omniture

Handheld Perkenal Nautiz X41, Alat Perusahaan Tahan Lasak untuk Kecekapan Dipertingkat

Handheld Group
2020-03-04 15:45 471

LIDKÖPING, Sweden, 4 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Handheld Group, pengeluar terkemuka bagi computer mudah alih tahan lasak, hari ini mengumumkan NAUTIZ X41 baharu, peranti Android tahan lasak yang dibina untuk pekerja yang bergerak dalam bidang logistik, pergudangan, utiliti, perkhidmatan lapangan, pengangkutan awam, sekuriti dan keselamatan awam. Dengan kelasakannya yang ekstrem, pengimbas 1D/2D dan pad kekunci fizikal, Nautiz X41 membolehkan pengumpulan data yang cekap dan andal dalam persekitaran kerja yang paling sukar.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8698051-handheld-introduces-nautiz-x41/.

Nautiz X41 pelbagai guna ialah peranti pegang tahan lasak yang kompak dan ringan yang direka untuk pengumpulan dan komunikasi data lapangan yang cekap. Penarafan-IP65 bermakna ia kedap air dan kalis debu sepenuhnya.

"Meskipun banyak peranti Android dalam pasaran tidak didatangkan dengan pad kekunci, Nautiz X41 menawarkan 23 kekunci fizikal termasuk kekunci fungsi boleh diatur cara dan butang imbas fizikal untuk kemasukan data yang pantas dan cekap," kata Johan Hed, pengarah pengurusan produk Handheld Group. "Dengan pilihan pengimbas ID yang pantas atau perakam imej (imager) 2D menjadikannya alatnya yang begitu adal untuk semua aplikasi intensif imbasan."

Nautiz X41 ultra tahan lasak didatangkan standard dengan:

  • Pemproses 8-teras berkuasa dengan storan 4 GB RAM dan 64 GB
  • Android 9.0 dan pensijilan Google GMS untuk akses penuh semua aplikasi Google termasuk Play Store dan Google Maps
  • Laser 1D berkelajuan tinggi atau perakam imej 2D diintegrasikan dengan optik Kepadatan Tinggi (HD)
  • Pad kekunci 23-kunci fizikal termasuk kekunci boleh diatur cara dan butang imbas khusus
  • Penerima GPS terbina dalam untuk navigasi menggunakan GPS, GLONASS, Galileo atau BeiDou
  • Fungsian telefon Android 4G/LTE dan data berkelajuan tinggi
  • NFC, BT 5.0 LE dan Wi-Fi 802.11a/b/g/n/r/ac
  • Kamera 8-megapiksel dengan autofokus dan denyar
  • Paparan kapasiti 4-inci, boleh dibaca di bawah sinaran matahari dengan Gorilla Glass, termasuk mod hujan dan sarung tangan
  • Penarafan-IP65, diuji MIL-STD-810G dan beroperasi dalam suhu -20°C hingga 60°C (-4°F hingga 140°F)

"Menggabungkan mobiliti ulung, kelasakan dan fungsian lapangan sebenar, peranti ini sememangnya apa yang diminta oleh kebanyakan pelanggan kami," kata Thomas Löfblad, Ketua Pegawai Eksekutif Handheld Group. "Nautiz X41 padat dengan ciri-ciri dan amat kuat."

Utiliti dan aksesori perisian 
Nautiz X41 didatangkan dengan perisian pengurusan peranti mudah alih percuma daripada Handheld. Suit perisian MaxGo menyediakan aplikasi pantas tetapan sejagat untuk pelbagai peranti dan membolehkan akses aplikasi tersuai. Selain itu, Nautiz X41 menawarkan pelbagai jenis aksesori Handheld yang dibina khas untuk meningkatkan fungsian perusahaan dan kecekapan kerja.

Ketersediaan
Pesanan Nautiz X41 boleh dibuat segera untuk penghantaran pada bulan April.

Pautan berguna
Spesifikasi NAUTIZ X41
Imej akhbar
Video produk
Aksesori komputer tahan lasak
Apa itu tahan lasak?
Latar Belakang Handheld

Latar Belakang Handheld
Handheld Group ialah pengeluar dan pembekal global komputer, peranti pegang dan tablet mudah alih yang tahan lasak. Handheld dan rakan kongsinya di seluruh dunia memberikan penyelesaian mobiliti kepada perniagaan dalam industri seperti geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan keselamatan. Handheld Group, beribu pejabat di Sweden, memiliki anak syarikat di Finland, U.K., Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan AS. Ketahui lebih lanjut di www.handheldgroup.com. 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1096436/Handheld_Group_NAUTIZ_X41_Android.jpg

Handheld_Group_NAUTIZ_X41_Android
Handheld_Group_NAUTIZ_X41_Android

 

 

Source: Handheld Group
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Transportation Broadcast feed announcements MultiVu Photo New products/services