omniture

Yingli Peroleh Pesanan 260 MW dengan Penstrukturan Semula Hutang Menuju Ke Hadapan

Yingli Green Energy Holding Company Limited
2020-03-13 10:26 824

BAODING, China, 13 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Selepas menerima pesanan luar negara lebih 100 MW pada bulan lalu, Yingli Green Energy Holding Company Limited ("Yingli") (OTC Pink: YGEHY) baru-baru ini menandatangani satu perjanjian dengan perusahaan milik negara bagi membekalkan panel solar berkecekapan tinggi 260 MW untuk Projek Demonstrasi Tenaga Pintar Internet Tambahan Zhangbei, yang terletak di Zon Demonstrasi Tenaga Boleh Diperbaharui Kebangsaan di Bandar Raya Zhangjiakou, Wilayah Hebei. Ini merupakan demonstrasi baharu bahawa keyakinan pelanggan terhadap Yingli sedang pulih secara beransur-ansur dengan penstrukturan semula hutangnya menuju ke hadapan.

Sejak memasuki fasa pelaksanaan pada tahun 2019, penstrukturan semula hutang Yingli telah mencatat kemajuan dengan begitu luar biasa. Rancangan penstrukturan semula tersebut telah diiktiraf oleh semua pemegang kepentingan termasuk pemiutang, kerajaan, mahkamah dan beberapa penyusunan kerja yang terperinci telahpun diperkenalkan. Semua pihak bekerja keras untuk meneruskan proses kehakiman. Dalam proses kehakiman berkenaan, syarikat akan bekerjasama dengan pihak mahkamah dan pentadbir sejajar dengan undang-undang demi menjamin operasi seperti biasa bagi syarikat. Prinsip-prinsip dalam penstrukturan semula hutang dapat melindungi kepentingan pemiutang secara lebih luas dan menggalakkan pembangunan mampan jangka panjang syarikat berdasarkan marketization dan kedaulatan undang-undang. Kandungan utama rancangan penstrukturan semula ini termasuk penukaran majoriti hutang kewangan subsidiari-subsidiari PRC utamanya kepada kepentingan ekuiti mengawal dalam subsidiari-subsidiari, pembayaran balik secara penuh atau teratur sebahagian daripada hutang kewangan dan bayar balik yang lain serta suntikan dana oleh platform milik kerajaan melalui pelupusan hak guna tanah tertentu syarikat bagi melindungi kepentingan pemiutang. Selain itu, syarikat dan kumpulan kerja penstrukturan semula turut berhubung secara mendalam dengan beberapa pelabur industri yang berpotensi, yang menunjukkan minat yang tinggi untuk terlibat dalam penstrukturan semula hutang Yingli dan telah menyelesaikan kerja-kerja awal seperti ketekunan wajar.

Yingli baharu yang distrukturkan semula itu akan kembali kepada pembangunan yang sihat memandangkan nisbah hutangnya dijangka menurun kepada tahap optimum dalam industri manakala aliran tunainya akan menjadi jauh lebih baik. Yingli baharu akan terus meningkatkan penyelidikan dan pembangunan serta pembuatan. Atas dasar untuk mengekalkan skala sederhana, ia akan berpegang pada pembangunan yang berkualiti tinggi dengan membangunkan kerjasama yang luas bersama semua rakan kongsi, menggalakkan penaiktarafan teknologi dan meningkatkan daya saing produk. Ia juga akan terus menginovasi model perniagaan, meningkatkan keuntungan serta meningkatkan lagi pembangunan pasaran.

Source: Yingli Green Energy Holding Company Limited
Related Stocks:
OTC:YGEHY
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy OTC/SmallCap IRW Utilities Contracts