omniture

FE Credit lancar kad "Pek Kombo" revolusioner - Smart Plus+

VPBank Finance Company Limited
2020-03-06 20:55 965

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 6 Mac 2020  /PRNewswire/ -- VP Bank Finance Company Limited (FE CREDIT) mengumumkan pelancaran produk unik bagi memberi manfaat kepada kumpulan pelanggan semakin berkembang yang mencari pinjaman tahan lama pengguna di Vietnam. Smart Plus+ ialah Kad Kombo berbeza yang menyediakan bukan sekadar pinjaman tahan lama pengguna konvensional, tetapi turut berfungsi sebagai kad kredit antarabangsa, dikeluarkan segera kepada pelanggan dengan reka bentuk vertikal yang unik.  

Pelancaran SmartPlus+
Pelancaran SmartPlus+

Smart Plus+ didatangkan dengan pratempah pinjaman tahan lama pengguna sebagai pelan ansuran manakala Kad Kredit sedia digunakan di Vietnam dan di merata tempat di dunia.

Mengulas mengenai pelancaran ini, En. Kalidas Ghose, Ketua Pegawai Eksekutif FE CREDIT berkata, "FE Credit sentiasa menjadi perintis dalam bidang kewangan pengguna. Kad Pek Kombo Smart Plus+ bertujuan untuk menyediakan kemudahan yang belum pernah diberikan sebelum ini kepada kumpulan pengguna bagi pinjaman tahan lama pengguna yang semakin berkembang di Vietnam. Reka bentuk kad yang meriah ini turut merangkumkan aspirasi pengguna kami yang mencari gaya hidup."

En. Nimish Dwivedi, Pengarah Pusat Perniagaan Kad Kredit FE CREDIT menyambung, "Memandangkan pelanggan mencari Pek Kombo, kami telah memperluaskan konsep berkenaan kepada pemberian pinjaman dan mencipta produk unik yang mendayakan perjalanan tanpa tunai segera dan membantu kami membina hubungan jangka panjang yang bertahan lama dengan pelanggan kami yang dihargai."

Cik Winnie Wong, Pengurus Negara, Vietnam, Kemboja & Laos, Mastercard berkata, "Perkongsian bersama FE Credit untuk melancarkan kad Pek Kombo Smart Plus berlaku pada masa yang tepat apabila semakin ramai warga Vietnam memilih kaedah bayaran tanpa tunai untuk menjadikan kehidupan harian mereka lebih selamat, mudah dan lebih lancar."

LATAR BELAKANG FE CREDIT

Perintis dalam Kewangan Pengguna, FE CREDIT telah mewujudkan asas yang kukuh untuk menjadi peneraju pasaran bagi pasaran pinjaman pelanggan tidak bercagar dan kad kredit. Pada masa kini, FE CREDIT menyediakan perkhidmatan kewangan pengguna seperti pinjaman peribadi, pinjaman tunggangan dua roda, pinjaman tahan lama pengguna dan kad kredit. FE CREDIT menawarkan perkhidmatan kepada hampir 10 juta orang pelanggan, bekerjasama dengan 8,500 rakan kongsi merentas 12,000 outlet Tempat Jualan (POS) di seluruh negara.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200304/2738070-1?lang=0

Source: VPBank Finance Company Limited
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services Financial Technology