omniture

iQIYI Lancar Siaran Global Rancangan Aneka Ragam Asal yang Amat Dinanti-nantikan "Youth with You 2"

iQIYI, Inc.
2020-03-16 07:49 468

BEIJING, 16 Mac 2020 /PRNewswire/ -- iQIYI, Inc. (NASDAQ: IQ) ("iQIYI" atau "Syarikat"), perkhidmatan hiburan dalam talian inovatif yang utama dalam pasaran di China, hari ini secara rasminya melancarkan musim kedua rancangan aneka ragam popular asalnya Youth with You ("Youth with You 2" atau "Rancangan"), yang dicipta oleh iQIYI, bersama-sama dicipta oleh Caviar Communications dan Weibo serta bersama-sama diterbitkan oleh Caviar Communications dan iQIYI Fancy Monster Studio. Rancangan tersebut akan disiarkan secara eksklusif di iQIYI, QIYIGUO TV dan iQIYI antarabangsa.

iQIYI Lancar Siaran Global Rancangan Aneka Ragam Asal yang Amat Dinanti-nantikan "Youth with You 2"
iQIYI Lancar Siaran Global Rancangan Aneka Ragam Asal yang Amat Dinanti-nantikan "Youth with You 2"

Sebagai rancangan aneka ragam popular asal yang pertama oleh iQIYI pada tahun 2020, Youth with You 2 ialah rancangan pemilihan idola yang menghimpunkan 108 pelatih idola wanita bagi tujuan latihan dan pertandingan, yang mana pada penghujungnya, hanya beberapa orang pelatih yang dipilih melalui undian oleh penonton akan ditampilkan buat julung kalinya sebagai kumpulan idola. Dengan memanfaatkan inovasi dan penaiktarafan dalam kandungan, ciri-ciri berasaskan interaksi, integrasi teknologi dan terbitan turunan IP, rancangan berkenaan menawarkan audiens dengan pengalaman hiburan interaktif dan imersif yang baharu. Selain itu, iQIYI akan turut melancarkan kandungan terbitan turunan eksklusif VIP termasuk dua rancangan aneka ragam semasa tayangan Youth with You 2

Penstriman global dengan sari kata dalam pelbagai bahasa, Rancangan tersebut mencetuskan perbincangan meluas sebelum pelancarannya

Sebagai IP asal iQIYI, francais Youth with You telah mendapat pujian kritis daripada audiens global. Dengan barisan bintang-bintang terkenal seperti Youth Producer KUN, juara Idol Producer dan mentor LISA daripada kumpulan idola antarabangsa BLACKPINK serta penyertaan daripada 46 agensi bakat serta 108 pelatih, rancangan ini telah menarik perhatian peminat-peminat dari China dan luar negara walaupun sebelum penampilan sulungnya. Sejak penerbitan Rancangan ini diumumkan secara rasminya, perbincangan sekitar topik-topik berkaitan telah mengungguli pelbagai senarai kedudukan media sosial di China termasuk topik-topik yang menjadi trend di Weibo, TikTok dan Zhihu serta menjadi topik trend 1 Teratas Global Twitter.

Youth with You 2 juga merupakan rancangan aneka ragam asal iQIYI yang pertama diterbitkan mengikut piawaian penerbitan kandungan tempatan bagi pasaran-pasaran luar negara. Sebagai contoh, pascapenerbitan untuk Rancangan tersebut, selain daripada versi Cina asalnya, dijalankan secara serentak dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Thailand untuk menyetempatkan dengan lebih baik kandungan tersebut untuk penonton-penonton dalam pasaran-pasaran berkenaan. Selain itu, sari kata dalam Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Thailand, Bahasa Vietnam, Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Korea untuk rancangan tersebut disediakan menerusi iQIYI antarabangsa. Dalam masa yang sama, iQIYI telah membuka akaun media sosial rasmi Rancangan tersebut untuk berinteraksi dengan audiens globalnya di YouTube, Facebook dan Instagram. Rakan kongsi strategik iQIYI Astro, jenama media utama Malaysia, akan turut memanfaatkan platform-platformnya bagi mempromosikan Rancangan tersebut. Ini akan meningkatkan pengalaman tontonan dengan berkesan dan mempelbagaikan interaksi rancangan tersebut yang disediakan kepada pengguna-pengguna luar negara.

Kandungan aneka ragam baharu tumpu pada pasaran idola wanita wujudkan lebih banyak peluang kepada pelatih idola wanita 

Di bawah pembangunan pesat industri idola Cina, iQIYI mengambil perhatian terhadap kurangnya pendedahan yang diberikan kepada pasaran pelatih idola wanita dan memutuskan untuk memberi perhatian khusus kepada pasaran berkenaan melalui Youth with You 2. Dengan mencipta semula format rancangan realiti, Youth with You 2 menghidupkan perjalanan mencabar yang perlu dilalui oleh pelatih-pelatih wanita sepanjang Rancangan tersebut, menunjukkan laluan kepada pelatih-pelatih ini untuk menjadi nama yang menjadi sebutan ramai sekali gus menyumbang kepada pembangunan mampan industri idola.

Memanfaatkan keupayaan penerbitan kandungan asal dan gen inovatif iQIYI, Youth with You 2 mencipta semula format dan segmen pertandingan Rancangan tersebut. Memberi tumpuan sekitar tema "tafsiran diri" dan "diri tak tertakrif", Rancangan tersebut dapat menyerlahkan potensi penuh pelatih-pelatih.

Menawarkan pengguna dengan pelbagai pengalaman hiburan melalui kelebihan inovasi teknologi dan ekosistem 

Dalam Youth with You 2, iQIYI memanfaatkan kelebihannya dalam inovasi dan teknologi kepada aspek-aspek termasuk penerbitan, penyiaran dan pemasaran. Ini digabungkan dengan penggunaan pembangunan rantaian industri Syarikat, iQIYI dapat meningkatkan pengalaman tontonan dan nilai komersial francais IP Youth with You.

Sebagai contoh, AR, Qiguan dan ciri-ciri interaktif digunakan untuk mencipta pengalaman tontonan yang lebih imersif untuk audiens. Fungsi video interaksi "berpegangan tangan" dipacu AR membolehkan penonton untuk merakamkan video pendek yang menampilkan rakaman maya pelatih daripada Rancangan tersebut; Qiguan menggunakan teknologi AI untuk mengimbas dan mengenal pasti pelatih yang diminati oleh penonton dan menyediakan latar belakang serta maklumat berkaitan yang dapat membantu penonton memahami pelatih tersebut dengan lebih baik; Rancangan tersebut turut bekerjasama dengan aplikasi iQIYI Suike bagi menyediakan penonton dengan akses kepada video pendek interaktif yang menampilkan kandungan daripada Rancangan tersebut, memenuhi pelbagai keperluan interaktif penonton bersama idola-idola pelatih ini

Di samping itu, siri buku komik terbitan turunan Rancangan tersebut Youth with You: Flower Girl lancarkan pada 12 Mac dalam iQIYI Comic App, menawarkan penonton dengan pengalaman kandungan hiburan yang melangkaui Rancangan itu sendiri. Seramai 98 pelatih daripada Rancangan tersebut juga telah dilantik sebagai duta-duta alat solek Zeal Beauty, aplikasi sosial alat solek baharu daripada iQIYI. Sebagai duta-duta alat solek, pelatih-pelatih ini akan memuat naik tutorial atau panduan berkaitan alat solek untuk Zeal Beauty, bagi membolehkan peminat dan audiens mendapat pemahaman selanjutnya mengenai kehidupan dan personaliti pelatih-pelatih ini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, iQIYI terus menerbitkan kandungan aneka ragam yang menginspirasikan seperti Idol Producer dan Youth with You, yang memberi tumpuan pada budaya belia. Rancangan-rancangan ini membawa kepada penubuhan kumpulan-kumpulan idola lelaki seperti NINEPERCENT dan UNINE, kedua-duanya kini telah meraih pengaruh seluruh dunia. Melalui Youth with You 2, iQIYI akan berusaha untuk memaksimumkan nilai keupayaan teknologi dan komersialnya bagi menyediakan penonton dan peminat Youth with You 2 dengan pengalaman hiburan yang lebih baik.

Latar Belakang iQIYI, Inc.
iQIYI, Inc. ialah perkhidmatan hiburan dalam talian inovatif yang terkemuka dalam pasaran di China. Ciri penting korporatnya menggabungkan bakat kreatif dengan teknologi, memupuk persekitaran untuk inovasi berterusan dan penerbitan kandungan blokbuster. Platform iQIYI membawakan kandungan asal yang amat popular, selain himpunan komprehensif melibatkan kandungan lain yang diterbitkan secara profesional, kandungan dihasilkan oleh rakan kongsi dan kandungan dihasilkan oleh pengguna. Syarikat membezakan dirinya dalam industri hiburan dalam talian menerusi platform teknologi utamanya yang dikuasakan oleh AI termaju, analitik data raya dan teknologi-teknologi proprietari teras yang lain. iQIYI menarik kumpulan pengguna yang amat besar dengan penglibatan pengguna yang hebat dan telah membangunkan model penjanaan pendapatan yang pelbagai termasuk perkhidmatan keahlian, perkhidmatan pengiklanan dalam talian, pengagihan kandungan, penyiaran langsung, permainan dalam talian, pelesenan IP, karya penulisan dalam talian serta e-dagang.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200312/2748112-1?lang=0

Source: iQIYI, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:IQ
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Music New products/services