SHENZHEN, China, 2 Mac 2020 /PRNewswire/ -- OneConnect Financial Technology Co., Ltd. ("OneConnect" atau "Syarikat") (NYSE: OCFT), platform perkhidmatan teknologi yang utama di dunia untuk institusi kewangan, menggunakan teknologi canggihnya bagi membantu institusi kewangan menangani cabaran operasi dan khidmat pelanggan yang disebabkan oleh gangguan novel coronavirus (COVID-19).
Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan dan Insurans China mengeluarkan Pekeliling Mempertingkat Lebih Lanjut Perkhidmatan Kewangan untuk Pencegahan dan Kawalan COVID-19 pada 15 Februari, dengan matlamat untuk meningkatkan perkhidmatan kewangan dalam talian. Dengan pelanggan perkhidmatan kewangan mengelakkan transaksi perniagaan secara peribadi dan ramai pekerja yang bekerja dari rumah, institusi kewangan perlu meluaskan keupayaan perkhidmatan teknikal dan dalam talian mereka dengan pantas. OneConnect menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung yang komprehensif untuk bank, syarikat insurans dan pengurus pelaburan dengan mengintegrasikan pengalaman perkhidmatan kewangan yang luas dengan teknologi yang utama dalam pasaran. Ia mendayakan transformasi digital pelanggan bagi meningkatkan pendapatan, mengurus risiko, meningkatkan kecekapan, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mengurangkan kos.
OneConnect, menggunakan kecerdasan buatan (AI), data raya dan rantaian blok, menawarkan institusi kewangan dengan penyelesaian pejabat pintar yang membolehkan institusi kewangan memastikan operasi dalam talian yang lancar sepanjang proses perniagaan keseluruhan, termasuk pemerolehan pelanggan dan pemasaran, kawalan risiko dan produk serta sistem bahagian belakang, operasi, penyelenggaraan dan pengurusan.
Menyokong kakitangan bekerja dari rumah dan latihan dalam talian
Permintaan terhadap platform kerja teleperkhidmatan mantap telah melonjak tatkala perniagaan Cina menggalakkan kakitangan untuk bekerja dari jauh bagi mencegah penularan COVID-19.
Bagi menyokong institusi kewangan dengan kakitangan bekerja dari rumah, OneConnect telah mengintegrasikan aplikasi Ping An Group Lite, untuk komunikasi dan Zhi Niao, untuk pembelajaran dalam talian, dengan platform perusahaan pintar proprietari lain serta meluaskan rangkaian aplikasi. Sistem perusahaan pintar OneConnect membolehkan pengguna untuk mengendalikan sumber manusia (HR), tanggungjawab pentadbiran dan kewangan, untuk model operasi dan pengurusan dipacu data terselaras.
Dengan aplikasi Lite, kakitangan boleh berkomunikasi dengan cekap melalui pesanan teks, emel, panggilan suara dan video, input suara dan terjemahan AI. Ia juga boleh mengendalikan pembayaran balik perbelanjaan perjalanan dan proses-proses lain. Aplikasi Zhi Niao menyokong pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, pengujian dan pengurusan dalam talian. Sejak berlakunya wabak COVID-19, puluhan ribu ejen insurans di lapangan telah menerima aplikasi berkenaan. Pada 11 Februari sahaja, sebuah firma insurans menggunakan Zhi Niao untuk penyiaran langsung, merakam 17,000 sesi yang ditonton sepanjang tempoh sehari oleh kira-kira 2.45 juta orang, dengan lebih 700,000 mengakses siaran langsung secara serentak pada satu ketika.