Saham Filipina dengan simbol saham GLO. Syarikat ini menampung keperluan telekomunikasi dan teknologi pengguna serta perniagaan mencakupi seluruh suit produk dan perkhidmatan termasuk perkhidmatan mudah alih, tetap, jalur lebar, sambungan data, internet dan perkhidmatan terurus. Ia mempunyai kepentingan yang besar dalam teknologi kewangan, penyelesaian pemasaran digital, pendanaan modal usaha niaga untuk syarikat baharu dan penjagaan kesihatan maya. Pada tahun 2019, Globe menjadi penandatangan United Nations Global Compact, komited untuk melaksanakan prinsip-prinsip kemampanan sejagat. Prinsipalnya ialah Ayala Corporation dan Singtel, peneraju-peneraju industri yang diiktiraf di dalam negara dan wilayah ini.

Untuk butiran lanjut, kunjungiwww.globe.com.ph. Ikuti @enjoyglobe di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Source: Globe Telecom
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment