omniture

"Sun's Out, Fun's Out" di IPC Shopping Centre

Pusat beli-belah mesra keluarga ini siap sedia mengatur aktiviti cuti sekolah bersama Cartoon Network
IPC Shopping Centre
2020-03-13 11:53 1083

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Sempena musim cuti sekolah yang bakal menjelang, IPC Shopping Centre (Pusat Beli-Belah IPC) telah mengaturkan pelbagai acara yang pasti memukau hati dan menghiburkan kanak-kanak, termasuk membawa hamparan pantai ke dalam ruang legar pusat beli belah IPC dan aktiviti serba menarik, dengan kerjasama Cartoon Network. Sepanjang musim cuti sekolah dari 12hb Mac hingga 22hb Mac 2020, ibu bapa boleh membeli-belah sambil menjamu selera, dan memenangi hadiah menarik sementara anak-anak mereka dihiburkan oleh watak-watak kartun kegemaran mereka.

Terdapat pelbagai aktiviti yang interaktif dan menyeronokkan di majlis cuti sekolah “Sun’s Out, Fun’s Out" di IPC Shopping Centre
Terdapat pelbagai aktiviti yang interaktif dan menyeronokkan di majlis cuti sekolah “Sun’s Out, Fun’s Out" di IPC Shopping Centre

Diilhamkan oleh sinaran matahari, keindahan suasana pantai, dan keseronokan, kanak-kanak boleh memilih untuk menyertai mana-mana aktiviti bersama watak kartun kegemaran mereka seperti boling dengan Finn dan Jake (Adventure Time), selamatkan Grizz, Pan Pan dan Ice Bear (We Bare Bears) dari laut, melepasi laluan berhalangan dengan K.O. (OK K.O.! Let's Be Heroes) atau menjatuhkan Ice King ke dalam air (Adventure Time). Ibu bapa tetap tidak dilupakan kerana terdapat ruang santai untuk berehat sementara anak-anak mereka dihiburkan dengan aktiviti di Sudut Seni dan Kraf.

Lebih menarik lagi, terdapat sesi  istimewa Bertemu & Bermesra dengan watak-watak dari rancangan kartun We Bare Bears dan Ben 10 di atas pentas. Seramai 35 kanak-kanak ahli IPC Små Club terawal yang mendaftar di reruai acara akan menerima peluang untuk beramah mesra dan bergambar dengan watak-watak ini. Kanak-kanak yang lebih suka 'meneroka' pula boleh berjalan-jalan bersama IPC Små Club Buddies.

"Tujuan kami menganjurkan program musim cuti sekolah ini adalah untuk membawakan sedikit elemen pantai yang menyeronokkan kepada kanak-kanak di ibu kota. Kebiasaannya ibu bapa akan membawa anak-anak dan keluarga pergi melancong pada musim sekolah, tetapi bagi mereka yang tidak dapat ke mana-mana disebabkan situasi kesihatan semasa, mereka boleh mengunjungi IPC dan bersuka ria di bawah satu bumbung," kata Eleanor Lo, Pengurus Pemasaran IPC Shopping Centre.

Beliau memberi jaminan, "Kami telah mengambil langkah-langkah tambahan untuk memastikan semua permukaan, mainan, dan kanak-kanak serta ibu bapa mereka, disanitasikan sebelum memasuki ruang legar. IPC dan Cartoon Network berkongsi prinsip mesra keluarga, dan paling penting sekali, sentiasa prihatin kesihatan dan keperluan  orang ramai. Oleh itu, tanpa mengenepikan unsur-unsur keseronokan di bawah matahari, kami terus menguja dan memberikan pengalaman positif untuk semua, tidak kira atau muda."

Sempena cuti sekolah ini, seluruh keluarga dapat memenangi pelbagai premium IPC setiap kali mereka berbelanja di IPC Shopping Centre atau menyertai dalam Peraduan Video Boomerang "Sun's Out, Fun's Out".

Untuk maklumat lanjut, sila lanjungi laman web IPC Shopping Centre atau laman Facebook IPC Shopping Centre.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200313/2749169-1?lang=0

Source: IPC Shopping Centre
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Retail Travel Children-related news