omniture

Perjuangan Wuhan terhadap COVID-19: Bagaimana China kerahkan seluruh negara untuk kawal virus

CGTN
2020-03-02 10:22 808

BEIJING, 2 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, CGTN mengimbau kembali usaha-usaha China untuk memerangi wabak coronavirus baharu yang berterusan dalam satu laporan terkini dan menyiarkan video asal.

 

 

The Chinese government called on 19 other provinces, municipalities and regions to send medics to affected cities in Hubei.
The Chinese government called on 19 other provinces, municipalities and regions to send medics to affected cities in Hubei.

 

With the opening of two new special hospitals and 13 temporary facilities, as well as other quarantine sites, tens of thousands of new beds were added to accommodate more patients.
With the opening of two new special hospitals and 13 temporary facilities, as well as other quarantine sites, tens of thousands of new beds were added to accommodate more patients.

 

Satu krisis kesihatan melanda China menjelang tahun baharu. Wuhan, sebuah metropolis dengan 11 juta penduduk di Wilayah Hubei, tengah China akan menjadi epipusat coronavirus baharu.

Pada 23 Januari, pihak berkuasa Cina melaksanakan arahan berkurung ke atas Wuhan, hab pengangkutan dengan populasi 1.3 kali ganda daripada New York, untuk mengawal penyakit tersebut.

Peningkatan pesat bilangan kes jangkitan meletakkan sistem penjagaan kesihatan tempatan di bawah tekanan yang luar biasa. Misi menyelamat yang belum pernah terjadi sebelum ini dan pertempuran di seluruh negara terhadap wabak tersebut bermula.

Kumpulan pertama pasukan perubatan dari luar Hubei tiba pada Malam Tahun Baharu Cina. Sementara itu, syarikat-syarikat Cina diarahkan untuk membina hospital dengan 1,000 buah katil dalam masa 10 hari. Kerja-kerja untuk kemudahan kedua dengan 1,300 buah katil disusuli dua hari kemudian.

Sejak itu, lapan orang saintis Cina yang terkemuka, termasuk pakar pernafasan veteran Zhong Nanshan, telah mengetuai pasukan penyelidikan untuk membimbing kawalan dan rawatan penyakit di Wuhan.

Selepas jumlah kes yang disahkan di Wuhan melebihi 5,000 kes pada awal Februari, pihak berkuasa Wuhan mula menukar gimnasium dan pusat pameran kepada hospital sementara untuk menerima masuk kes-kes ringan.

Lebih banyak bantuan kakitangan perubatan terus tiba di ibu kota yang dilanda masalah itu. Pada 9 Februari, lapangan terbang Wuhan menyaksikan ketibaan 6,000 pekerja perubatan dalam satu hari.

Kerajaan Cina menggesa 19 wilayah, majlis perbandaran dan kawasan lain untuk menghantar doktor-doktor ke bandar-bandar yang terjejas di Hubei.

Memandangkan jumlah kes yang disahkan di bandar tersebut melebihi 20,000 kes, Tentera Udara Cina menghantar pesawat kargo yang membawa 1,400 doktor tentera.

Sepanjang bulan lalu, China telah menghantar lebih 330 pasukan perubatan yang terdiri daripada 41,600 orang doktor ke wilayah berkenaan.

Di barisan hadapan, lebih 3,000 pekerja perubatan telah dijangkiti coronavirus dan lebih daripada 20 meninggal dunia akibat penyakit tersebut.

Bagi mengisi kekurangan sut perlindungan, topeng dan bekalan perubatan lain, pengeluar Cina daripada pelbagai industri dikerahkan, termasuk mereka yang biasanya membuat kereta dan telefon bimbit.

Dengan pembukaan dua buah hospital khas yang baharu dan 13 kemudahan sementara, serta tapak kuarantin yang lain, puluhan ribu katil baharu ditambah bagi menampung lebih ramai pesakit.

Kes-kes baharu yang disahkan di Wuhan mula menurun menjelang lewat Februari, sejajar dengan trend menurun di seluruh negara bagi jangkitan baharu.

Sepanjang perjuangan China untuk memerangi COVID-19, saintis dan pihak berkuasa kesihatan Cina telah bekerjasama erat dengan negara-negara lain dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan berkongsi pengalaman negara tersebut dengan rakan setara antarabangsa.

WHO telah menyanjung tinggi sumbangan China terhadap pencegahan dan kawalan penyakit. "Usaha-usaha China telah memberi masa kepada dunia - walaupun langkah-langkah berkenaan telah memberi kesan yang lebih besar ke atas China sendiri," kata Ketua Pengarah WHO Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Sila lihat kandungan asal di sini:
https://news.cgtn.com/news/2020-02-27/Wuhan-s-war-on-COVID-19-How-China-mobilizes-to-contain-the-virus-OqUh2Doeti/index.html?utm_source=bluef&utm_medium=media6&utm_campaign=Coronavirus

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200228/2733726-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200228/2733726-1-b?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200228/2733726-1-logo?lang=0
Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/202002/CGTN/video.mp4

Source: CGTN
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Broadcast feed announcements