omniture

Huawei Enterprise Business Group Umum 4 Langkah Capai Kejayaan dengan Rakan Kongsi Ekosistem Global

Huawei
2020-03-02 09:43 4409

SHENZHEN, China, 2 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Di Persidangan Transformasi Digital Perindustrian 2020 distrim langsung secara global, Huawei Enterprise BG (Business Group) mengumumkan strategi pembangunan rakan kongsinya yang dinamakan "Keberuntungan, Kesederhanaan, Pendayaan dan Ekosistem". Melalui strategi ini, Huawei Enterprise BG akan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi global bagi mencapai manfaat bersama.

Di acara tersebut, Frank Shen Surong, Naib Presiden Rakan Kongsi & Perikatan, memperincikan bagaimana, pada tahun 2020, ekosistem rakan kongsi baharu Huawei Enterprise Business Group akan terdiri daripada tujuh jenis rakan kongsi: Rakan Kongsi Jualan, Rakan Kongsi Penyelesaian, Rakan Kongsi Perkhidmatan, Rakan Kongsi Pelaburan & Operasi dan Pembiayaan, Rakan Kongsi Perikatan Bakat, Sosial serta Rakan Kongsi Industri. Mengenai tujuh kategori rakan kongsi ini, Huawei Enterprise BG akan terus membangunkan ekosistemnya dengan meningkatkan sokongan dalam bidang-bidang berikut:

Keberuntungan 

Pada tahun 2019, Huawei Enterprise BG membatalkan ambang rebat jualan dan ini bermakna rakan kongsi kini diberi ganjaran untuk setiap dolar yang diperoleh oleh mereka. Pada tahun 2020, Huawei Enterprise BG akan mengekalkan kestabilan rangka kerja insentif rakan kongsi saluran dan meluaskan skop produk yang mendapat insentif rakan kongsi untuk turut menyertakan perisian mandiri. Insentif khas yang dipelbagaikan, seperti rebat keupayaan dan Program Insentif Perniagaan (BIP) akan diperkenalkan bagi mendorong rakan kongsi untuk meneruskan matlamat yang lebih bercita-cita tinggi.

Kesederhanaan 

Huawei Enterprise BG terus memudahkan dasar dan pelaksanaan proses. Dasar rakan kongsi tersebut kini bukan sahaja lebih mudah untuk diingati dan difahami, tetapi juga lebih mudah dilaksanakan, memudahkan kerjasama Huawei dengan rakan kongsi. Pada tahun 2020, Huawei Enterprise BG akan mengeluarkan senarai produk yang membolehkan rakan kongsi mendapat rebat bagi meningkatkan ketelusan dasar dan menjadikan kelayakan insentif lebih jelas. Ia akan membolehkan rakan kongsi untuk memohon dan menerima secara bebas Dana Pembangunan Pemasaran (MDF) bagi mempercepatkan pelaksanaan aktiviti pemasaran dan menjadikan seluruh proses perniagaan Huawei Enterprise BG boleh dilihat oleh rakan-rakan kongsi.

Pendayaan 

Tahun ini, Huawei akan melancarkan pensijilan Profesional Prajualan Diperakui Huawei (HCPP) untuk IP dan produk simpanan bagi membantu rakan kongsi mendapat pengetahuan mendalam tentang produk-produk yang relevan dan memperoleh kemahiran praktikal yang diperlukan untuk: menyusun pertukaran teknikal pelanggan, memberikan reka bentuk penyelesaian berasaskan senario dan menjalankan pengujian Bukti Konsep (PoC). Huawei Enterprise BG juga telah melanjutkan ketersediaan Dana Pembangunan Pemasaran (MDF) dan Dana Pemasaran Bersama (JMF) bagi menyokong rakan kongsi global, rakan kongsi penyelesaian dan rakan kongsi pembawa dalam pembangunan perniagaan mereka. Rakan kongsi boleh mendapat manfaat daripada penaiktarafan keupayaan mereka bagi menangani cabaran transformasi digital.

Ekosistem 

Huawei telah menubuhkan Dana Insentif Pembangunan Akademi ICT Huawei (ADIF) bagi tahun 2020, untuk mendorong pembangunan Akademi ICT Huawei, menyokong latihan dan operasinya serta mendorong pelatih bagi mendapatkan pensijilan Huawei. Sementara itu, ADIF akan meningkatkan kesedaran bagi jenama Akademi ICT Huawei, mengukuhkan kerjasama dengan komuniti pendidikan dan membangunkan bakat teknikal untuk Huawei sendiri, memandangkan bakat dan jenama Akademi ini menjadi titik kekuatan buat syarikat. Pada masa depan, Huawei akan turut menarik lebih banyak rakan kongsi ekosistem melalui beberapa dasar yang menguntungkan, bermula daripada Pembangunan Penyelesaian Bersama, Dana Pemasaran dan Dana Insentif Rakan Kongsi Global (GPIF) bagi meningkatkan tahap kepuasan untuk penghantaran perkhidmatan dan membolehkan MDF disediakan kepada lebih banyak rakan kongsi.

Menjelang penghujung tahun 2019, Huawei mempunyai lebih 22,000 Rakan Kongsi Jualan, 1200 Rakan Kongsi Penyelesaian, 4200 Rakan Kongsi Perkhidmatan, 1000 Rakan Kongsi Perikatan Bakat dan 80 Rakan Kongsi Pelaburan & Operasi serta Pembiayaan.

Dalam era kecerdasan, kunci kepada ekosistem yang saling menguntungkan adalah untuk membolehkan semua orang menggunakan kekuatan mereka sendiri bagi mewujudkan suatu gabungan yang jauh lebih baik berbanding kewujudan secara bersendirian. Huawei akan terus mengoptimumkan dasar ekosistemnya bagi meluaskan ekosistem rakan kongsi, membantu rakan kongsi mencapai matlamat mereka dan menyediakan sokongan yang lebih baik kepada rakan kongsi. Usaha-usaha akan dikhususkan kepada pembangunan, pemupukan, sokongan, insentif dan pematuhan rakan kongsi. Akhirnya, ia akan menyelaraskan pengurusan rakan kongsi bagi membina ekosistem yang terbuka, berciri kerjasama dan saling menguntungkan serta berusaha bagi menjadi penyedia pilihan untuk transformasi digital.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://e.huawei.com/topic/mwc2020/en

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements Trade show news