omniture

XCMG Jamin Penghantaran Ratusan Produk Meskipun Menghadapi Wabak COVID-19

XCMG
2020-03-02 10:40 599

XUZHOU, China, 2 Mac 2020 /PRNewswire/ -- XCMG menghantar pelbagai pesanan kepada pelanggan luar negara pada 24 Februari dari Xuzhou, China. Kumpulan produk XCMG yang berjumlah beratus-ratus set peralatan termasuk kren, mesin pengorek, jentera angkut, jentera perata dan penggelek jalan raya, trak buang akan melakukan perjalanan melalui laut ke destinasi-destinasinya, tiba tepat pada masanya beberapa bulan akan datang.

XCMG Ensures Delivery of Hundreds of Products Despite COVID-19 Outbreak.
XCMG Ensures Delivery of Hundreds of Products Despite COVID-19 Outbreak.

"XCMG telah menyelaraskan seluruh rantaian bekalan kami untuk memastikan pengeluaran merentas seluruh kilang. Setakat ini, tiada kelewatan berlaku dalam penghantaran pesanan sejak berlakunya wabak virus tersebut," kata Liu Jiansen, Penolong Presiden XCMG dan Pengurus Besar XCMG Import and Export Company.

XCMG menyambung semula operasi secara rasmi pada 10 Februari dan telah menyokong pembekalnya untuk memulakan semula pengeluaran enjin dan komponen utama di bawah keadaan yang selamat dan berkesan. Setakat 22 Februari, 90% daripada pembekal utama XCMG telah menyambung semula kerja-kerja.

Bagi pembekal di luar wilayah Jiangsu, XCMG bekerjasama dengan kerajaan tempatan dan pelbagai jabatan pengeluaran dan logistik bagi memastikan pengangkutan yang tepat pada masanya di samping mematuhi protokol pencegahan dan kawalan wabak yang ketat. Platform rantaian bekalan XCMG telah membantu 265 syarikat perdagangan dan penyimpanan, pembuatan dan logistik di Xuzhou.

Pada 13 Februari, XCMG mengeluarkan pinjaman kawalan wabak pertama di Wilayah Jiangsu, mengumpul lebih 300 juta yuan (USD42.79 juta) untuk menyokong perusahaan kecil-kecilan milik persendirian dalam rantaian bekalannya.

XCMG Finance Company turut membuka saluran hijau untuk transaksi berkaitan wabak. Setakat 19 Februari, syarikat ini telah menyediakan 466 juta yuan (USD 66.46 juta) nilai sokongan kredit khas untuk syarikat-syarikat ahli dan rakan-rakan kongsi rantaian industri.

Berdepan dengan cabaran mengejut akibat wabak Covid-19, pekerja XCMG di luar negara bukan sahaja berusaha untuk mengembangkan pasaran luar negara dan mendapat pesanan, tetapi turut membawa bekalan perubatan termasuk topeng pembedahan dan sut perlindungan bagi menyokong penyambungan semula kerja-kerja dan memastikan penghantaran pesanan yang tepat pada masanya.

Dengan rangkaian jualan dan perkhidmatan global mantap yang terdiri daripada lebih 300 wakil jualan, 40 pejabat luar negara dan 40 pusat alat ganti utama, XCMG, selaku pengeksport utama dalam industri jentera pembinaa, telah menyokong projek-projek pembinaan utama di seluruh dunia dengan aspirasi bersama bagi mewujudkan dunia yang lebih baik buat semua.

Latar Belakang XCMG 

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 77 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 183 negara dan wilayah di seluruh dunia.

www.xcmg.com, Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn, Instagram

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200228/2733721-1?lang=0

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation