omniture

5G Modem V510 UNISOC Perkasa 5G CPE Terkini China Unicom

UNISOC
2020-03-03 11:31 746

SHANGHAI, 3 Mac 2020 /PRNewswire/ -- UNISOC, pembekal global yang terkemuka bagi cip set komunikasi mudah alih dan cip set IoT, hari ini mengumumkan bahawa 5G Modem V510 miliknya memperkasa 5G CPE VN007 (Peralatan Premis Pelanggan) China Unicom. Dijual pada harga CNY 999, 5G CPE ini menyediakan sambungan berkelajuan tinggi, bagi membolehkan pengguna untuk mengakses dunia yang lebih pintar dan terhubung.

UNISOC V510
UNISOC V510

5G CPE menghubungkan Wi-Fi LAN pengguna kepada rangkaian komunikasi 5G pengendali mudah alih, membolehkan telefon 5G dan bukan 5G untuk mengakses rangkaian 5G berkelajuan tinggi melalui Wi-Fi.

UNISOC V510 membolehkan tahap integrasi tinggi dengan penggunaan kuasa yang rendah, cip berprestasi tinggi dapat menyesuaikan secara automatik kepada perangkaian dwimod 5G NSA dan SA, menangani ketidakupayaan peranti NSA untuk mengakses 5G di kawasan-kawasan yang diliputi oleh rangkaian SA. Ini merupakan ciri yang penting terutamanya memandangkan rangkaian SA bersedia untuk berkembang dengan pesat pada tahun 2020 dan membolehkan lebih ramai pengguna menikmati 5G.

Menyokong n78/n41/n79 jalur 5G – UNISOC V510 mendayakan liputan rangkaian asas penuh, yang membolehkan beratus-ratus juta pengguna menikmati pengalaman jalur lebar gentian super tanpa wayar yang sebenar. Di luar pasaran jalur lebar kediaman dan peranti isi rumah, reka bentuk cip gred-perindustrian UNISOC V510 sesuai dengan rangkaian luas aplikasi termasuk rangkaian tanpa wayar korporat, rangkaian kampus dan IoT perindustrian 5G.

Ciri-ciri tambahan UNISOC V510 termasuk sokongan untuk VoNR, perkhidmatan panggilan suara 5G dengan kependaman rendah dan berkualiti tinggi yang mendayakan pengalaman realiti maya yang lebih imersif. UNISOC V510 turut menyokong rangkaian 2G hingga 5G, bagi memenuhi keperluan berbeza pelbagai pengguna.

Sebagai satu lagi pencapaian penting dalam kerjasama UNISOC bersama China Unicom susulan NB-IoT, pelancaran 5G CPE China Unicom menunjukkan kematangan UNISOC V510, memacu pembangunan industri 5G China dan memperkasa lebih banyak kemungkinan untuk era pintar dan terhubung.

Latar Belakang UNISOC 

UNISOC ialah sebuah syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi terkemuka yang komited terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) cip set teras dalam komunikasi mudah alih serta AIoT. Produk-produknya mencakupi platform cip set mudah alih yang menyokong piawaian komunikasi 2G/3G/4G/5G serta pelbagai penyelesaian cip set dalam bidang IoT, RFFE, sambungan tanpa wayar, TV dan sebagainya. Dengan anggaran 4,500 kakitangan, 15 pusat R&D dan 7 pusat sokongan pelanggan di seluruh dunia, UNISOC telah menjadi antara tiga pembekal cip set mudah alih terkemuka dari segi bahagian pasaran global, syarikat 5G terkemuka di Dunia dan salah satu penyedia cip set yang terbesar untuk IoT dan peranti sambungan di China. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.unisoc.com/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200227/2732640-1?lang=0

Source: UNISOC
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Semiconductors Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services