omniture

XCMG Bawakan Pameran Terbesarnya ke CONEXPO-CON/AGG 2020

XCMG
2020-03-06 03:10 287

LAS VEGAS, 6 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Pengeluar jentera pembinaan Cina yang terkemuka XCMG (SHE: 000425) membawakan pilihan komprehensif dengan 24 produk utama ke CONEXPO-CON/AGG 2020 mulai 10 hingga 14 Mac 2020 di Las Vegas.

XCMG Bawakan Pameran Terbesarnya ke CONEXPO-CON/AGG 2020
XCMG Bawakan Pameran Terbesarnya ke CONEXPO-CON/AGG 2020

CONEXPO-CON/AGG, pameran perdagangan pembinaan tiga tahun sekali yang terbesar di Amerika Utara dan salah satu daripada tiga pameran utama di seluruh dunia yang dianjurkan oleh Association of Equipment Manufacturers (AEM), mempamerkan peralatan dan teknologi terkini daripada syarikat-syarikat yang terkemuka di dunia. Mengambil bahagian dalam CONEXPO-CON/AGG buat kali kesembilan, XCMG akan mempamerkan enam kategori produk termasuk kren, mesin pengorek, pemuat, jentera timbunan, jentera tolak tanah dan platform kerja udara berserta penyelesaian pembinaan lengkap merentas ruang pameran seluas 19,500 kaki persegi (1,811.6 meter persegi); 30 peratus lebih besar berbanding pada tahun 2017.

"Bertema 'Inovasi demi Kejayaan Anda', kami berharap agar persembahan paling ekstensif kami di CONEXPO-CON/AGG setakat ini akan menonjolkan teknologi utama XCMG di samping menunjukkan kesetiaan terhadap penciptaan jangka panjang dengan kajian-kajian kes untuk penjimatan tenaga dan pengurangan emisi," kata Jiansen Liu, Naib Presiden XCMG Group.

XCMG akan turut memperkenalkan mesin pengorek hidraulik elektrik baharu, XE35U-E, penaiktarafan mesra alam kepada XE35U yang popular, terkenal dengan respons pantasnya, kawalan yang tepat dan kesan terhadap alam sekitar yang dikurangkan.

Empat platform kerja dongakan bergerak daripada XCMG Fire-fighting Safety Equipment akan didemonstrasikan di lapangan semasa berlangsungnya pameran perdagangan tersebut. Kesemua produk pameran XCMG kecuali XE35U-E akan dilancarkan dalam pasaran Amerika Utara.

Selain itu, XCMG akan menghantar pesanan kepada pelanggan di Amerika Utara di upacara perasmian termasuk mesin pengorek kepada Ahern (AS), kren semua rupa bumi dan kren roda rupa bumi kasar kepada North West Crane Enterprises (Kanada) dan platform kerja udara kepada Black Diamond Equipment Rental (AS).

XCMG akan berada di reruai F6424 di Las Vegas Festival Grounds. Pengendali akan mendemonstrasikan fungsi-fungsi luar biasa jentera tersebut melalui persembahan seperti melontar bola keranjang dan memotong buah-buahan di atas belon.

Latar Belakang XCMG 

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 77 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 183 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.

Sila kunjungi XCMGFacebookYouTubeTwitterLinkedIn dan Instagram

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200304/2738233-1?lang=0

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Trade show news Future Events