omniture

Shanghai Electric Capai Penutupan Kewangan untuk Projek Lombong Arang Batu Projek Kuasa Lombong Arang Batu Bersepadu Blok-1 Thar di Pakistan

Shanghai Electric
2020-03-02 15:06 841

THAR PARKAR, Pakistan, 2 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric Group ("Shanghai Electric" atau "Syarikat"), pengeluar dan pembekal yang terkemuka di dunia bagi penjanaan kuasa dan peralatan perindustrin, penyedia penyelesaian tenaga sehenti, mengumumkan bahawa ia telah mencapai penutupan kewangan untuk Projek Lombong Arang Batu daripada Projek Kuasa-Lombong Arang Batu Bersepadu Blok-1 Thar. Kawasan arang batu Thar ialah yang terbesar di Asia, yang mempunyai anggaran sumber lignit melebihi 175 bilion tan, meliputi kawasan melebihi 9,000 kilometer persegi di Padang Pasir Thar di bahagian tenggara Wilayah Sindh Pakistan.

Bagi Projek Kuasa-Lombong Arang Batu Bersepadu Blok-1 Thar, Lombong Arang Batu ini dirancang dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 7.8 juta tan dan mempunyai dua loji kuasa berkuasa arang batu 660-megawatt, projek ini berupaya untuk memberi kuasa kepada 4 juta isi rumah di Pakistan dengan 1320 megawatt kuasa elektrik yang asli, berpatutan dan andal.

Peta kesan Projek kuasa Lombong Arang Thar di Pakistan
Peta kesan Projek kuasa Lombong Arang Thar di Pakistan

Projek Kuasa-Lombong Arang Batu Bersepadu Blok-1 Thar dibangunkan di bawah naungan Koridor Ekonomi China-Pakistan ("CPEC"). Ia merupakan sebahagian daripada usaha oleh Kerajaan Pakistan untuk meningkatkan sekuriti tenaga dan mengurangkan purata kos penjanaan kuasa dengan beralih daripada minyak kepada arang batu. Projek ini akan memberi tenaga kepada grid kebangsaan dan membantu penjimatan pertukaran asing selanjutnya berdasarkan kos bahan api.

Ketua Menteri Sindh Syed Murad Ali Shah menghargai sokongan Shanghai Electric dalam mempercepatkan proses mendapat faedah daripada bahan api sumber tempatan dan peranan penting Shanghai Electric dalam pembangunan projek stesen janakuasa Kawasan Arang Batu Thar yang akan membawa faedah ekonomi kepada komuniti tempatan.

Projek ini menggaji lebih 908 pekerja tempatan pada ketika ini dan akan menggaji lebih ramai pekerja semasa tempoh pembinaan puncaknya. Projek ini juga akan memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial wilayah berkenaan, dengan Shanghai Electric berjanji untuk menjadi kuasa yang aktif dan bersemangat dalam usaha pembangunan yang membantu komuniti Thar tempatan dengan meningkatkan pendidikan, kesihatan, infrastruktur dan gaya hidup keseluruhan wilayah berkenaan.

"Kami berbangga untuk membantu membawa negara dengan projek kuasa elektrik berasaskan arang batu tempatan, berskala besar yang pertamanya. Kami juga bersyukur terhadap kerajaan tempatan atas sokongan mereka," kata En. Qian Xiaolei, Pengurus Perhubungan Awam Thar Coal Block-1 Power Generation Company (PVT) Ltd (SPV Shanghai Electric di Pakistan).

Memanfaatkan momentum positif projek ini, Shanghai Electric telahpun memulakan pembinaan loji kuasa di Kawasan Arang Batu Thar. Syarikat ini akan membawa loji kuasa dengan teknologi ultra superkritikal yang boleh beroperasi pada kecekapan bersih yang lebih tinggi berbanding purata kecekapan bersih tahunan yang diperlukan oleh kerajaan Pakistan. Selain itu, loji ini akan beroperasi dengan kadar penyingkiran Gas Asid yang tinggi, dengan emisi sulfur dioksida rendah bagi mengurangkan kesan alam sekitar apabila ia mula menjana kuasa elektrik pada tahun 2022.

Latar Belakang Shanghai Electric 

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE: 601727) pada dasarnya terlibat dalam reka bentuk, pembuatan dan penjualan peralatan kuasa dan peralatan perindustrian. Ia memberi tumpuan pada perniagaan tenaga baharu, termasuk pembuatan dan penjualan turbin angin serta komponen selain peralatan kuasa nuklear; perniagaan tenaga bersih, termasuk pembuatan dan penjualan peralatan kuasa haba, peralatan penghantaran dan pengagihan kuasa; peralatan perindustrian termasuk pengeluaran dan penjualan lif dan motor elektrik; serta industri perkhidmatan moden termasuk kontrak pembinaan loji penjanaan kuasa, projek penghantaran dan pengagihan kuasa serta perniagaan-perniagaan lain.

Logo Shanghai Electric
Logo Shanghai Electric

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200229/2734017-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200229/2734017-1-b?lang=0

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Banking/Financial Service Electrical Utilities Mining Mining/Metals Oil/Energy Utilities