omniture

ZTE tersenarai 3 terbaik dunia dengan 2,561 rangkaian Paten Penting-Standard diisytihar 5G kepada ETSI

ZTE Corporation
2020-03-02 12:32 4499

SHENZHEN, China, 2 Mac 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK/000063.SZ), penyedia antarabangsa utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengisytiharkan 2,561 rangkaian Paten Penting-Standard (SEP) 5G kepada Institut Standard Telekomunikasi Eropah (ETS), seraya digolongkan sebagai 3 terbaik global, menurut laporan paten industri 5G terkini yang diedarkan oleh Kementerian Persekutuan untuk Hal Ehwal Ekonomi dan Tenaga Jerman (BMWi). Laporan berkenaan bersama-sama dibuat oleh IPlytics dan Technical University of Berlin.

Komited untuk membina daya saing teras melibatkan inovasi bebas dalam era 5G, ZTE mempunyai lebih daripada 5,000 paten 5G, menjadi antara "Kem Tahap-1" penggunaan paten global. ZTE telah memohon untuk lebih daripada 74,000 aset paten global termasuk lebih 34,000 paten yang diberikan di seluruh dunia.

Tambahan pula, syarikat ini mempunyai lebih daripada 3,900 permohonan paten cip set, meliputi Eropah, A.S., Jepun, Korea dan negara-negara lain. Sebagai penyumbang dan peserta utama dalam penyelidikan teknologi serta standard 5G global. ZTE telah menghantar lebih 7,000 cadangan 5GNR/5GC kepada pertubuhan pemiawaian antarabangsa.

Setakat ini, ZTE telah melaksanakan kerjasama 5G yang mendalam dengan lebih 70 pengendali di seluruh dunia, memperoleh 46 kontrak komersial 5G di seluruh dunia. Tambahan pula, syarikat ini berjaya melaksanakan lebih 60 kes penggunaan, memeterai kerjasama strategik dengan lebih 300 pelanggan industri dan bekerjasama dengan lebih daripada 200 penyedia produk utama.

Dengan hartanah pintar sebagai salah satu strategi utama untuk pembangunan, ZTE telah mewujudkan sistem pengurusan harta intelek yang lengkap dan meneroka strategi operasi paten untuk syarikatnya sendiri. Melalui penggunaan paten global berkualiti tinggi, ZTE telah mencapai inovasi yang mampan dan memperoleh kelebihan daya saing pasaran global, seraya membawa produk yang inovatif dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju kepada pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung-ke-hujung bersepadu untuk menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 buah negara.

Setakat ini, ZTE memperoleh 46 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran utama, seperti Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (MEA). ZTE memperuntukkan 10 peratus pendapatan tahunannya kepada penyelidikan dan pembangunan dan mengambil peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa.

Hubungan Media: 

Margaret Ma
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment