omniture

Total Solar Distributed Generation Tandatangani Salah Satu Perjanjian Belian Kuasa Solar Korporat Terbesar Thailand dengan Betagro

Total Solar Distributed Generation SEA
2020-03-09 16:27 955

SINGAPURA, 9 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Total Solar Distributed Generation (DG) akan membangunkan bumbung berkuasa solar di 24 lokasi di seluruh Thailand untuk syarikat agro industri Betagro. Sistem 25 MWp dianggarkan akan menjana 38 GWj kuasa elektrik yang boleh diperbaharui setahun, membekalkan kira-kira 15% daripada penggunaan kuasa keseluruhan syarikat Betagro. Setiap tahun, ini akan mengurangkan emisi CO2 sebanyak 26,000 tan, yang bersamaan dengan emisi daripada 4,325 buah kereta setiap tahun.

Gavin Adda, Ketua Pegawai Eksekutif Total Solar Distributed Generation Asia Tenggara (keempat dari kiri depan), Vasit Taepaisitphongse, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Betagro Group (keempat dari kanan depan) bersama pasukan pengurusan; foto diambil selepas penandatanganan kontrak.
Gavin Adda, Ketua Pegawai Eksekutif Total Solar Distributed Generation Asia Tenggara (keempat dari kiri depan), Vasit Taepaisitphongse, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Betagro Group (keempat dari kanan depan) bersama pasukan pengurusan; foto diambil selepas penandatanganan kontrak.

 

"Pelanggan datang ke Total Solar untuk mengurangkan kos kuasa dan jejak karbon dengan cara yang mampan. Betagro inginkan rakan kongsi yang dapat memberikan mereka ketenangan minda dari perspektif teknikal, kewangan dan komersial. Kami teruja untuk menjadi rakan kongsi tenaga jangka panjang buat Betagro dan berbangga kerana dipercayai dengan projek yang begitu penting," kata Gavin Adda, Ketua Pegawai Eksekutif Total Solar Distributed Generation untuk Asia Tenggara.

Projek berkenaan akan mewujudkan salah satu portfolio solar korporat yang terbesar di Thailand. Sistem PV akan menggabungkan lebih daripada 62,000 panel solar, yang bersamaan dengan liputan 36 padang bola sepak.

"Dengan projek di Thailand ini, Total Solar Distributed Generation terus meluaskan jangkauannya dalam pasaran solar di Asia Tenggara yang dinamik, di mana tenaga boleh diperbaharui akan mewakili 30% daripada sumber penjanaan kuasa menjelang tahun 2040[1]," kata Julien Pouget, Naib Presiden Kanan, Tenaga Boleh Diperbaharui di Total. "Kami komited untuk membantu pelanggan komersial dan perindustrian kami untuk menurunkan kos tenaga dan jejak karbon mereka dengan menyediakan penyelesaian solar bersepadu penuh yang andal."

En. Vasit Taepaisitphongse, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden, Betagro Group berkata, "Betagro menjalankan perniagaan dengan cara mampan yang bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup masyarakat sambil mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Kami juga mempunyai minat yang kukuh terhadap tenaga yang bersih dan mesra alam sekitar seperti kuasa solar. Pelaksanaan penyelesaian berkuasa solar ini amat memberi manfaat untuk operasi kami dengan menurunkan kos kami dan impak terhadap alam sekitar secare berkesan. Kami yakin bahawa kerjasama dengan Total Solar Distributed Generation akan membantu Betagro Group mencapai objektif-objektif ini."

[1] Sumber: International Energy Agency - https://www.iea.org/reports/southeast-asia-energy-outlook-2019 

Latar Belakang Total Solar Distributed Generation Asia Tenggara

Total Solar Distributed Generation (DG) Asia Tenggara (SEA) ialah subsidiari milik penuh Total yang berdedikasi terhadap pembangunan penyelesaian tenaga solar teragih, termasuk bumbung berkuasa solar dan panel solar dipasang di tanah. Aktif sejak tahun 2018, Total Solar DG SEA telah menandatangani perjanjian untuk projek-projek bumbung solar yang terbesar di Thailand dan Indonesia. Kami merupakan salah satu penyedia tenaga teragih yang terbesar di rantau ini dengan portfolio melebihi 500 MW projek-projek yang sedang dibangunkan dan beroperasi. https://solar.total.asia

Latar Belakang Betagro 

Betagro ialah peneraju di Thailand bagi sektor agro industri dan perniagaan makanan bersepadu sepenuhnya, yang turut berkembang secara aktif ke dalam industri-industri produk penjagaan haiwan peliharaan dan industri-industri lain yang berkaitan. Kumpulan syarikat ini telah membangunkan kolaborasi strategik dengan petani-petani tempatan. Contoh-contoh termasuk jaminan harga untuk ayam pedaging dan ayam penelur, perladangan kontrak untuk menggemukkan khinzir, pengeluaran dan pengedaran daging khinzir, ayam dan telur yang bersih dan segar serta pengeluaran makanan proses untuk kegunaan domestik serta eksport ke pasaran-pasaran antarabangsa. Kumpulan syarikat ini dikenali secara meluas atas piawaian kualiti dan keselamatannya. Ia telah meraih pelbagai penghargaan dari segi kecemerlangan kualiti produk dan pensijilan piawaian pengeluaran, di peringkat tempatan dan antarabangsa, meliputi beberapa bidang dari makanan haiwan, pembangunan ternakan, produk kesihatan haiwan kepada produk makanan berkualiti premium untuk eksport dan juga kegunaan domestik. https://www.betagro.com

Catatan peringatan 

Siaran akhbar ini, yang melaluinya tiada akibat di sisi undang-undang yang boleh diambil, adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Entiti-entiti yang mana TOTAL S.A. secara langsung atau tidak langsung memiliki pelaburan merupakan entiti-entiti undang-undang yang berasingan. TOTAL S.A. tidak mempunyai liabiliti atas tindakan atau pengecualian mereka. Dalam dokumen ini, sebutan-sebutan "Total", "Total Group" dan Kumpulan kadang kala digunakan bagi tujuan kemudahan. Begitu juga dengan perkataan-perkataan "kita" dan "kami" juga boleh digunakan untuk merujuk kepada subsidiari-subsidiari umumnya atau pihak yang bekerja untuk mereka.

Dokumen ini mungkin mengandungi maklumat dan kenyataan pandangan ke hadapan yang berasaskan beberapa data ekonomi dan andaian yang dibuat dalam persekitaran ekonomi, kompetitif dan kawal selia tertentu. Ia mungkin terbukti tidak tepat pada masa akan datang dan tertakluk kepada beberapa faktor risiko. TOTAL S.A. mahupun subsidiari-subsidiarinya tidak menggalas apa-apa kewajipan untuk mengemas kini secara terbuka mana-mana maklumat atau kenyataan pandang ke hadapan, objektif atau trend yang terkandung dalam dokumen ini sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa akan datang atau sebaliknya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200306/2742835-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191127/2655404-1logo?lang=0

Source: Total Solar Distributed Generation SEA
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Utilities Contracts