CHICAGO, 6 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Cision mengumumkan peluasan perkongsiannya dengan TVEyes mulai 1 Februari 2020, yang memungkinkan pelanggan Cision untuk memantau sebutan audio siar jenama, pesaing, produk dan kakitangan mereka. Golongan profesional komunikasi kini dapat menjejaki sebutan media reputasi wajar dalam audio siar utama dan mengaitkan liputan ini kembali kepada hasil perniagaan dengan analisis media reputasi wajar yang pantas dan terperinci. Pemantauan audio siar yang dikuasakan oleh TVEyes disediakan sebagai sebahagian daripada Pemantauan Siaran Cision dalam Cision Communications Cloud Generasi Seterusnya, yang dilancarkan di A.S. dan Kanada tahun lalu.
"Cision sentiasa berkembang untuk membawakan pelanggan kami dengan ciri-ciri yang terbaik dalam kelas dan jalinan kerjasama dengan TVEyes merupakan cara yang menarik untuk mengembangkan bagaimana golongan profesional perhubungan awam (PR) dan komunikasi menjejaki seluruh skop liputan media mereka," kata Brendon O'Donovan, Ketua Pemasaran Produk Global Cision.
"Audio siar ialah salah satu platform media yang paling pantas berkembang hari ini, dengan 25% penduduk Amerika mendengarnya setiap minggu. Penambahan audio siar pada 1 Februari untuk pemantauan media dalam talian, sosial dan tradisional global Cision, akan membolehkan komunikator menjejaki jenama mereka dengan lebih mendalam."
Melalui perkongsian dengan TVEyes, pelanggan Cision kini dapat menentukan sebutan jenama merentas lebih 25,000 audio siar berkedudukan tertinggi, termasuk rancangan daripada penerbit audio siar terkemuka seperti NPR, iHeartRadio dan ESPN. Audio siar ini telah ditambah kepada rangkaian kandungan Cision yang utama dalam industri dengan lebih 7 juta sumber untuk berita dalam talian global, blog, sosial, cetakan dan siaran.
"Kami terus melabur dengan nyata sekali dalam perkhidmatan siaran teras kami dan dalam penawaran produk baharu seperti perkhidmatan pemantauan audio siar kami. Pelanggan Cision kini dapat mencari dan menemui episod-episod audio siar baharu yang disediakan setiap hari merentas hampir 20 kategori dan lebih 15 bahasa," tambah David Ives, Ketua Pegawai Eksektutif TVEyes. "Audio siar sedang mengubah landskap media, meningkat naik popularitinya dan membawakan sumber maklumat baharu untuk pengguna. Kami teruja dapat menjadikan perkhidmatan baharu yang inovatif ini tersedia kepada pelanggan Cision."
Pemantauan audio siar telah disediakan kepada pelanggan di Amerika Syarikat dan Kanada sejak awal Februari dan tidak lama lagi akan disediakan secara global. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.cision.com.
Latar Belakang Cision
Cision Ltd. ialah penyedia global terkemuka bagi perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar kepada profesional perhubungan awam dan komunikasi pemasaran. Perisian Cision membolehkan pengguna untuk mengenal pasti pempengaruh utama, mereka bentuk dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Cision mempunyai lebih 4,800 kakitangan dengan pejabat di 22 buah negara di seluruh benua Amerika, EMEA, dan APAC. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatannya yang memenangi anugerah, termasuk Cision Communications Cloud®, kunjungi www.cision.com dan ikuti Cision di Twitter @Cision.
Latar Belakang TVEyes
TVEyes Inc., beribu pejabat di Fairfield, Connecticut, menyediakan perkhidmatan berasaskan langganan untuk carian dalam talian hampir waktu sebenar, bagi siaran televisyen dan radio serta audio siar, selain infrastruktur untuk enjin gelintar, perisikan perniagaan dan platform kecerdasan media. Media Monitoring Suite™ digunakan oleh perbadanan, pasukan sukan profesional, kempen politik, pegawai yang dilantik dan tentera untuk menyediakan kecerdasan yang terkini untuk disiarkan dalam pelbagai bahasa bagi pasaran AS dan antarabangsa. Maklumat lanjut mengenai TVEyes boleh ditemui di tveyes.com.
Hubungan Media
Cision
Rebecca Dersh
cisionpr@cision.com
TVEyes
Susan Aitkin
saitkin@tveyes.com
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200302/2735201-1?lang=0