LAS VEGAS, 16 Mac 2020 /PRNewswire/ -- XCMG telah melabuhkan tirai pameran terbesar dengan jayanya di CONEXPO-CON/AGG 2020 tiga tahun sekali, pameran perdagangan pembinaan terbesar di Amerika Utara yang diadakan pada minggu lalu di Las Vegas, AS. Perjalanan membuahkan hasil oleh jenama tersebut telah membawa pulang pelbagai pesanan yang bernilai berjuta-juta USD.
Rangkaian komprehensif 24 produk utama XCMG daripada enam kategori menawarkan pelbagai jenis penyelesaian pembinaan kepada pelanggan dalam pasaran Amerika Utara bertaraf tinggi; tiga kren inovatif, jentera angkut XC9 baharu yang disesuaikan untuk Amerika Utara, lapan mesin pengorek yang mencakupi muatan kecil hingga berat, jentera jalan raya bersepadu, rig gerudi yang selamat dan menjimatkan tenaga selain platform kerja pengangkat bergerak dengan ciri-ciri pintar.
Kemunculan pertama mesin pengorek hidraulik elektrik terkini XCMG, XE35U-E mendapat perhatian yang amat besar di pameran perdagangan tersebut. Menerima pakai rangkaian kuasa elektrik tersuai Cummins, mesin pengorek tanpa pencemaran ini sesuai terutamanya untuk keadaan kerja dengan keperluan hingar dan alam sekitar yang ketat. Model yang mantap lagi pantas ini menunjukkan kejituan yang tinggi melalui pertunjukan bola keranjang yang mengagumkan.
Lebih daripada sepuluh rakan kongsi dari AS dan Mexico menandatangani perjanjian untuk menjadi wakil jualan XCMG di Amerika Utara, yang akan menyokong lagi kehadiran dan pengaruh XCMG yang semakin berkembang di wilayah berkenaan. Pelanggan, pengendali dan pengunjung turut mencuba peralatan XCMG melalui pandu uji dan memuji-muji reka bentuk, kebolehkendalian, keselesaan dan keselamatan produk XCMG.
Pelanggan Amerika Karl Robert berkata, "XCMG ialah sebuah syarikat yang hebat dengan reka bentuk luar biasa yang mencapai kejayaan cemerlang yang berterusan dalam pembangunan produk. Saya mengharapkan jalinan kerjasama yang mendalam bersama XCMG dalam masa terdekat."
Steve Jones, seorang pelanggan yang menandatangani perjanjian pesanan baharu dengan XCMG di CONEXPO-CON/AGG 2020, berkata, "Saya mengagumi terutamanya bagaimana peralatan XCMG dapat membantu pembinaan Hospital Huoshenshan di Wuhan sebagai respons kepada wabak COVID-19. Tanggungjawab sosial XCMG semasa berlakunya krisis ini benar-benar mengagumkan saya."
"Sebagai salah satu pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di dunia dengan kategori- produk dan penyelesaian pembinaan yang lengkap mencakupi 50 industri serta lapan sektor, pameran XCMG di CONEXPO-CON/AGG 2020 mempamerkan pelbagai jenis produk yang dapat memenuhi keperluan berbeza pelanggan antarabangsa," kata Xie Bin, pengurus besar XCMG North America Corp.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200316/2752124-1?lang=0