omniture

LONGi capai status kedudukan AAA dalam Penilaian Keboleharasan PV ModuleTech terkini

LONGi Solar
2020-03-02 15:56 268

LONDON, 2 Mac 2020 /PRNewswire/ -- LONGi, pengeluar solar yang terkemuka di China, telah diberikan status Bertaraf-AAA (gred tertinggi yang dianugerahkan) oleh bahagian penyelidikan pasaran PV-Tech berpangkalan di London yang terkemuka, dalam keluaran suku pertama 2020 yang terkini Penarafan Keboleharasan PV ModuleTech. LONGi ialah pembekal modul yang pertama mencapai penarafan AAA.

Sistem Penarafan Keboleharasan PV ModuleTech menggunakan model analitikal proprietari untuk memberikan skor dan penarafan keboleharasan kepada semua pembekal modul fotovolta (PV) solar, dengan menggabungkan kedua-dua pembuatan dan kesihatan kewangan syarikat-syarikat.

Pencipta sistem Penarafan Keboleharasan PV ModuleTech dan penganalisis industri PV yang amat disegani, Dr. Finlay Colville, menyebutkan dalam penyiaran senarai kedudukan suku pertama 2020 bahawa "LONGi mengendalikan model perniagaan yang berbeza dengan pembekal modul bertaraf A dan B yang lain," dan "LONGi melabur dengan bijak, pada masa yang tepat dan dengan keyakinan penuh bahawa teknologi PV akan berubah daripada dominan berbilang wafer kepada dominan mono-wafer."

Memberi respons kepada status Bertaraf-AAA baharu ini, Dennis She, Naib Presiden Kanan LONGi menambah: "LONGi sentiasa meletakkan kepentingan utama kepada pembangunan mampan syarikat dan mempunyai operasi yang andal serta stabil digandingkan dengan kesihatan kewangan yang kukuh. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, LONGi terus menunjukkan keupayaan kontraknya yang andal dan kebolehannya untuk bertindak balas kepada perubahan pasaran."

Anda boleh mendapatkan artikel PV Tech asal di sini:

LONGi graded as only AAA-Rated module supplier in Q1 2020 PV ModuleTech Bankability release
https://www.pv-tech.org/editors-blog/longi-graded-as-only-aaa-rated-module-supplier-in-q1-2020-pv-moduletech-ban

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO?lang=0

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities